Monday, March 31, 2014

Ninetology Terbang Ke ASEAN Dengan Style!


Assalamualaikum semua
     
   


Ninetology kini menapak maju lagi! Baru-baru ini, aku dijemput untuk sama-sama memeriahkan satu majlis Ninetology iaitu "Ninetology Wrapping Plane Livery" di Sepang Aircraft Engineering. 


Majlis ini bertujuan untuk mempromosi Ninetology ke pasaran ASEAN dan sebagai satu simbolik untuk menembusi pasaran yang lebih luas lagi. Tahun lepas, Ninetology telah mencipta rekod penjualan yang sangat baik dan memberangsangkan. Ninetology telah berjaya menguasai pasaran tempatan sebanyak 12 peratus dan memberi pulangan RM 180 juta.  Disebabkan oleh itu, mereka berani dan terus mengorak langkah lebih maju untuk menguasai pasaran yang  lebih luas.


"The company established its revenue target of RM 380 million by the end of 2014, projected from its expansion plans into Philippines , Thailand and Vietnam. We also have sold over 1 million units to date and have expanded into Indonesia as of September 2013." - Sean Ng, CEO Ninetology ASEAN.


Menurut beliau lagi, Ninetology turut melabur sejumlah RM 5 juta untuk membuka lebih banyak cawangan @ experiential centres di 9 lokasi seluruh negara menjelang tahun 2015. Dengan pelaburan ini, pasaran dalam negara lebih kukuh dan menjadikan Ninetology, jenama terbaik di Malaysia. 


KEMPEN WOW FOR ALL


Kempen WOW FOR ALL adalah satu kempen sepanjang tahun yang berfungsi untuk memberikan "WOW" kepada orang ramai. Kempen ini dimulakang dengan pelancaran telefon pintar model terkeni dari Ninetology iaitu U9 J1. Telefon yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga mesra pengguna ini didatangkan dengan 4 pilihan warna yang semua cantik-cantik belaka. Dengan perisian Android, Ninetology memberikan satu kepuasan dalam sebuah telefon pintar hanya dengan harga RM 199. 


PELANCARAN MODEL TERKINI : U9J1

Bukan itu sahaja, dengan kempen WOW FOR ALL ini juga, Ninetology akan melancarkan satu Cabutan Bertuah Bulanan (#9Giveaway) yang akan diadakan setiap 9hb setiap bulan. Pastinya hadiah yang diberikan semua syok-syok belaka! Mesti korang tak nak lepaskan peluang kan? Aku sendiri, Alhamdulillah salah seorang pemenang Lucky Draw Ninetology U9!

Sekali lagi, aku ucapkan tahniah pada Ninetology atas pencapaian dan kejayaan jualan yang sangat membanggakan! Moga-moga Ninetology mampu memberi saingan sengit kepada pengeluar telefon pintar yang lain. 


Untuk maklumat lanjut, klik link-link di bawah :


Website Ninetology :

Website Ninetology - U9J1 :

Facebook Ninetology :



7 comments:

  1. congrats ninetology! wahh bestnya kalau dapat lucky draw!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wahahaha! segan kita. apa pun thank kayu!

      Delete
  3. Assalamualaikum nanie. wahh bestnya. singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  4. tahniah Ninetology..setapak ke hadapan..bila nak merasa menang lucky draw nih??hehhe

    ReplyDelete
  5. alahai..apa dah jd dgn ninetology. saya salah seorang penggunanya. skrg hp ninetology i9480 da mslh, merata pusing cari sparepart. kedai di low yat pon dh tutup..

    minta pandangan cik nani, mna blh cari info berkaitan ninetology ?

    harap dpt membantu..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork