Tuesday, March 4, 2014

Produk-Produk Terbaik Bantu Kembalikan Aturan Haid

Assalamualaikum semua

INGATAN : Lebih sesuai untuk bacaan wanita sahaja. 

Dapat satu email dari seorang pembaca perempuan. Soalan dia :


Salam Nani, 
Saya ZaXXXXX dari Seremban. Umur saya 23 tahun. Saya ada baca Nani tulis dekat blog pasal masalah haid Nani yang tidak teratur. Saya baca semua review produk yang Nani gunakan. Boleh tak Nani bantu saya untuk ranking mana satu yang terbaik bagi haid teratur semula. Saya memang betul-betul perlukan bantuan & pandangan Nani. Insya-Allah dalam tahun depan saya bakal dirikan rumah tangga. Jadi saya khuatir jika tak dapat zuriat sebab period tak teratur. - Za, Seremban.
 

Waalaikumsalam Za. First sekali, let me be the first who congratulate you for your upcoming wedding. Alhamdulillah dah sampai jodoh. Gembira kita dengar. Hehehe. And yerp, terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca Blog Coklateyes dan semua review produk yang kita tulis.

TIDAK DATANG HAID SELAMA HAMPIR SETAHUN


Betul tu Za, kita pernah bagitahu masalah paling membimbangkan dalam hidup kita adalah HAID YANG TIDAK TERATUR. Malahan pernah kita tidak datang haid selama hampir setahun. Lebih kurang 9-10 bulan lebih. Ya Allah masa tu memang rasa sedih sangat. Mula lah fikiran jadi tak menentu. Fikir kita ni sakit itu ini. Susah dapat anak lah nanti bila kahwin semua. Baca pulak macam-macam artikel dan maklumat. Makin banyak benda yang kita takut. Ye lah, haid ni kan penunjuk aras kesuburan seseorang perempuan. Jadi masa tu kita fikir bila kita tak datang haid terlalu lama, kita ni bukan seorang perempuan yang sihat. 

Tapi, Alhamdulillah kita tak mengalah. Kita tahu kita sihat dan kita cuba cari solusi nya. Sebab dulu waktu awal baligh, haid kita datang teratur dan bagus. Paling lewat pun 2 bulan je tak datang haid. Masuk form 5, form 6 dan universiti, masalah tu makin menjadi-jadi.

Dulu, kita fikir mungkin haid kita tidak teratur disebabkan masalah berat badan. Tapi bila jumpa kawan-kawan yang ada masalah sama, badan dorang kurus je. Menurut doktor yang kita jumpa, punca terbesar masalah haid tidak teratur ni adalah stress! Stress yang sebabkan hormon dalam badan keluar tak menentu. Jadi perjalanan haid jugak terganggu. Kalau hormon badan kita haywire, semua jadi tak betul. Tak kira kurus ke gemuk. 

Jadi, Za nak tahu kan produk apa yang terbaik kita gunakan untuk kembalikan aturan haid. Macam ni... sebenarnya bukan ada satu-satu produk khusus yang memang dapat kembalikan haid dengan baik. Sebab basicnya dia mengikut kepada kesesuian produk tersebut dengan hormon dan tindak balas badan kita. Cuma yang kita boleh kongsikan adalah, yakin dan tawakal pada Allah. Untuk menjawab soalan Za, kita senaraikan ikut ranking mana yang sesuai untuk badan kita ye. Ini mengikut pengalaman sendiri :


1. CATALYST VIRGIN COCONUT OIL (VCO)


ENTRY REVIEW :  KLIK SINI

Ini memang aku tak dapat nak nafikan. Dalam banyak-banyak produk yang aku cuba & review, VCO Catalyst menjadi pilihan sepanjang zaman aku. Waktu aku tak datang period for almost a year tu, produk pertama aku guna adalah VCO Catalyst. Dan memang Alhamdulillah, lepas 2-3 minggu aku amalkan pagi dan petang, terus datang haid. Ya Allah. Memang syukur sangat-sangat aku time tu. Part lagi best, takde pun senggugut waktu datang haid tu. Cuma sebelum haid tu memang kemain lah lain macam sakit pinggang dia. 


2. EPHYRA


ENTRY REVIEW 1 : KLIK SINI
ENTRY REVIEW 2 : KLIK SINI

Selepas aku gunakan VCO tu, entah macam mana... aku perasan penjualan VCO agak merosot. Susah nak dapat stock. Tak tahu kenapa. Walaupun haid masih lagi teratur tapi disebabkan beban kerja dan stress, senggugut makin menjadi pulak. Dan kemudian haid kembali tak teratur bila aku stop makan VCO. Aku terus guna Ephyra. Memang niat masa review Ephyra ni, part Haid Tidak Teratur tu aku nak highlightkan. Dan produk ni memang bagus serta berkesan! Aku memang suka sangat gunakan Ephyra. Haid jadi teratur kembali. Tak terlewat malahan memang on time! Lagi seronok, senggugut sebelum dan semasa haid tu dapat diatasi dengan Ephyra. Malahan flow period juga lancar. Sekarang ni pun, kalau ada kawan-kawan yang masalah sama memang aku sarankan guna Ephyra. Kebaikan dia memang menyeluruh. Sekarang ni aku dah tak minum Ephyra lagi. Alhamdulillah haid tetap datang dengan teratur dan baik. 


3. BLACKMORES EVENING PRIMROSE OIL (EPO)


Waktu aku awal-awal haid aku tak teratur, Blackmores Evening Primrose Oil ni lah yang aku gunakan. Malahan ramai doktor yang suggest ambil EPO ni. Untuk badan aku, haid memang datang. Cuma effectnya lambat. Selepas 3 botol barulah haid teratur. Masa 1 atau 2 botol tu, haid datang tapi flownya terlalu sikit. Jadi aku sarankan, kalau aturan haid korang tak seteruk aku, gunakan EPO dah memadai. 


AKTIVITI JALAN KAKI


Selain daripada aku makan produk-produk atas ni, ada satu aktiviti yang aku perasan dapat lancarkan haid. Aku banyakkan berjalan. Bila dalam bulan tu aku banyak gila berjalan kaki, contoh macam 2-3 minggu straight aku jalan kaki naik lrt, turun lrt semua... memang haid aku akan teratur beberapa bulan. Datang pun on time dan bagus je. Lancar serta takde senggugut. Bila aku kurang berjalan, dia macam lewat sikit datang.  So, apa kata yang ada masalah haid tak teratur ni amalkan berjalan kaki. 


KESIMPULAN

Daripada pembacaan, kesemua produk-produk kat atas mengandungi beberapa vitamin yang diperlukan badan untuk merangsang hormon-hormon haid. Sebagai contoh, kandungan collagen dalam Epyra. Collagen ni menurut kajian memang menjadi 'trigger' yang baik untuk merangsang dan mengembalikan pengeluaran hormon dalam badan. Manakala VCO pulak menjadi perangsang untuk kecekapan sel dan peningkatan metabolisma. 

Walau apa pun, seperti yang aku dah cakap, produk-produk ni adalah berdasarkan tindak balas pada badan aku sendiri. Mungkin tindak balas pada badan orang lain, adalah berbeza. Cuma yang aku yakin, masalah haid tidak teratur boleh dirawat dan dipulihkan. Kena cari dan usaha untuk dapatkan penawarnya. 

Oh, seperkara lagi. Yang ini jugak penting. Haid tak teratur adalah berpunca dari stress. Jadi, cuba sedaya upaya untuk kawal stress korang. Jangan membebankan diri dan fikir satu-satu masalah terlalu berat. Walaupun masalahnya adalah haid dah lama tak datang. Korang buat rileks je. Semakin korang stress, memang semakin susah haid nak teratur. 

Jangan risau, Insya Allah semua akan baik. Usaha & Tawakal. 

Harap menjawab persoalan Za tadi. 

Be Confidence & Stay Pretty! 


Disclaimer : Ini adalah pendapat dan pengalaman saya saje. Segala maklumat lanjut boleh dapatkan nasihat dari doktor. Kalau aturan haid memang tak betul dan semakin teruk, better jumpa pakar sakit puan. Ini adalah sebagai salah satu ikhtiar saje. Jangan dibiarkan jika berterusan. 




11 comments:

  1. Thank you for sharing.. bolehlah cuba nanti..Asyik pun kdg2 ada mslh ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Asyik :)

      Biasalah kan, tak boleh lebih stress sikit. mesti period tak menentu!

      Delete
  2. Akak dh lama ada prob ni..dh mcm2 doctor jupe...sume ckp hormon level tak stabil....tapi belum cube cara traditional lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, memang saya perasan ramai wanita mengalami masalah yang sama. Kadang tu kita buat tak endah je. Bukan apa takut benda yang tak elok ni simpan benda bukan-bukan kan. bahaya.

      Cara tradisional? kalau tak kisah, nanti akak share lah dengan saya ye :)

      Delete
  3. Assalamualaikum nanie, bagus sangat entri. membantu. nanti kalau ada kawan-kawan yang period irregular. sheila akan suggest depa baca sini. mana tahu, ianya membantu mereka kak. syabas nanie ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila....

      Terima kasih kalau sudi share....sama-sama ada ilmu, kongsikan lah ye :)

      Delete
  4. untuk pengetahuan, saya pun baca jugak. hehe

    ReplyDelete
  5. nice sharing..Ann pun tgh ade mslh yg same..haritu try trial pack ephyra..boleh stat consume jugak la ni terus..tq nanie:)

    ReplyDelete
  6. haid nad [unt ak teratur..nad minum ephyra untuk melihat keberkesananya

    ReplyDelete
  7. tq share info... period dh xdtg dua bulan... rasa risau juga...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork