Friday, March 14, 2014

Review CLINICELL Oral Skincare

Assalamualaikum semua



Tak lama dulu, aku pernah war-warkan di Blog Coklateyes mengenai CLINICELL Oral Skincare yang mana kesannya adalah 6000 kali lebih baik dari Vitamin C. Fuh, kalau dengar tu bukan calang-calang hebatnya. So, baru-baru ni aku diberi peluang untuk mencuba sendiri CLINICELL Oral Skincare.


INFO PRODUK 

Nama : CLINICELL Oral Skincare - Anti Aging & Whitening Essence 
Keluaran : CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN.BHD
Buatan : Malaysia
Pengesahan : JAKIM & KKM
Harga : RM 145/kotak (15 sachet) -  NP
               RM 120/kotak - Promotion Price


Dari segi packagingnya memang aku suka sebab dalam bentuk sachet. So senang nak bawak ke mana-mana. Ye lah, kadang bila kita nak cepat tak sempat nak minum kat rumah. Bila breakfast pukul 10 baru teringat nak minum. Bentuk sachet ni kan nipis. Selit je dalam bag. Mudah!


Di bahagian belakang kotak jugak ada diletakkan recommended serve dan ingredients yang digunakan dalam pembuatan CLINICELL Oral Skincare. Alhamdulillah, dari pembacaan aku memang semua bahan yang digunakan adalah bahan-bahan dari sumber semulajadi.



Perkara yang sangat aku tekankan di sini adalah terdapatnya logo Halal di bahagian belakang kotak CLINICELL. Alhamdulillah, produk ini mendapat pengiktirafan Halal. Jadi, tanpa was-was kita boleh minum dan gunakannya. Penting ni untuk kita tahu maklumat ni kan.




PENGALAMAN SENDIRI

Rasanya pulak lebih kurang orang+peach sikit. Masam-masam manis dan segar. Satu sachet tu ditambah dengan air sebanyak separuh shaker tu. Goncang dan terus minum. Memang sedap. So far sepanjang aku consume CLINICELL, Alhamdulillah takde apa-apa masalah. Macam perut meragam ke apa. Semua seems good. Untuk kesan pulak, dengan 15 paket sekotak so far aku tak nampak kesan yang betul-betul bombastic lah. Sebab saranan Clinicell at least ambil sehingga sebulan berterusan untuk kesan optimum.

Cuma yang aku perasan, kulit muka aku kurang berminyak. Bila kurang berminyak of courselah lebih confident dan pakai make up pun lebih tahan lama kan. Oh ye, jerawat pun kurang. Biasanya kalau aku lewat buang make up, mesti jerawat cepat singgah. Tapi selepas guna CLINICELL, Alhamdulillah kulit muka segar dan jerawat tak lekat! 


TIPS UNTUK TAMBAH KEBERKESANAN 

1. Minum air 8 gelas sehari
2. Kurangkan @ berhenti dari merokok
3. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
4. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat





Maklumat Lanjut :

FB CLINICELL Oral Skincare 

Website CLINICELL Oral Skincare


8 comments:

  1. sedap..pernah cuba.Dapat sample pun dari blog innanie nie

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yep betul memang banyak. nad boleh cuba!

      Delete
  3. wah mahal la.. hehe... x mampu nak consume... irine nadia pon consume produk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep memang betul boleh tahan jugak mahalnya! :)

      Delete
  4. rasa clinicell yang sedap hasilnya pun bagus :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork