Wednesday, March 26, 2014

Al-Fatihah Buat Blogger Terkenal, Ami Schaheera

Assalamualaikum semua

Sebak dan berat hati ni nak menulis entry kali ni. Tak tahu nak mula dari mana. Macam tak percaya. Lebih kurang jam 2 pagi, aku bukak twitter dan Instagram... mata aku terbaca satu post yang aku tak sangka. Salah seorang teman blogger yang sangat aku segani, Kak Ami Schaheera telah pergi meninggalkan kita!!! Inalillahiwaninallahirojiun!


Kak Ami Schaheera merupakan seorang cancer fighter. Beliau menghidap leukimia sejak tahun 2010 lagi. Semangatnya melawan kanser, Ya Allah tak pernah surut atau berkurang. Dibantu Abang Naz, suami tercinta dan keluarga. Kak Ami pasrah & redha dengan ketentuan-Nya memberi ujian sedemikian rupa di usia muda. 


Perkenalan dengan Kak Ami pertama kali ketika sama-sama ke Lost World of Tambun bersama The Butterfly Project Malaysia. Gembiranya hati aku masa tu bila pertama kali bertentang mata dengan blogger hebat seperti Kak Ami. Bukan tu je, dalam train duduk sebelah pulak. Sepanjang 2 jam 30 minit ke Ipoh, aku dan Kak Ami tak henti-henti berbual mesra. Walaupun pertama kali jumpa!

                             

Perwatakannya humble. Sangat merendah diri, padahal jika dibanding aku dia itu jauh lebih tinggi! Seorang yang lemah lembut, sopan dalam tutur cara dan kerja, seorang yang positif, membantu dan sentiasa kuat! Baru-baru ni, ada dua event yang sepatutnya aku dan Kak Ami sama-sama pergi. Kami merancang untuk pergi sekali. Tapi atas masalah kesihatan, last minute Kak Ami terpaksa cancel. 

Tak pernah sekali pun dia mengeluh dengan penyakitnya! Tak pernah sekali pun dia beritahu orang lain penderitaannya. Cukuplah entry bagaimana dia membina semangat melawan kanser dalam blognya. Blog itulah sumber inspirasi ramai wanita di luar sana yang senasib dengannya! ----BLOG AMI SCHAHEERA

Kak Ami, perkenalan kita singkat. Tapi perkenalan kita sangat hebat! Kak Ami bukan wanita biasa! Kak Ami tabah hadapi segala dugaan dan ujian yang melanda. Kak Ami kuat melawan kanser kerana Kak Ami bukan wanita biasa. Kak Ami pejuang sebenar penyakit kanser!

Al-Fatihah buatmu, Kak Ami Schaheera!
Salam takziah buat Abang Naz dan keluarga. 

*Kak Ami dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.29am 26/3/2014 di Hospital Ampang akibat sesak nafas. 



;(



31 comments:

  1. Berderai air mata malam ni, sebak check satu persatu fb insta twitter siap inbox Tammy sebab nak make sure. Mieza first time jumpa Kak Ami pun masa kita holiday kat Tambun. I believe now she's in Jannah insyaAllah :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mieza, kita pun sama. baru brp hari lepas whatsapp dengan Kak Ami for our next event. tak sangka itu perbualan terakhir kami! YA ALLAH!

      Delete
  2. Inalillahiwaninallahirojiun sangat sedih dengar news. Dapat tahu di group poplook about her passed away

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang terkejut. memang tahu kebelakangan ni kak ami tak sihat, tapi tak sangka sampai mcm ni. Allah sayangkan dia!

      Delete
  3. Al-fatihah..semoga Allah mencucuri rahmatnya...

    kita semua bakal menyusul kelak, soalnya, bila,dimana dan bagaimana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Eca, semua tu kuasa Allah. semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saje!
      Al-Fatihah for Kak Ami

      Delete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainailaihirajiun..

    Allahuakbar.

    Meremang bulu roma sepanjang membaca entri ni.
    Saya kenal kak Amy waktu tengok blogger hijabis selalu pos di blog pasal event-event yang diorang join & berkumpul.

    Walaupun tak berapa follow dia, terkesan jugak bila dapat perkhabaran ni.
    Kak Amy, doa kami untuk kamu.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nanie. Inalillahiwaninallahirojiun! sedihnya dapat berita pemergian kak ami. semoga ahli keluarganya tabah menerima dugaan ini.... teringat masa di Tambun, kita semua bermesra bersama... tinggal kenangan terindah sahaja.. Allahuakbar... i missed her cute smile~~~

    ReplyDelete
  7. Walaupun nad tak kenal die..tapi as a blogger friend nad sedih sangat..al-fatihah untuk kak ami..semoga ditempatkan di kalangan org beriman

    ReplyDelete
  8. Innalillah...al fatihah utk arwah. moga ditempatkan bersama orang orang yang soleh. sis ada mengikuti juga di instagram. baru bercerita dgn encik suami tntg blogger masuk wad. tak sangka, Allah lebih syg kan dia.

    ReplyDelete
  9. terkejut baca kat insta ko tadi aku tak online.
    Semoga rohnya di cucuri rahmat, dia memang fighter sebab bertahan 4tahun bukan 1 masa yang kejap untuk penghidap leukimia.

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah buat beliau.. sempat jumpa dan kenal dia masa kat LWOT jer.. moga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya...

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah... moga rohnya dicucuri rahmat... bila kte lihat wajahnya kelihatan ceria sahaja,tp x sangka dia sedang mengalami penderitaan...

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah... moga rohnya dicucuri rahmat... bila kte lihat wajahnya kelihatan ceria sahaja,tp x sangka dia sedang mengalami penderitaan...

    ReplyDelete
  13. al-fatihah... semoga rohnya tenang di sana...

    ReplyDelete
  14. al-fatihah..semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.. amin

    ReplyDelete
  15. saya pun sedih sangat walaupun tak mengenali arwah secara dekat. sekadar tegur2 sapa di instagram. mesranya arwah memang saya tak boleh lupa. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. masih terkejut ni nanie.

    ReplyDelete
  16. Alfatihah..Semoga dia tenang di sana. Amin
    http://eykabaha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. al-fatihah... semoga rohnya tenang di sana...

    ReplyDelete
  18. Alfatihah...moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...Aminn....

    ReplyDelete
  19. Innalillahiwainna ila hirojiun .. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  20. Innalillahiwainna ila hirojiun
    sedih baca... biasa follow instagram d
    ia juga.. ramai menangis dengan pemergian arwah.
    Semoga arwah tenang di sana.

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  21. salam semua.jum singgah blog saya.ini merupakan asssgmnt saya utk sem ini.plizz support me.isepetcina.blogspot.com.

    ReplyDelete
  22. Istirahat dengan tenang kak Ami



    www.perfect-corner.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork