Saturday, March 15, 2014

Perempuan Plussize Susah Bertemu Jodoh?

Assalamualaikum semua

Setiap kali hari minggu, aku suka tengok Instagram kawan-kawan yang menghadiri jemputan walimatul urus. Allah hai, bohonglah kalau tak cemburu kan. Alhamdulillah, akhirnya hampir telah lengkap kehidupan sebagai seorang perempuan tatkala wujud seorang anak Adam didepannya yang dipanggil suami.


Dalam banyak-banyak wedding, aku paling gembira bila melihat perkahwinan seorang wanita plussize. Aku harap korang mengerti apa yang aku cuba sampaikan. Aku jenis orang yang takut dengan skeptikal masyarakat. Biasalah, mulut longkang selalu cakap... plussize ni susah jumpa jodoh lah, lambat kahwin lah, takde orang nak lah. But, see. Ramai je plussize yang dah kahwin, dah jumpa jodoh! Syukur!

To be honest, aku memang respect pada lelaki yang boleh mengenepikan egonya bila menerima seorang wanita plussize. Naluri lelaki dah pasti mahukan seorang perempuan yang cantik kan? Bukanlah bermaksud plussize itu tidak cantik, tetapi lelaki yang tulus dan ikhlas menerima plussize sebagai pasangan adalah lelaki yang melihat sebenar-benarnya 'kecantikan' seorang perempuan. Bukan dari paras rupa!

Aku faham perasaannya bila mana cinta ditolak kerana saiz tubuh menjadi ukuran. Aku tahu sakitnya bagaimana. Sebab aku pun pernah kena! Hahahaah. Tapi, aku ni kan jenis melawan balik. Kaw-kaw je aku kenakan semula. Pulang paku buah keras orang kata. Apa ingat awak tu perfect sangat ke sampai perlu dapat pasangan yang solid molid. Perut pun boroi! Kan dah kena sebijik kau!

Dan tatkala kini, betapa gembiranya hati bila mana ada juga yang sudi "Buat apa nak malu, kalau kita berada disebelah orang yang kita sayang. Orang yang kita nak!" 

Jawapan itu cukup menggembirakan hati seorang perempuan saiz aku. 

Yes, saiz aku lah. Saiz yang katanya takde orang nak.

Apa pun, doakanlah yang terbaik sesama kita. Jodoh itu tidak kemana. Carilah cantiknya perempuan bukan dengan paras rupa! Pada yang tak plussize, yang hot-hot stuff tu, tak perlu rasanya nak mengutuk bila plussize lambat bertemu jodoh atau takde boyfriend langsung. Sebab dengar cerita ramai juga kini yang cantik dan hot tapi jadi janda kan? 

So, plussize girls out there... don't worry ok. Be ourself. Show the beauty of yourself and be confident! Don't let anyone put you down. Chin up and be bold. Jodoh itu kerja Allah. Kita berusaha dan serah je pada Dia!



p/s: tiada kaitan dengan diri sendiri. *eh ye ke?* hahahah

11 comments:

  1. samalah yg terjadi dekat saya..tapi saya xkisah pon..jodoh di tangan tuhan..bukan di tangan si mulut2 longkang..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, Jodoh, ajal ans semua di tangan tuhan. Semoga mulut longkang tu sedar diri :)

      Delete
  2. Allah dah tetapkan jodoh memasing..pedulikan ape orang kata..one day kit eakan emui kebahagiaan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Nad doakan ye kita cepat temu jodoh. Nad dah hampir kan???

      Delete
  3. plussize pun x apa,janji sihat sokmo...^_^..

    ReplyDelete
  4. saye prnh kene bile lelaki xnk kwn ngn saye sbb saye gemok dan xcntek.. sedih.. tp skrg suami terima saye seadanye.. =)

    ReplyDelete
  5. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan FOLLOW blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  6. InshaAllah akk doa kan adik vertemunjodoh yg baik2.. Apapun sayang I dirigible kita dulu..pedulikan ape org kata, Allah ber sama org2 yg sabar..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nanie, sheila doakan awak bertemu jodoh yang baik. jangan takut dan malu dengan mulut-mulut longkang yang suka fikir negatif tu. Trust Allah, jodoh pertemuan di tanganNYA ^__________^

    ReplyDelete
  8. kalau dah jodoh,tak kira siapa jugak kan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Biar Allah tentukan jodoh kita :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork