Friday, March 7, 2014

D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi Tawarkan Percutian Kesihatan Yang Unik & Pertama di Malaysia

Assalamualaikum semua

D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi Tawarkan Percutian Kesihatan Yang Unik & Pertama di Malaysia | Untuk menjadi masyarakat yang sihat, penjagaan kesihatan yang berterusan perlu diamalkan. Walaupun aku sedar diri lah aku plussize, tapi aku rasa itu bukan alasan untuk aku tidak menjaga kesihatan. Tak semestinya plussize itu bermasalah. Kadang yang kurus jugak ada masalah kesihatan. 



D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi



Alamat :
D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi 
Lot 8423 & Lot 8424,
Bentong, Pahang





Kalau korang masih ingat mengenai entry aku menjalani Rawatan Naturopati Bersama Blackmores, sekarang ni ada lagi satu rawatan dan penjagaan kesihatan terkini dari Blackmores. Malahan kalau korang nak tahu, ia merupakan konsep penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan pertama di Malaysia!



Konsep & Matlamat D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi

D'Hillpines

A Green Paradise, Journey Of Love And Back To Nature
D'Hillpines is a forest holidays for everyone, and as suited of relaxing as they are to letting off stress, allow yourself to recharge and reconnect with yourself, with those you love and with the nature world.
Set at an altitude of 3,200 feet in the mist clad hills and sprawling across a 35 acre eco-green farm and retreat.
Although D'Hillpines is located in the green thick forest just like other Highlands in malaysia, D'Hillpines is an ideal retreat for the traveler who look for more enriching experience than a mere vacation
D'Hillpines Bukit tinggi is about an hour's drive from Kuala Lumpur and 2.5 hours from Kuantan, and is located about 2,500 to 3,500 feet above sea level.


Melihat kepada konsep Japanese Healthcare Style yang dibawakan oleh D'Hillpines Resort, Blackmores cuba membawa kesedaran dan memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. 


Dengan pelbagai aktiviti yang base nya adalah "Back To Nature", D'Hillpines bukan sekadar memelihara kesihatan, malahan turut memelihara dan memulihara alam sekitar yang mana telah diyakini menjadi sumber kuasa semulajadi pemulihan kesihatan dalaman kita. 




Bukan itu saje, malahan dari aspek pemakanan turut dijaga dan diberikan penerangan. Penerangan akan disampaikan sendiri oleh pakar-pakar pemakanan dan kesihatan dari Blackmores. Maklumlah sekarang ni macam-macam penyakit berasal daripada pemakanan kita kan? 



Senang cerita, D'Hillpines Resort Bukit Tinggi by Blackmores ni menawarkan pakej percutian penjagaan kesihatan yang menyeluruh untuk semua orang. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Sudah semestinya bila kita kembali ke alam semulajadi segala penat lelah dan stress bekerja dapat dikurangkan. Maklumat lanjut, korang boleh baca brochure bawah ni. Klik untuk baca dengan jelas :  



Insya Allah pada 22-23 Mac 2014 ni, aku dan beberapa Beauty Blogger seperti Ami Schaheera dan Sabby Prue akan kesana untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di D'Hillpines Resort. Yang lebih menarik, bukan kiteorang je ada, kalau korang  berminat pun boleh turut serta. 

Harga untuk pakej 2H1M di sini adalah RM 490/seorang. Tetapi sekiranya nak join pada tarikh yang sama dengan aku, harga RM 490 ini adalah untuk 2 orang. So, korang kena cari partner lagi sorang untuk dapatkan 50% potongan harga. Yes, harga tu termasuk makan,minum dan segala aktiviti. Cuma kenderaan tu korang kena usaha sendiri lah ye. Dari KL-Bentong lebih kurang 45 minit je. 

Kalau korang berminat, daftar segera sebelum 11/3/2014 (untuk dapatkan potongan harga). Emailkan butiran diri korang seperti nama & nombor telefon ke innanie.ariffin@yahoo.com -----Title : BLACKMORES RETREAT HOLIDAY.

Peta Lokasi : 



Maklumat Lanjut : 

Website D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi : http://www.dhillpines.com/

Jumpa anda disana! :)


8 comments:

  1. Assalamualaikum nanie, cantiknya tempat ni. pergi babymoon macam oraits je. hiewhiew ~~~

    ReplyDelete
  2. Saya nama je orang Bentong, tapi tak pernah pun sampai ke sini dan tak pernah dengar pun. Banyak sangat resort. Kalau pergi pun waktu sekolah dulu. Tapi selalunya indah khabar dari rupa. Hehe..Tapi memang cantiklah tempat ni.

    ReplyDelete
  3. Sygnya that date ade kndri..how i wish to join nanie,insyaallah maybe nxt time

    ReplyDelete
  4. wah menarik tempat ni wajib dikunjung dan bermalam disana :)

    ReplyDelete
  5. Wah! Seronoknya.. In Shaa Allah ada rezeki nanti akan pergi.. =)

    ReplyDelete
  6. wow menariknya kat sini..pemandangan cantik sangat! Hopefully ada rezeki jejak kaki kat sini

    ReplyDelete
  7. harga not bad la kan? tapi nice view...persekitaran hijau nampak tenang.

    ReplyDelete
  8. persekitaranyer menyenangkan je tengok..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork