Sunday, March 23, 2014

Paul Penders : Beauty Blogger Trip Ke Langkawi [Part 1]


Assalamualaikum semua


Awal Mac memang aku tunggu-tunggu. Dah lebih sebulan aku tak sabar untuk masuk Mac. Sebabnya, pada 8 Mac 2014 *yes sama dengan kehilangan MH 370* aku dijemput oleh salah sebuah syarikat pengeluar skincare terbaik iaitu Paul Penders untuk ke Langkawi! Wooohoooo!!! Happy sangat-sangat dan tentulah excited kan? 


LATAR BELAKANG PAUL PENDERS

Lebih 40 tahun, nama Paul Penders memang amat sinonin dengan pembuatan kosmetik dan penjagaan kulit semulajadi. Kira-kira tahun 1900, keluarga Penders ini mengusahakan sebuah salon yang sangat terkenal di Netherlands. 

Paul telah menjadikan pengalaman keluarganya itu untuk menghasilkan bahan-bahan kosmetik dan penjagaan kulit TANPA ADA SEBARANG BAHAN KIMIA. Dari situlah idea dan minat Paul semakin bercambah untuk menghasilkan produk keluarganya yang unik dan natural dengan nama LevensESSENTIE Gold® (Dutch for "Essence of Life"). 


Paul Penders skin care solutions combine the purest ingredients from Mother Nature to restore balance, health and vitality to your skin. Each skin care solution contains our LevensEssntie Gold, an extract of 22 herbs from the East and West, a traditional recipe passed down from Paul's grandmother. Paul Penders skin care solutions are cold-pressed in small batches to preserve the active properties of carefully selected herbal ingredients. 

Paul Penders Skincare Range
Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai produk-produk hebat Paul Penders ni, ada beberapa perkara yang aku perlu tekankan dan aku rasa menjadikan Paul Penders begitu unik dan menjadi TOP PILIHAN aku. 

1. Menggunakan bahan-bahan herba semulajadi (Natural Herbal Ingredients)
2. Tidak Mengenakan ujian kepada haiwan (No Animal Tested)
3. Mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM MALAYSIA

PERJALANAN KE LANGKAWI 

Gembira semua di KLIA.
Dari kiri: Caroline, Fishiee, Sabrina, Aku & Tammy




Duduk sebelah tingkap lah paling syok!
Tujuan kami dijemput ke Langkawi adalah untuk melawat makmal penyelidikan dan pembuatan produk Paul Penders serta bertemu sendiri dengan Founder Paul Penders iaitu Mr.Paul Pender juga atau nama Islamnya Muhammad Paul Pender. 


Dalam flight Malindo Air
Flight dari KLIA jam 1.30pm dan ke Langkawi dalam 1 jam. First time aku naik Malindo Air. Boleh tahan selesa, luas dan servis yang memuaskan! Allahuakbar on the same day jugak lah kapal terbang MH370 dilaporkan hilang. Kita doakan semua selamat ye!

Allahuakbar! Cantik kan?
Gambar yang sempat aku snap & jadikan avatar untuk #PrayforMH370
Sesampainya di Langkawi, CEO Paul Penders yang juga merupakan anak kepada Mr. Paul Penders datang sendiri untuk menjemput kami. Memang agak awkward jugaklah perasaannya bila mana 'orang luar' lebih kenal dan tahu selok belok Langkawi. Malahan jadi tourist guide pulak tu!


Terus kami di bawa ke The Ocean Residence di Pekan Kuah yang terletak kira-kira 15 minit dari airport. The Ocean Residence adalah hak milik Mr. Paul Penders sendiri. Menerapkan konsep kontena hotel, The Ocean Residence sangat cantik dan pemandangannya yang menghadap laut sungguh menenangkan! *Nanti aku cerita lagi ye :)





Selepas check-in dan rehatkan badan sekejap, sebelah petangnya pula kami dibawa ke sebuah makmal penyelidikan produk Paul Penders. Dua orang penyelidik iaitu Encik Gatot dan seorang lagi perempuan mengetuai team penyelidikan mereka.

En.Gatot, penyelidik Paul Penders
Mr.Paul pun turut hadir semasa lawatan ke makmal penyelidikannya. En.Gatot, pakar penyelidik di situ turut menerangkan beberapa bahan utama dan 'secret key' mereka untuk keberkesanan produk Paul Penders. Memang semua yang digunakan adalah daripada herba dan tumbuh-tumbuhan serata dunia. Masing-masing ada banyak khasiatnya!

   


KISAH UJIAN PRODUK TERHADAP HAIWAN


Mr.Muhammad Paul Penders, seorang warganegara Belanda (Holland) dan berusia 77 tahun. Tapi, masih sihat nampak muda dan penyayang. Bila dengar Mr.Paul bercerita, rasa seperti seorang datuk yang bercerita tau! Beliau menceritakan kepada kami bagaimana pengalaman beliau dalam memperjuangkan penolakan ujian produk terhadap haiwan.

Pengalaman beliau melihat sendiri dengan matanya bagaimana ujian produk sebenarnya lebih kepada kekejaman kepada haiwan. Kata beliau, sewaktu beliau mula menghasilkan syampu dan berikan kepada makmal di Holland untuk ujian, beliau membayangkan syampu tersebut digunakan untuk memandikan kucing atau arnab dan melihat kesan terhadap gebu bulunya.

Namun, rupanya ia berbeza. Ujian produk terhadap makmal dijalankan dengan cara mencurahkan syampunya kepada mata arnab, menuangkan syampu ke dalam mulut haiwan dan banyak lagi penderaan yang dilakukan. Semuanya demi melihat kesan sampingannya! Sungguh kejam kan?

Sejak itulah, beliau bertekad untuk melawan dan mengubah undang-undang di Holland. Walaupun gagal di Holland, beliau tidak sekali-kali mengalah kerana selepas berpindah ke USA, di sanalah beliau antara pelopor kepada undang-undang menentang ujian produk terhadap haiwan dan berjaya! 


Bila dengar kisah beliau, aku betul-betul rasa sedih. Atas sifat pentingkan diri dan keuntungan binatang yang menjadi mangsa kekejaman manusia. Sebab tu lah, aku betul-betul salute pada Mr.Paul atas usahanya menentang Ujian Terhadap Haiwan. Bukan itu aje, produk Paul Penders juga memiliki sijik HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan mendapat banyak lagi pengiktirafan lain sebagai produk 100% menggunakan bahan semulajadi!

   


Rasanya cukup sini dulu. Kita sambung Part 2 boleh? Haaa Part 2 lebih seronok sebab aku akan tunjukkan macam mana produk Paul Penders memang memberikan kelembapan kepada kulit aku! Aktivitinya pun seronok jugak. Kami dinner tepi pantai, mandi kolam, jalan-jalan & beli coklat banyak-banyak!


Maklumat lanjut & info -

Website Paul Penders :

Facebook Paul Penders :

Website The Ocean Residence:


10 comments:

  1. Hello! I simply want to give you a huge thumbs up for the great info you have right
    here on this post. I am coming back to your website
    for more soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much. I think, this is Bass maybe?? :)

      Delete
    2. Aku rasa macam spammer? hahaha sbb aku pun ada komen mcm ni dalam spam filter

      Delete
  2. wow..mcm best je...actually bru first time dgr pasal brand ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, memang saya pun first time dengar brand ni. tapi di US ianya memang dah terkenal lama malahan dah ramai yang review bagus!

      Delete
  3. baru mggu lepas g Langkawi. hehe..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork