Friday, March 7, 2014

Kisah Benar : Bahana Jadi Perempuan Perampas!

Assalamualaikum semua


Kisah Benar : Bahana Jadi Perempuan Perampas! | Lepas beberapa jam aku publish entry [Perempuan Perampas : Tiada Maaf Bagimu!] , aku terima satu email dari seorang pembaca. Aku baca sampai habis, tanpa aku sedar air mata aku meleleh. Atas persetujuan pemberi email, aku copy paste email beliau supaya dapat sama-sama dikongsi. Segala maklumat diri, aku sorokkan ye. Tak nak aib sesiapa!


Salam Innanie. 

Akak memang baca blog. Banyak blog yang akak dah baca. Tup-tup akak perasan kawan akak Like entry kamu yang tajuknya Perempuan Perampas : Tiada Maaf Bagimu! Terus cepat-cepat akak klik. Akak dah boleh agak, entry tu berkisah pasal apa. Sapa yang tak nak tau cerita HS yang hot tu kan. Lepas akak baca entry kamu. Akak baca komen pulak. Satu per satu akak baca. PAAAAAAAAAAAAANGGGGGGG!!!! Muka akak panas. Akak rasa pipi akak tebal. Dik, entry kamu dan komen-komen tu semua lah yang tampar pipi akak ni dik!

Akak pernah berada di tempat HS lebih kurang 8-9 tahun lepas. Ceritanya lebih kurang sama. Bezanya, akak tak sefemes HS. Kalau akak femes, mungkin kisah akak lah yang terpapar di dada akhbar satu masa dulu.

Akak pernah merampas suami seseorang dik...

Ya Allah, bila akak fikir title tu. Berat rasanya bahu menanggung. Seumur hidup orang panggil macam tu. Seumur hidup orang takut kita dik. Lagi-lagi yang kawan perempuan. Mana kan tidak, akak ada bakat nak rampas laki dorang. Sebab tu dorang takut. 

Niat akak pada awal perkenalan dengan Mr. H satu masa dulu bermula sebagai kawan. Akak ni waktu tu dah agak terlewat usia nak berumah tangga. Kawan-kawan semua dah ada anak, dah ada laki. Akak kira macam desperado lah. Dalam office tu, banyak jugak bujang yang mengorat akak. Tapi akak tak layan. Dengan Mr.H ni lain macam feeling dia. Akak tau dia dah beristeri. Punya anak bini. Si isteri masa tu mengandung anak ketiga. Akak tak peduli!

Tapi jahil dan gelojoh nak berlaki nya akak time tu...akak tak peduli. Akak fikir ego akak. Alasan akak, lelaki boleh kawen empat. Akak nampak Mr.H mampu untuk beristeri lebih dari sorang. Kejamnya akak masa tu, sampaikan masa isteri Mr.H dalam pantang, akak boleh ajar Mr.H untuk abaikan tanggungjawab dia. Akak suruh Mr.H hantar isteri dia ke kampung. Jadi Mr.H kepunyaan akak soranglah. Walhal bukan ke sepatutnya waktu isteri berpantang, belaian suami dapat redakan kesakitan? Kejam akak dik. Kejam!

Akak kenal dengan Mr.H dan bercinta lebih kurang 8 bulan je. Terus akak kahwin dengan dia. Kawen kat Thailand. Masa tu jugaklah masa yang sama isteri Mr.H berpantang. Keluarga akak memang marah. Sapa yang nak jadi bini nombor 2 kan? Tapi, dorang apa tahu. Akak ni nak berlaki dik. Tak kiralah laki orang ke apa, yang penting ada orang nak akak. Itu je yang akak fikir. 

Lepas isterinya habis pantang, akak berlaku kejam sekali lagi. Akak pujuk Mr.H suruh ceraikan isteri pertamanya tadi. Akak cakap, kedudukan kewangan Mr.H tak mampu untuk tanggung anak 3 dan 2 isteri. Mulanya Mr.H tak nak. Sebab masih sayang isteri pertama dan anak-anak perlukan dia. Tapi, akhirnya akak berjaya pujuk dia untuk ceraikan isteri pertama. 

Isteri pertama dia memang sabar. Pernah datang merayu pada akak supaya bantu ubah fikiran Mr.H jangan ceraikan dia. Bawak anak baby dengan panas terik. Sampaikan masa tu, isteri pertamanya siap cakap akan beralah lagi dengan akak. Akak dapat lebih dari dia. Asalkan dia jangan dicerai. Anak-anak perlukan ayahnya. Akak tak peduli dik.... akak tetap dengan ego akak dan nak conquer Mr.H sorang. 


Lepas 5 tahun kahwin. Satu hari lepas balik kerja, Mr. H kata ada meeting. Jangan tunggu dia balik rumah. Pulang lewat. Hati akak tak sedap. Akak tunggu sampai pukul 1 pagi. Tak balik. Sampaikan akak tertidur di sofa. Lebih kurang pukul 3 pagi, akak dapat panggilan. Daripada Jabatan Agama Islam. 

Ya Allah...memang akak tak sangka. Suami akak di tangkap khalwat di rumah seorang perempuan dik. Akak tak tahu nak cakap apa. Akak pergi ke Jabatan Agama nak tahu keadaan sebenar. Rupanya dik, selama ni suami akak curang dengan akak. Selama kami berkahwin, suami akak main kayu tiga. Akak tanya kenapa buat akak macam tu. Akhirnya dia beritahu, dia nak kan anak. Tapi setelah 5 tahun, akak tak boleh mengandung. Malahan entah macam mana dan akak rasa ini pembalasan tuhan, akak disahkan tak boleh hamil atau mandul. Salah akak dik, akak cuba rahsiakan keputusan ujian doktor tu. Rupanya suami akak tahu dan jumpa surat keputusan doktor tu. Suami akak tak boleh terima yang akak mandul dan ambil keputusan untuk cari "sorang" lagi. 

Di pejabat agama tu jugaklah suami akak lepaskan akak. Katanya, dia tak mampu nak tanggung isteri lebih seorang. Dan dia memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang ditangkap khalwat tadi. Akak menangis meraung kat situ. Bukan talak satu dik, terus talak tiga. Akak rasa langit jatuh menimpa akak. Akak rasa satu dunia gelakkan akak. Padan muka akak sebab dulu buat orang kan? Dan waktu tu hanya satu wajah yang bermain di fikiran akak. Wajah isteri pertama Mr.H dulu

Dik, seumur hidup akak menderita. Siapa mahu perempuan mandul seperti akak? Siapa mahu perempuan perampas seperti akak? Siapa mahu perempuan yang pernah ditalak tiga seperti akak? Dulu masa nak kahwin akak buang keluarga. Tak endah nasihat mak ayah. Sekarang? tak kan akak nak kembali pada mereka dan cerita masalah rumah tangga akak? Kawan-kawan? Mustahil nak dekat dengan akak. Takut suami mereka akak rampas. Bahananya jadi perempuan perampas seumur hidup dik.


Kepada semua wanita yang baca blog Nani ni... akak nak pesan...tak usah pasang niat mahu conquer atau rampas suami orang. Kalau betul itu jodoh, jadikan ia jodoh yang baik. Bukan dirampas atau disakiti hati yang memilikinya terlebih dulu. Akak teringat pesan mak akak, suami orang bila dirampas tu sama seperti kau merampas nyawa seorang isteri. Isteri yang baik bukan kedekut untuk berkongsi kasih, tapi isteri yang baik adalah isteri yang tak mahu suaminya bodoh memilih kaca dari permata!

Kalau nani nak share cerita akak ni, silakan. Akak berkongsi kisah akak sebab akak dah mengalami. Dah terlalu banyak hati yang akak sakiti...dan sekarang bila akak sendiri...takde sapa sudi datang dekat. Perempuan perampas memang tak boleh dimaafi....

Ikhlas,

Kak YanXXXXXXXX
Pasir Gudang, Johor. 



Gulp. Aku diam. Aku harap cerita Kak YanXXXXXX membuka mata kita semua supaya lebih peka dan mengerti perasaan wanita lain terutama yang bergelar seorang isteri.


Wallahualam. Yang baik jadikan pedoman....




37 comments:

  1. bak kata si hanez sundals ni mana saya x percaya Karma, tunggulah ko hanez azabnye nanti!

    ReplyDelete
  2. semoga ianya bg pengajaran pada pembaca di luar sana, saya sbgai perempuan pun rasa takut jgk mana tau tetibe kene kat batang hidung sendiri kan..minta lah dijauhkan. senario rampas laki org & isteri pertama teraniaya dah terlalu byk kt malaysia ni sebenarnya.. tu pasal kes HS ni meletop sgt.. kesian anak2 liyana manan jadi mngsa.. semua kata nista yg diberikan kat bapa die tu akan ada dlm internet sampai bila.. sian2

    ReplyDelete
  3. Wah...entry yg sngt2 mendalam impaknya...thanks kak nanie for sharing...and thanks kepada pengirim surat tu...moga hidupnya slpas nie lebih bahagia...Allah tu adil...insyaAllah Allah beri kebahagiaan kepada akk yan dah pun insaf...Amin..

    ReplyDelete
  4. Hebat drama bulan ini kan? Panazzzzz...

    ReplyDelete
  5. Kisah Kak Yan ni sangat mendalam. I applaud her for being able to share such dark story of her life with us. I hope Kak Yan will find her happiness, Insyallah. Thanks for sharing this!

    ReplyDelete
  6. moga jd pengajaran utk semua pempuannnn..

    ReplyDelete
  7. erk...pasir gudang??...ramai yang tak suka bila dengar kes macam nie,semoga menjadi pengajaran kepada mereka yang berada di situasi macam nie..

    ReplyDelete
  8. Semoga penulis email sbr n tbh atas ujian Allah...anggap la kesilapan yg lepas sbg pengajaran dan pedoman utk yg lain...dlm Islam.memg xde karma tp kita mesti pernah dnga yg baik di balas baik,yg jahat dibalas jahat...

    ReplyDelete
  9. semoga entry ini memberi pengajaran ye...dan semoga akak ni akan diberkati hidupnye.bertaubat itu penting.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah mendalam sangat entry ini. balasan bagi orang yang tamak dan menghancurkan hati ibu dan anak-anaknya. kita harap kak yan bertaubat dan memohon maaf pd ex-wife mr.H dan mr.H tu pun hurm, bukan salah kak yan sorang je sebenarnya T_____T itulah , kadang perempuan yang kene padahal laki tu yang sama menggatal. semoga bebird tak berfungsi!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nanie, sedihnya baca kisah benar ni.. semoga Allah membuka pintu hati wanita yang ingin merampas suami oranggggggg... huwaaa kita sayang suami kita... kita emo pula baca ni... nanie, thank sharing kisah ni dear...

    *sambung nangis*

    ReplyDelete
  12. Moga cerita ni dapat beri iktibar untuk kaum wanita dan juga lelaki supaya berfikir secara normal :)

    ReplyDelete
  13. thanks sebab share.. note untuk diri sendiri juga

    ReplyDelete
  14. Moga yang terlibat dapat mengambil iktibar kan Innanie

    ReplyDelete
  15. meremang bulu roma.. :( bukan setakat isteri. anak2 pun terasa tamparan nya... :"(((((

    ReplyDelete
  16. humm.. hukum karma tu pasti ada, Allah maha adil. mohon share boleh sis?

    ReplyDelete
  17. Itulah.. Apa yang kita buat dekat orang, pasti suatu hari nanti akan datang juga dekat kita. Sama ada cepat atau lambat, PASTI!

    ReplyDelete
  18. sedihnya baca..Alhamdulillah die dah berubah..tapi ape yg die dapat tu mungkin untuk sedarkan die..maknanya Allah masih sayangkan die..Allah bagi kesedaran sebelum die terlambat untuk bertaubat n insaf..

    ReplyDelete
  19. Shit! Really unforgivable!
    I was in the same situation when I was young!
    It's been more than 20years now & I still can't forgive & forget what that woman & my father did to my mom. My mom was pregnant with my sister & he left my mom just like that for that woman cuz she was pregnant too!
    Why must some women be home wrecker! I hate them so much!

    ReplyDelete
  20. kisah yang wajar dijadikan peringatan

    ReplyDelete
  21. Ya Allah, terkedu Umi Qi baca luahan hati akak ni...betul2 membuka mata...benarlah karma.

    ReplyDelete
  22. Kalau la semua home wreckers sedar..... :l boyfie stealer pun trasa gak hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boyfie2 xde kes stealnya. Kawen dulu baru steal2

      Delete
  23. gerammmmmmmmmmmmmmmmmm T.T sedih pun ada. itu la ketentuan Tuhan.. kalau bole elak2 kan la benda2 macam ni jadi pada family kita atau orang2 yang kita kenal.. pikir betul2 sebelum buat apa2 keputusan..

    ReplyDelete
  24. ha..tu la..siap benda jahat kita buat akan ada balasan nya..cepat atau lambat je,tunggu je la..

    ReplyDelete
  25. Syukur akak ni insaf.. semoga ramai yg insaf..

    ReplyDelete
  26. Todia. aku baca line-by-line email dia.

    ReplyDelete
  27. setiap perkara yang kita lakukan akan diterima balasannya..

    ReplyDelete
  28. Fuhhh!!! Terbaikkkk entry email akak itu. Semoga jadi pengajaran pada perampas perampas atau niatttt nak cubai rampass. Ingat...Allah SWT sekarang bayar *cash* terus balasan di dunia. Tak perlu tunggu akhirat

    ReplyDelete
  29. Saya nak share kat whatsapp... Blh tak?

    ReplyDelete
  30. MEMANG MENARIK NAK BACA KISAH KAK YAN NI. TP BUKAN SEMUA WANITA YANG TERJEBAK DENGAN CINTA PD SUAMI ORG TU "PERAMPAS" KEJAM TUDUHAN TU .KADANG-KADANG ADA JUGA YANG TERNIAT HANYA MENUMPANG KASIH. TP MALANGNYA KASIH TERTUMPAH PD SUAMI ORG. BILA USIA DAH BERGANJAK SENJA SUSAH NAK DAPAT PASANGAN BUJANG, KALAU ADA PUN YANG SEBAYA MASIH BUJANG LELAKI ITU PULAK TIDAK NORMAL.yA aLLAH KADANG2 KITA PUN TIDAK TAHU TAKDIR DAN JODOH ITU BAGAIMANA, DI MANA DAN PADA SIAPA KITA JATUH CINTA. CUMA YG JD DOSA MACAM APA YG KAK YAN BUAT HINGGA SANGGUP MENGHASUT SUAMI MENCERAIKAN ISTERI PERTAMA DAN LANGSUNG TIADA BELAS KASIHAN KETIKA ISTERI PERTAMA MERAYAU...TP kAK YAN DAH BERTAUBAT..MOGA KEBAHAGIAN ITU MILIKNYA. JIKA SUAMI MAMPU DARI SEGI ZAHIR DAN BATIN DAN BETUL JALANNYA KENAPA KITA MENAFIKAN HUKUM MEMBENARKAN SUAMI BERKAHWIN 2. MEYELAMATKAN ANDARTU DARI MAKSIAT ITU SUATU PAHALA. WANITA JANGAN TERLALU EGO JUGA MENGECAM, MENGHINA MENJATUHKAN HUKUM PADA WANITA LAIN YG DITAKDIRKAN JATUH CINTA DENGAN SUAMI ORG. KITA CUMA MENDEGAR KELUH KESAH MARAH GERAM WANITA TANPA MENDENGAR KELUH KESAH, MAKAN HATI DAN RINTIHAN SUAMI. lELAKI HANYA BERDIAM WLPUN ADA JUGA DI KALANGAN MEREKA YG MEMENDAM RASA BERTAHUN2 LAMANYA DEK SIKAP SI ISTERI..ERMMM BERFIKIR SECAR WARAS ITU LEBIH BAIK DAN SENTIASA MENGGINGAT BAHAWA DALAM ISLAM TIADA ISTILAH KARMA YG ADA CUMA BALASAN DOSA PAHALA, DAN YANG MENENTUKAN SEMUA ITU HANYA ALLAH S.W.T HIDUP INI MACAM RODA ADAKALA KITA DI ATAS ADA KALA KITA DI BAWAH JD TAK GUNA MELABEL ORG PERAMPAS ATAU APA, SEBAIKNYA BERFIKIR DAN MUHASABAH DIRI...WALLLAHUALLAM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, ye benar tu sis..saya sendiri mengalaminya sekarang ini..saya tak pernah terfikir dan minta untuk jatuh hati dan suka pada suami orang,,,bukan itu yg saya minta,saya cuba untuk sembunyikan perasaan saya kerana tak nak digelar perampas suami orang walaupon sukar..cuma sy selalu berdoa jika dia bukan jodoh saya maka sy minta allah kembalikan dia kepada keluarganye semula dan memberikan saya jodoh seorang lelaki bujang sama sepertinya..sememangnye jatuh hati pada laki orang itu bukan yang saya inginkan..

      Delete
  31. padan muke kau . kejam lagi dengan kaum sendiri

    ReplyDelete
  32. Suami saya pun hampir2 di rampas perempuan yg lebih berusia dari saya dan suami.. saya dan suami sebaya dlm lingkuan 20-an. perempuan tersebut 32 tahun.. saya dan suami kenal hampir 10 tahun dan bru berkahwin 3 tahun.. anak pun dah 2 org.. sakit sangat hati ni bila suami ckp dah tak bahagia dgn sy pada masa yg sama dia menafikan ada hubungan sulit.. tapi Allah buka kan jalan untuk saya hidu kecurangan dia.. dlm diam dia ada simpan telefon lain.. luluh sangat hati ni bila baca whatsapp mereka yg memang nampak sangat bahagia sehingga perempuan tu telah mengandung.. hancur hati bila saya jumpa gambar2 berpelukkan di dalam bilik.. akhirnya suami salah kan saya yang menjadi punca dia berlaku curang sehingga sanggup nak menceraikan saya.. tapi saya jenis yg tak mengaku kalah.. saya tanya apa salah dan silap saya.. then saya perbaiki diri seperti apa yang suami ingin kan.. alhamdulillah berkat sabar dan usaha saya akhirnya suami pulang kembali ke pangkuan saya dan anak2..

    ReplyDelete
  33. syaidah karim@ieydah karim suka rampas suami orang. bolehlah kenalan dengan dia 0168463434

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork