Thursday, March 6, 2014

Perempuan Perampas : Tiada Maaf Bagimu!

Assalamualaikum semua

Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah kekasih, suami-isteri, kawan baik atau apa juga nama perhubungannya, takde satu pun manusia suka hak miliknya dirampas. Apatah lagi jika ia melibatkan perasaan kasih sayang yang tinggi. 

Kalau mengikut usia aku, tak selayaknya aku bercerita mengenai hal perampasan ni. Cuma apa yang aku boleh kongsikan adalah view aku. Dalam masyarakat kita, terlalu banyak cerita-drama-novel-filem mengenai perempuan perampas. Bila sesebuah rumah tangga goyah, confirm muncul cerita orang ketiga yang menjadi penyebab goyahnya kedudukan rumah tangga itu. 


Aku memang tak nafikan. Perampas memang tetap dipandang negatif. Tak kiralah situasinya bagaiman. Tak kiralah siapa betul dan siapa salah. Pucuk pangkalnya adalah kenapa hak milik orang tu jugak yang kau nak? Kenapa yang bujang tra-tang-tang-tang kau tak nak? 

Bila melihatkan persoalan ni, aku teringat satu entry yang pernah aku tulis tak lama dulu [7 SEBAB KENAPA LELAKI BERUSIA LEBIH HOT ]. Tapi, entry itu bukan satu alasan bahawa kita sebagai orang perempuan boleh merampas hak milik orang lain sesuka hati. 

Kata orang, hanya perempuan yang mengerti perasaan seorang perempuan lain. Tapi menurut pandangan aku, perempuan yang jenis perampas ni bukan sekadar tak faham perasaan orang tapi boleh jadi dia takde perasaan langsung. 


Mungkin hari ni dia gembira dengan apa yang dirampasnya. Tapi ingatlah langit itu tidak selalu cerah. Mana mungkin hukum alam melupakan hukum karmanya. Bak kata orang putih, what you give you will get back kan? So, ada ubi ada batas kan...

apasal ada gambar dia ni? 
Kesimpulannya, kalau dah nama hak milik orang jangan lah sekali-kali diusik. Apatah lagi dirampas. Jangan sakitkan hati orang. Tak baik buat macam tu. Doa orang teraniya tu kan makbul. Nanti kalau awak pulak kena, baru awak tau macam mana sakitnya kan? 

Buat yang dirampas hak miliknya, kuatkan hati. Perjuangkanlah hak. Dan yang merampas, apa yang boleh aku kata.... tak semestinya yang kita rampas itu yang terbaik untuk kita. Boleh jadi ia tidak baik untuk selamanya.  Jangan bina kebahagiaan atas kehancuran hati orang lain.

Petikan kata-kata hebat & pedas dari Chef Wan :

Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.
Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?
These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.
I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.


pesanan buat diri sendiri dan pembaca : laki orang jangan diusik! 
satu-satunya laki orang yang boleh diusik adalah laki mak kita ----ayah kita sendiri lah! :) hehheheeee



32 comments:

  1. mmg top kes HS ni skrg...tu pn still xnk ngaku..siap nk suh wife org tu mntk maaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah terkejut jugak bila dia buat statement gitu. tak patut kan?

      Delete
  2. 'perangai macam musibat' lol thats a perfect word. setuju sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bravo chef wan! btw, congrats menang Tammy Giveaway! :)

      Delete
    2. Omg I didnt see the 'congrats' coming. Thank you :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. Kita dianjurkan untuk bersangka baik tapi dalam soal ni bersangka baik macam impossible kot. Bukan apa, tapi bila si perampas tu boleh hadap dunia ni dengan muka tak malu dan tak bersalah, kejam dan deperate sangat lah tu. Oh bukan tak suka cuma super benci. Memalukan perempuan -.- astagfirullahhal'azim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan segelintir perempuan macam ni, semua perempuan kena. sedih jugak bila macam-macam cacian diberikan. tapi kenapa dia tak nak jaga diri dan perilaku?

      Delete
  4. betul tu kak. kalo lelaki nak pasang lebih pun, nikah terus tapi dengan persetujuan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak gentleman. kalau suka hanez kawinlah. tak larang, tapi apasal sakitkan hati isteri pertama? kalau nak lepaskan, lepaskan. jangan dayus!

      Delete
    2. Memang tiada maaf utk perampas...krn org ke 3,hidup kami menderita..hanya Allah yg tahu Dan cukup dia...Allah utkku

      Delete
  5. Setuju dengan kak nani. Kenapalah yang laki orang juga yang nak sangat. Berlambak-lambak lelaki bujang lain kenapa tak nak? Haih, tak faham...... >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah laki orang ni kononnya nampak kemas, macho dan paling penting nampak kewangan kukuh, most of the woman nak macam ni kan?

      Delete
  6. glamer betul hanez suraya ni skrg ye.... tapi glamer dengan cara yang salahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau glamer elok-elok bagus. build up career. macam ni menghancurkan career!

      Delete
  7. hati perempuan...sensitif. orang kata kalau tak layan tak menjadi. hmmm *geleng kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dani. tak kan berbunyi kalau sebelah tangan je yang bertepuk kan?

      Delete
  8. kejam sungguh perampas laki org tu.

    ReplyDelete
  9. Who else baca statement Chef Wan exactly how Chef Wan wud've read it :) ME! hehe..

    ReplyDelete
  10. laki mak kita pun kita x berani nak usik sbb dia garang sangat wkwkwk

    ReplyDelete
  11. Mungkin kte xditempat dia. Kadang kan nani, bila dh kwin ni, masa bersama tu xnk pulak hrgai.. tp bila dh og aik, br nk bising. Kak ieza xsokong hanez tu, cumanya kdg yg jd isteri ni klu blh mmg kn sabar byk2 sgt. 1 hr nnti bila nani dh kwin, nni akn fhm.. :-)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum nanie, perghh pedas siot chef wan punya ayat. so true... semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu hati wanita2 yang ingin merampas suami orang ni.. sedih sheila baca kisah-kisah camni Y______________Y

    ReplyDelete
  13. Jangan sesekali kacau rumah tangga orang lain :)

    ReplyDelete
  14. Karma itu ada.. konon cakap tak takut...

    ReplyDelete
  15. Kita Islam mana guna karma. Qada qadar je.

    ReplyDelete
  16. Hubungan kami dah 6 tahun ... memang dah rancang untuk kawin dan barang-barang hantaran dah siap beli sikit-sikit tapi munculnya org ketiga buat hubungan kami porak peranda... sakitnya hati Tuhan saja yang tahu... barang-barang hantaran yang kitorang beli dia buat hantaran untuk orang ketiga
    LA TAHZAN... janji Allah itu pasti ....

    ReplyDelete
  17. http://perampasssuami.blogspot.com/2015/04/saya-sebagai-perampas-suami-orang.html?m=1

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork