Monday, March 17, 2014

Kebebasan Bersuara & Hak Blogger Dalam Undang-Undang

Assalamualaikum semua


Kebebasan Bersuara & Hak Blogger Dalam Undang-Undang | Baru ni, salah seorang teman blogger yang memang aku segani tag aku pada satu post di Facebook berkaitan dengan isu salah sebuah kolej swasta ingin menyaman seorang blogger sehingga kepada amaun RM 1 juta. Bukan sikit tu. Memang banyak. Dan of courselah kalau aku sendiri di pihak blogger terbabit, mahunya aku tak senang hati kan. 



Tapi, jangan melatah. Malaysia ini punya undang-undang. Setiap rakyat Malaysia ada hak dirinya yang tersendiri yang perlu dilindungi dan dibela. Apa ingat sewenangnya mahu menghukum seseorang? Tidak semudah yang kita jangka. Malahan, undang-undang juga ada pembelaan! Kerana tidak semua yang dituduh itu bersalah

Sebagai seorang blogger, sebenarnya di Malaysia tidak ada lagi mana-mana undang-undang khusus yang terpakai kepada kita. Tetapi, disebabkan kita berhubungan secara terus dengan media massa dan media elektronik, maka secara tidak langsung kita 'diikat' dibawah beberapa undang-undang utama Malaysia. Antara undang-undang yang terpakai dan relevan pada seorang blogger adalah : 

  1. Akta Hakcipta 1987
  2. Akta Komunikasi & Multimedia 1998
  3. Akta Hasutan 1948
  4. Akta Fitnah 1957
  5. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984
  6. Kod Etika Kewartawanan 
  7. Garis Panduan Periklanan SKMM
  8. Akta-akta lain yang relevan

Kalau kita tinjau semula pada beberapa kes popular yang melibatkan blogger di Mahkamah Malaysia, kes Raja Petra sangat relevan. Ini kerana penulisan beliau dalam blog menceritakan atau berbaur isu politik dan melibatkan seseorang yang berpengaruh besar di Malaysia. 

Tidak semua perkara yang ditulis di blog adalah fitnah. Cuma cara penyampaian dan cara penerimaan masyarakat perlu diambil kira. Sebagai seorang blogger juga, aku sendiri mengamalkan dasar berhati-hati dan berwaspada dalam setiap penulisan entry aku. Ini sebabnya, masyarakat Malaysia dilabel sebagai masyarakat yang sangat responsif. Boleh jadi apa yang kita tulis sangat mudah disalah tafsir atau disalah intepretasi antasa satu individu dengan individu yang lain. 


BEZA BLOGGER & WARTAWAN

Isu ini sangat-sangat hebat didebatkan. Malahan jika aku ke majlis-majlis media launch juga, memang tidak dinafikan ada segelintir wartawan yang kurang profesional memandang sinis pada kehadiran blogger. Kita blogger ni dianggap sebagai 'kacau daun' kerana mengganggu kerja mereka. Sebab itu, ada sesetengah majlis meletakkan jurang untuk event mereka. Meletakkan wartawan pada satu slot masa dan blogger pada satu slot masa yang lain. Tapi itu semua boleh ditangani jika kedua pihak bijak mengawal emosi dan memainkan peranan masing-masing dengan profesional dan matang

Perbezaan yang sangat ketara pada seorang blogger dan wartawan adalah dari segi latihan etika dan sumber (atau mungkin lebih luas lagi skopnya). Sebagai blogger, kita tidak mempunyai apa-apa asas dan latihan dalam bidang etika. Melainkan jika blogger tersebut mengambil jurusan kewartawanan @ mass communication @ undang-undang yang sedikit sebanyak membantu mereka supaya lebih berhati-hati.

Atas dasar ini lah, blogger dikategorikan sebagai 'wartawan tidak bertauliah' kerana katanya kita tidak punya etika dalam penulisan. Namun, ingin saya jelaskan berapa ramai 'wartawan sebenar' hari ini yang tegas dan jujur dalam mengamalkan etika dan prinsip kewartawanan? Berapa banyak privasi individu di luar sana yang dicabul hasil penulisan mereka di dada akhbar? Adakah penulisan itu benar-benar objektifnya untuk membuat laporan atau cuba memancing pembaca untuk membeli akhbar mereka? Cuba tanya dan fikirkan semula jika sewenangnya menuduh blogger seorang yang tidak beretika. 

Seperkara lagi, kita blogger ini tidak punya sumber yang dapat defend atau lindungi kita. Jika seorang wartawan disaman, saman tersebut kebiasaannya adalah saman bersama kepada syarikat penerbitan yang dia bernaung. Tapi jika seorang blogger yang disaman, makanya saman tersebut secara 'solely' atau secara mutlak dituntut pada individu blogger tersebut. 


SARANAN PADA BLOGGER

Sebagai seorang blogger, kita memang boleh dan bebas mengamalkan hak untuk bersuara juga hak untuk mengekspresikan sesuatu pendapat di blog kita sendiri. Namun, aku ingin sekali ingatkan supaya kita mengambil langkah pro-aktif dan bijak dalam mengeluarkan pendapat dan mengelakkan diri dari sebarang permasalahan di kemudian hari. 

Sekiranya masalah timbul, memang betul macam aku katakan tetap ada jalan penyelesaian tapi ia tidaklah semudah yang disangka. Ia memerlukan selok belok yang agak sukar dan adakalanya nak tak nak terpaksa juga kita menapak ke mahkamah. 

Jadi saranan dan cadangan yang aku boleh beri adalah cuba untuk letakkan 'disclaimer' atau penafian pada entry-entry yang mungkin isu sensitif. Cuba untuk dapatkan frame work yang jelas sebelum menulis entry atau mereview apa-apa produk mahupun servis. Kurangkan risiko dengan mengambil tahu segala jenis undang-undang dan risiko yang bakal dilalui dan yang terakhir beranikanlah diri anda untuk menerima risiko tersebut. Tapi ini bukan bermakna anda tunduk pada kemahuan mereka, cuma jadi bijak dan berani dalam menilai bagaimana permainan dunia siber hari ni! 


Segala maklumat & idea ditulis sendiri oleh aku. Apa-apa permasalahan dan nak tahu lebih lanjut boleh contact aku pada email innanie.ariffin@yahoo.com. Insya Allah next update kita cerita lagi. Kalau ramai yang nak tahu lah... hehehe. Mana aku tahu, aku share lah ye! :) 



p/s: Aku kalau dah cerita bab undang-undang, ayat terus skema kan? Kahkahkah! Eh, apa kata SBB tahun depan kita share pasal isu Blogger & Undang-Undang ni kan? Jadi lebih ramai boleh ambil tahu. 


Semoga perkongsian ini bermanfaat! 

23 comments:

  1. Assalamualaikum nanie, nice sharing hak kebebasan blogger ni. hehe baru tahu.. memang kena amik tahu ni, kalau salah sebar info boleh kena saman pula tiba-tiba kan. hiewhiew ~~~

    ReplyDelete
  2. info yg bagus dan berguna .. ^^

    ReplyDelete
  3. Isu saman blogger 1 juta,

    Pertama, peranan blogger
    Kedua, peranan masyarakat/pihak terlibat.

    Jika benar isu ini, pihak kolej perlu memperbaiki kualiti.
    Jika isu ini tidak benar, maka blogger tersebut perlu memohon maaf.

    Saman 1 Juta, sebuah ugutan tidak berasas menunjukkan ketidakmatangan pihak kolej. Dan penceritaan dalam blog juga tidak di selang-selikan dengan pandangan positif.

    Siapa bersalah?

    Siapa yang matang dan rasional maka dia bijak berfikir. hehe...

    Good point Innanie

    ReplyDelete
  4. Tq sharing.. betmanfaat utk semua. sebab kita ni blogger menulis dari jati.. :-D

    ReplyDelete
  5. I agree with encik afendi, it's like a campaign I heard on the radio telling us we the people or bloggers shouldn't write bad about a restaurant or else we may cause many to loose their job when it closes down. I mean everyone can have their own opinion and it's not like we are saying something that are sensitive right?

    ReplyDelete
  6. namee baca juga post yg pasal kolej tu nanie...em bagi namee,,dia hanya luahkan, kalau baca comment2 pun banyak juga komen negative.kita yang membaca ni sendiri boleh fikir la mana pihak yg salah.T_T

    ReplyDelete
  7. Semua orang berhak untuk memberi pandangan dalam suatu isu mahupun berkenaan dengan perkhidmatan atau sesuatu produk. Tapi kita harus menjaga batas-batas dalam penulisan agar penulisan kita tidak disalah ertikan.

    ReplyDelete
  8. sekadar berkongsi luahan dan ketidakpuasan hati di blog peribadi tak jadi masalah kerana sebagai pengguna kita ada hak tersendiri samada menyatakan senang atauu tidak senang dengan perkhidmatan tersebut. Good sharing Inanie, semoga komuniti blogger terus bersatu dalam mempertahankan apa yang benar.

    ReplyDelete
  9. Idea yang menarik tu NANIE yang cute..... team DH pasti setuju sebab ramai yang perlukan khidmat nasihat nei.... boleh jemput cik NANIE jadi panel.... :)

    ReplyDelete
  10. Pabila lawyer berbicara.. hah hadam la maklumat tu semua..hehehe

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas post yang bagus ini kak innanie.. insyaAllah selepas ni saya akan lebih berhati-hati dalam blogging... semoga kisah saya tu di jadikan iktibar utk orang lain juga.... sama2 kita perbaiki....


    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
  12. aduh lamanya nak tunggu tahun depan utk SBB.. hehehe

    macam mana cara buat disclaimer yang paling baik ya? Share sikit..

    ReplyDelete
  13. info yang sngat baik untuk yg newbie macam saya..:D follow sy ye....

    ReplyDelete
  14. hey Innanie. Jangan lupa kupaskan tentang blogger yang suka curi gambar + crop watermark blogger lain .
    ni kesalahan antara blogger sesama blogger
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. good info nanie..terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  16. Info yg menarik

    www.ckod-ckodok.my

    ReplyDelete
  17. Play safe.. and play smart.. bahaya kadang-kadang kita tak sedar betapa terdedahnya pada kesalahan

    ReplyDelete
  18. Good point Nanie..tak patut saman sampai 1 juta sedangkan blogger hanya luahkan pendapat supaya orang lain tidak terkena benda yang sama. Suppossed pihak mereka selidik dulu kan.

    ReplyDelete
  19. Pernah juga diminta keluarkan entri bila dihubungi dan kak jie ikut sebab perkara tu kecil sangat, malas nak panjangkan. Walaupun rasa di pihak yg benar tetapi betul tentu betul.

    Mengenai masalah dalam kes ini, kalau dia bertekat nak mempertahankan tindakan dia untuk terus terbitkan entri tersebut, dia kena dapatkan nasihat dari pakar udang2 bukan rakan blogger yang sahaja.

    Nak suruh dia teruskan atau nak suruh dia ikut kehendak pihak kolej pun tak berani sebab tak teliti kes ini dari sudut undang2...dia kena cari pihak yg bertauliah dalam kes yang khusus macam ni.

    Sepanjang menulis blog, Kak Jie sangat-sangat berhati-hati untuk mengutarakan rasa hati luahan kat blog, komplain atau aduan selalu ada tetapi sekadar yang perlu sahaja, sekadar pemberitahuan umum bukan mengajak pembaca menyebelahi diri sendiri. Pernah buat aduan melalui McDonald, Tesco, King Confectionery dan KFC..semua ada kat blog dan bagi url tu kat pihak yang dikomplain. Mereka baca dan setakat ini tak ada pula dia suruh keluarkan entri tu....

    Nak selamat hidup tenang, bersederhana. Bersederhana beritahu apa yang kita tahu.

    ReplyDelete
  20. Good pointssss. Ada setengah orang suka memputar belit ayat bloggers dengan *menyangka* ada maksud tersembunyi atau berbaur politik atau fitnah

    ReplyDelete
  21. Hi kawan-kawan sekalian, saya kini telah buka satu blog dan facebook page secara sukarela untuk membantu orang-orang awam yang memerlukan info undang-undang dan meningkatkan"legal awareness" terutamanya dalam isu tuntutan kecil. Sila sokong facebook page kami:

    https://www.facebook.com/smallclaimcourtmy

    Terima kasih

    ReplyDelete
  22. Thanks for this article. Rasa bersemangat nak menulis adalah bila tahu pasal ni.

    Huh .. thanks sangat Cik Nani ..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork