Monday, March 3, 2014

Dove Skindulgence Advice #1: Love Yourself

Assalamualaikum semua

Seperti yang aku pernah cerita dalam entry sebelum ni [KLIK SINI], aku kan sahut cabaran Dove untuk sertai Dove : School of Skindulgence Challenge selama 21 Hari. Jadi, korang semua dijemput untuk follow instagram aku @innanieariff untuk support dan dapatkan tips-tips sihat yang mudah, murah dan home-based disitu ye! Kalau korang nak join sama challenge ni pun boleh. Mana tahu, rezeki korang boleh menang dan bercuti ke Krabi! Wooho!


Untuk minggu pertama ni, aku kena challenge di bahagian Love Yourself. Caranya mudah. Just upload my beauty & healthy routine and the main thing is HOME BASE. Gunakan semua yang ada dalam rumah je. Tak perlu belanja besar pun untuk memanjakan diri sendiri. Itu yang sebagaimana Dove cuba sampaikan pada seluruh wanita Malaysia. 

Jadi, untuk 3 hari pertama ni apa yang dah aku kongsikan di Instagram? 



DAY 1


Bila dapat satu bakul Dove Body Wash ni aku memang excited sangat. Mestilah bangun pagi terus gunakan Dove Body Wash with NutriumMoisture ni. Memang terasa kulit lebih lembap dan segar. Bau dia kau jangan cakap lah. Kekal lama & wangi satu bilik air. :)


DAY 2


Memang tema aku adalah HOME BASED. So, aku akan cuba gunakan bahan-bahan yang berada di rumah atau senang didapati. Apa lagi, gunakanlah kreativiti yang ada. Ecewah. Timun. Yes, timun memang baik untuk mata. Korang tahulah, aku bila menghadap laptop memang berjam-jam. Kadang tu sampai lewat malam dan tak cukup tidur. Kesannya, lingkaran gelap bawah mata & mata jadi lesu. So, aku gunakan timun yang direndam air sejuk (untuk dapatkan cooling effect) sebagai eyepad mata dan kurangkan lebam. Selepas lebih kurang 15 minit, memang mata jadi segar! 


DAY 3 



Biasa kita just makan pisang je kan. Kulitnya dibuang. Betul tak? Lepas ni, apa kata korang jangan buang kulit pisang. Petua ni aku dapat & amalkan masa kecik lagi. Sebab masa kecik aku allergik bila kena gigit nyamuk. Jadi caranya, kulit pisang tadi korang gosokkan pada bekas parut. Petua orang Melayu kata, vitamin dalam kulit pisang boleh kurangkan kesan parut. Dahlah mudah, tak keluar duit pun. Amalkan seminggu 2-3 kali. Insya Allah beri kesan yang bagus jugak untuk kesihatan kulit.


See. Nampak tak? Mudah je kan kalau nak manjakan diri dan kekalkan kesihatan serta kecantikan. Semuanya bahan-bahan yang ada di rumah. Kalau takde pun, barang tu murah di market. Insya Allah, aku akan sentiasa update dari semasa ke semasa dan berkongsi seberapa banyak tips kecantikan & kesihatan. Paling penting HOME BASED! Macam yang aku selalu cakap, "Be Confidence & Stay Pretty!".

Oh, kalau korang nak join Dove Skindulgence Insta-Challenge ni pun boleh. Masih sempat. Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Jom sama-sama sihat & cantik bersama DOVE!  Tinggal 4 hari lagi cabaran aku untuk part ni. Woohoooo! ;)


Maklumat lanjut : KLIK SINI
Follow Instagram : KLIK SINI
Facebook DOVE : KLIK SINI





8 comments:

  1. Replies
    1. Ha ah memang wangi :)

      Suka jugak bau dia. Semerbak satu bilik air.

      Delete
  2. best nya...
    akak pun pengguna dove..

    lama tak singgah blog nanie..
    akak sibuk dengan hal anak2..
    sempat update je bw tidak..
    heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak busy...faham... hehehe

      Takpe. As long as update blog, ok lettew kan. :)

      Delete
  3. Banyak tu idea dan tips. Nice sharing. Keep it up kak

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaaa! Fana pun suka dengan produk Dove ni. Mesra perempuan gitewww sebab bau dia sangat la lembut. :)

    ReplyDelete
  5. pernah sekali je guna dove.tak sesuai dengan kulit :(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork