Saturday, March 1, 2014

Dove School of Skindulgence : Jom Sahut Cabaran 21 Hari Untuk Seluruh Wanita Malaysia!

Assalamualaikum semua


Dove School of Skindulgence : Jom Sahut Cabaran 21 Hari Untuk Seluruh Wanita Malaysia! | Menjadi seorang wanita bekerjaya *ecewah macam dah dewasa sangat bunyinya* kadang-kadang tanpa kita sedar, kita banyak melebihkan masa pada orang atau perkara lain. Sibuk uruskan rumah tangga, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan anak-anak  dan macam-macam lagi urusan yang perlu diselesaikan. Tapi, perasan atau tidak kita sangat kurang memperuntukkan masa untuk diri sendiri. 




Bersama pengacara yang super best : Azah Yazmin
Selasa lepas, seramai 50 Butterflies telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Kempen "School of Skindulgence" daripada Dove bertempat di The Apartment, The Curve. Selain itu, majlis ini adalah bersempena dengan pelancaran produk terbaru mereka iaitu Dove Body Wash with NatriumMoisture. 



Sabun Mandian Dove dengan NutriumMoisture terbukti lebih berkhasiat berbanding susu. Gabungan ramuan unik yang melembap dan berkhasiat menggantikan semula khasiat pada kulit yang hilang semasa mandi. Untuk memenuhi kehendak dan keperluan setiap wanita, Dove memberikan teknologi NutriumMoisture dalam kesemua variasi sabun mandian mereka yang terdapat dalam 6 pilihan. 


INFO PRODUK : 

Harga Pasaran - 1 Litre : RM 22.90 & 200ml : RM 5.90
Store Jualan - Farmasi, Hypermarkets & Supermarket
Kesesuaian - Semua jenis kulit termasuk sensitif

1. Beauty Nourishing
2. Gentle Exfoliating
3. Sensitive Skin
4. Fresh Touch
5. Energize
6. Revive


AKTIVITI & CABARAN 

Semasa Majlis Pelancaran, semua peserta awal-awal lagi dah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Terbahagi kepada kumpulan A, B dan C masing-masing bakal merasai pengalaman untuk memanjakan diri dan menyahut cabaran untuk kehidupan yang sihat. 

Kumpulan A : Kitchen, Eat Right!
Kumpulan B : Bathroom, Dove Nourishes Better-than-Milk!
Kumpulan C : Garden, Stay Active! 


Seronoknya bila aku berada di Kumpulan A! Yeay... masak-masak lah. Satu group dengan Kak Sabby, Tammy dan Mira Cikcit. Fuh, kalau ikut hati memang surrender awal-awal. Ye lah, nak lawan Kak Sabby Prue? Kau hilang akal? Dia tu sikit lagi MasterChef level tau! 



Sebelum masuk 'gelanggang' kenalah ambil gambar dulu. Muka kena confident macam pandai masak kan. Padahal, dalam kepala takde satu idea pun. Ni kalau dia suruh buat resipi sendiri ni macam ujian cipta rasa masterchef tu, mati lah aku! 


Phew, nasib baik bukan gelanggang ujian masak. Cuma perlu sedikit mix aje. Itu pun ada demo dari chef hebat! Resipi sihat untuk hari tu adalah Basic Chicken Salad & Soba Mee with Mushroom yang kacang goreng je! Pap-pap-pap petik jari boleh siap. *eh kerek pulak!* 


Muka gembira & yakin perlu dikekalkan. Jadi tak lah syak wasangka sangat chef dengan aku. 

Haruslah tangan aku geletar. Ramai kot depan aku yang tengok. Walaupun resipinya simple dan mudah, tapi kalau salah mix bahan mahu tak sedap jadinya. Mujur chef datang ke station aku dan bantu sikit-sikit. Kurang nervous iolls. Tulah, tadi masa chef bagi demo aku dok main-main kat belakang kan? Padan muka! 

Berjaya! Memang satu cubaan yang bagus dan perfect! *chef yang kata lah!*. Heheheh. Resipinya memang mudah dan jimat. Rasanya kurang dari 10 minit dah siap satu resipi. Tak perlukan masak-masak. Just campurkan semua bahan yang disediakan dan masaklah dengan penuh kasih sayang. Mesti sedap! Terus berkobar-kobar nak cuba sendiri kat rumah. 



SCHOOL OF SKINDULGENCE 

Dari tadi cerita School of Skindulgence dari Dove. Apanya lahai Skindulgence tu? Buat mereka yang tak tahu, Skindulgence adalah gabungan perkataan Skin dan Indulgence. Skindulgence merupakan satu rutin sihat buat wanita di Malaysia yang mana sesi memanjakan diri sendiri itu sebenarnya boleh dilakukan di rumah dan tanpa belanja besar. Kiranya more to DIY konsep lah! 


Sebenarnya bila kami di bahagikan 3 kumpulan ia bermakna Kempen School of Skindulgence dari Dove juga terbahagi kepada 3 fokus utama. Kesemua ruang fokus ini mensasarkan agar wanita Malaysia lebih aktif, sihat dan pastinya semakin cantik hari demi hari. 

3 Fokus Utama Skindulgence dari Dove ialah :

~ Eating Right
~ Stay Active
~ Love Yourself


Dalam Dove School of Skindulgence ini, satu cabaran Instagram selama 21 hari bakal bermula. Korang pun boleh join sama! Sebelum cerita bagaimana cara nak join, aku beritahu dulu hadiahnya. Cukup menarik dan buat aku teruja! 10 pemenang untuk Grand Prize  bakal membawa pulang hadiah percutian selama 3hari 2malam di Krabi. Manakala setiap minggu pula, sebanyak 3 orang pemenang bagi setiap kategori tadi bakal dipilih oleh Dove dan membawa pulang hadiah hamper bernilai RM 100. 


CARA SERTAI CABARAN DOVE : SCHOOL OF SKINDULGENCE 

1. Log in ke Facebook My Dove Body Wash & Register kan diri anda sebagai salah seorang student School of Skindulgence.  ---- KLIK LINK FB DOVESelepas isi details korang, secara automatik akaun Instagram korang akan dikenal pasti. 


2. Selama 21 hari, mereka yang menyertai cabaran ini dikehendaki untuk memuat naik ke Instagram seberapa banyak gambar yang berkaitan dengan 3 main focus di atas. Gambar yang dimuatnaik jugak mestilah disertakan sekali dengan hashtag #skindulgence #betterthanmik #eatright #stayactive . Ingat, sepanjang 21 hari takde skip-skip day tau! Gunakan kreativiti korang & ambil gambar. Asalkan semuanya memenuhi ketiga-tiga fokus utama Dove tadi. 


3.  Korang boleh pilih nak mula start cabaran daripada bila. Aku start pada 1 Mac 2014 iaitu hari ni. Cabaran ini berakhir 30 April 2014. 


Sekarang ni pun dah semakin bertambah student Dove School of Skindulgence ni. Korang bila lagi? Jom lah join segera!!! Sama-sama kita sahut cabaran untuk memanjakan diri sendiri dan ke arah kehidupan yang sihat dan berkualiti tinggi. 


Untuk sebarang updates dan maklumat lanjut mengenai Cabaran Dove School of Skindulgence, klik link di bawah : 

Facebook Dove

                                             

School of Skindulgence


Instagram Innanie Ariffin


13 comments:

  1. Comel je kak nani dapat masak-masak.
    Saya pun guna Dove. Sedap bau dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Akak kena confident je dik, nak lawan kak sabby tu! hhehehee
      yep, memang bau dia best kan?

      Delete
  2. Patutlah malam tu lalu The Apartment nampak event ni.
    Seronoknya tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lalu situ ke malam tu... awat tak join sama. heheh :)

      Delete
  3. Cute la gambar tu. Gud luck dengan Dove Challenge
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh :) terima kasih Miss Ika. Doakan ada rezeki untuk saya ke Krabi.
      Jom join jugak!

      Delete
  4. pergh akhirnya berjaya jugak msak..heehehe...yeahh nanie menang kan contest ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak simple boleh lah nad! hahahaha :)

      Delete
  5. Yummm Yummm nk rasa chef innanie msk lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita memang suka masak jugak Asyik, tapi segan nak share-share resipi. macam tak layak. heheheheh :) boleh je kalau asyik nak rasa....

      Delete
  6. macam seronok je tengok kakak!! hihi...masak ka!! jangan tak masak..hihi

    ReplyDelete
  7. macam seronok je. nak join.. sapa2 pun boleh ke?

    ReplyDelete
  8. wah seronok tengok..all the best untuk cabaran tu :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork