Sunday, March 16, 2014

Review Wild Fern Collection : Manuka Honey Body Care dari theSkintopic

Assalamualaikum semua

Masa first time aku ke butik theSkintopic di Pavilion, bersempena Majlis Ulang Tahun theSkintopic yang pertama & demo pembuatan Linden Leaves Oil Therapy [KLIK SINI], aku memang berkenan betul dengan salah satu body care collection mereka iaitu Wild Fern. Bila aku Google dan baca review-review para pengguna pun memang ramai yang bagi hampir full marks pada produk hebat theSkintopic ini. Alhamdulillah baru ni aku diberi peluang untuk me-review Wild Fern Manuka Honey Body Care dari theSkintopic. 

sumber gambar : Blog Farisya Nadia

WILD FERNS SKINCARE - theSkintopic



Natural Skincare from New Zealand : Wild Ferns skincare products are all made with special care in New Zealand. They are not tested on animals and are presented in environmentally-friendly packaging. It is also our philosophy to ensure our most important ingredients come from sustainable sources so we can help do our part to retrain and protect the clean, green, unique beauty that is New Zealand.


Sentiasa percaya kepada khasiat semulajadi, madu memang telah lama diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan kecantikan. Aku memang yakin dan my whole family memang amalkan pemakanan madu asli. Khasiat madu ni kata orang memang whole-in-one lah. Di theSkintopic, rangkaian Wild Fern Body Care ada mengetengahkan Madu Manuka yang sangat terkenal di New Zealand. 

MANUKA HONEY : MOISTURE RICH BODY LOTION 


- Diperkaya dengan Active Manuka Honey yang tulen dan Sweet Almond Oil
- Membantu melembapkan dan menyegarkan kulit
- Akan memberikan aroma manis madu dan menjadikan kulit lebih gebu dan mulus



PENGALAMAN SENDIRI



Dari segi teksturnya memang agak pekat dan likat tetapi tidak melekit. Ia tidak lah seperti body losyen biasa yang mana melekit dan agak merimaskan bila berpeluh sebab rasa berlendir. Mudah menyerap dan sangat cepat kering. Baunya pulak memang sedap. Menenangkan tetapi tidak terlalu kuat. Ala-ala bau powder baby gitu!  Walaupun ia likat dan pekat, tapi dengan sekali sapuan ia akan meliputi keseluruhan kawasan yang kita pakai tu. Mudah di blend pada kulit. So far, sepanjang aku gunakan part paling best adalah dari segi baunya! Memang tenang!


MANUKA HONEY : REVITALISING BODY WASH 


- Mengandungi Active Manuka Honey AAH 650+
- Melindungi dan mengekalkan kulit dalam keadaan semulajadi
- Memberi keseimbangan natural pada kulit



PENGALAMAN SENDIRI 



Ini menjadi favourite aku! Tak sangka bau madu walaupun untuk body wash masih tetap segar dan wangi. Baunya memang berkekalan sehingga 5-6 jam. Tambah pulak pakai Body Lotion atas tadi tu kan. Lagi tahan lama. Mudah dibilas dan tidak melekit. Guna sedikit je boleh dapat buih yang banyak. Lepas guna tu memang boleh rasa kulit lebih sejuk, segar dan lembut. Walaupun ada ekstrak madu, takdelah sampai semut datang. Cuma yang aku yakin, madu memang melembapkan kulit dengan baik. Lagi-lagi musim jerebu dan panas ni kan. Body Wash macam ni lah yang terbaik!


KEBAIKAN MANUKA HONEY


Manuka Honey merupakan antara madu terkenal di dunia. Teksturnya yang pekat, bewarna kuning emas pekat dan sangat kaya dengan anti-oksida juga anti-bakteria. Madu Manuka ini dikumpulkan di Pokok Manuka yang tumbuh sekitar pergunungan di New Zealand pada awal musim panas. Madu Manuka ini telah dikaji dan didapati mengandungi sejenis enzim yang dinamakan Glucose Oxydase yang berkesan dalam mengembalikan tisu badan yang rosak juga membunuh bakteria yang berbahaya pada kulit manusia.  Bukan itu saje, Madu Manuka ini juga menjadi agen pelembapan semulajadi dan sangat bagus pada kulit kita. 


Secara keseluruhannya, aku memang suka Manuka Honey Body Care dari theSkintopic ni. Berbaloi untuk dicuba dan digunakan. Sebab dalam Islam sendiri pun, madu memang digalakkan untuk diguna dalam kehidupan seharian. Jadi, terbukti bahawa madu memang banyak khasiatnya. Wild Fern Collection sebenarnya ada banyak lagi. Bukan setakat Manuka Honey Body Care ni je. Ada dari Kiwi, juga dari susu kambing. Semuanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkhasiat! Aku sendiri dah ada banyak jugak koleksi mereka. Antaranya produk untuk eye care dan juga body oil. 

INFO PRODUK 

Nama Produk : Manuka Honey Body Care (Wild Fern Collection)
Keluaran : theSkintopic 
Negara Pengeluar : New Zealand
Harga :  - Manuka Honey Moisture Rich Body Lotion (RM 80++)
               - Manuka Honey Revitalising Body Wash (RM 80++)
Dijual : Mana-mana outlet theSkintopic

So, untuk mereka yang berminat nak dapatkan sendiri Wild Fern Collection ni aku sediakan beberapa link untuk korang buat rujukan. Oh, rajin-rajinlah tengok Facebook theSkintopic tau, sebab mereka kerap jugak buat promosi dan potongan harga! Menarik tu. 

Website theSkintopic : 

Facebook : 

Outlet :
- Pavilion, Kuala Lumpur
-Avenue K, Kuala Lumpur
- Subang Parade, Subang Jaya
- Hartamas Shopping Centre, Sri Hartamas
- The Curve, Mutiara Damansara


4 comments:

  1. Assalamualaikum nanie. wahh teringat dulu kita pergi event ni dengan awak. hehee... sheila tak pakai pun barang linden leaves. hehe malas nak apply, tersimpan rapi je. hihi. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. botol dia cantik la..:)

    sesuai sangt nak guna dalam musim panas ni.kulit cepat sangt kering.lagi2 bila kena aircond.

    ReplyDelete
  3. sebagai seorang lady, saya sangat tertarik tengok botol produk ni. belum lagi beli, hehehe!

    ReplyDelete
  4. produk dari madu memang sangat bagus :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork