
Ninetology kini menapak maju lagi! Baru-baru ini, aku dijemput untuk sama-sama memeriahkan satu majlis Ninetology iaitu "Ninetology Wrapping Plane Livery" di Sepang Aircraft Engineering.
Majlis ini bertujuan untuk mempromosi Ninetology ke pasaran ASEAN dan sebagai satu simbolik untuk menembusi pasaran yang lebih luas lagi. Tahun lepas, Ninetology telah mencipta rekod penjualan yang sangat baik dan memberangsangkan. Ninetology telah berjaya menguasai pasaran tempatan sebanyak 12 peratus dan memberi pulangan RM 180 juta. Disebabkan oleh itu, mereka berani dan terus mengorak langkah lebih maju untuk menguasai pasaran yang lebih luas.
"The company established its revenue target of RM 380 million by the end of 2014, projected from its expansion plans into Philippines , Thailand and Vietnam. We also have sold over 1 million units to date and have expanded into Indonesia as of September 2013." - Sean Ng, CEO Ninetology ASEAN.
Menurut beliau lagi, Ninetology turut melabur sejumlah RM 5 juta untuk membuka lebih banyak cawangan @ experiential centres di 9 lokasi seluruh negara menjelang tahun 2015. Dengan pelaburan ini, pasaran dalam negara lebih kukuh dan menjadikan Ninetology, jenama terbaik di Malaysia.
KEMPEN WOW FOR ALL
Kempen WOW FOR ALL adalah satu kempen sepanjang tahun yang berfungsi untuk memberikan "WOW" kepada orang ramai. Kempen ini dimulakang dengan pelancaran telefon pintar model terkeni dari Ninetology iaitu U9 J1. Telefon yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga mesra pengguna ini didatangkan dengan 4 pilihan warna yang semua cantik-cantik belaka. Dengan perisian Android, Ninetology memberikan satu kepuasan dalam sebuah telefon pintar hanya dengan harga RM 199.
PELANCARAN MODEL TERKINI : U9J1
Bukan itu sahaja, dengan kempen WOW FOR ALL ini juga, Ninetology akan melancarkan satu Cabutan Bertuah Bulanan (#9Giveaway) yang akan diadakan setiap 9hb setiap bulan. Pastinya hadiah yang diberikan semua syok-syok belaka! Mesti korang tak nak lepaskan peluang kan? Aku sendiri, Alhamdulillah salah seorang pemenang Lucky Draw Ninetology U9!
Sekali lagi, aku ucapkan tahniah pada Ninetology atas pencapaian dan kejayaan jualan yang sangat membanggakan! Moga-moga Ninetology mampu memberi saingan sengit kepada pengeluar telefon pintar yang lain.
Untuk maklumat lanjut, klik link-link di bawah :
Website Ninetology :
Website Ninetology - U9J1 :
Facebook Ninetology :