Wednesday, April 9, 2014

Food Review : Menu Sihat dari Kuala Lumpur Golf & Country Club

Assalamualaikum semua


Sebahagian dari amalan gaya hidup sihat adalah pemakanan. Dalam menyambut matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan bebas penyakit kronik, Kuala Lumpur Golf & Country Club telah memperkenalkan beberapa menu baru mereka yang diolah menjadi lebih sihat dan berkhasiat. Baru-baru ni, aku berpeluang merasai sendiri masakan sedap chef terkemuka dan berpengalaman di KLGCC iaitu Chef Arnold Kwok 



Bertempat di KLGCC Golfer's Terrace, pelbagai hidangan sihat yang menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi dan tanpa bahan pengawet dimasak dengan sedap. Menurut Chef Arnold, hasil kajian dan pengalamannya yang banyak merantau di negara-negara luar seperti Jepun memberikan inspirasi untuknya menghasilkan makanan berkhasiat dan sihat ini. 


1. Healthy Juices

Ini merupakan pembukaan hidangan kami. Memang agak terkulat-kulat jugaklah nak menghabiskan. Pekat dan memang 100% hasil blend buah & sayuran. Contohnya macam Citrus Kiwi, Manggo Berries, Apple Spinach & Tumeric Vege Blend!



2. Chicken Broccoli Fritata

Sedap, telur dadar yang diadun dengan lazat. Letak kuah pedas-pedas sikit dan memang lazat. Tak sangka, campur broccoli rasa dia terus lebih sedap. Idea yang boleh dicuba dirumah kan?


3. Tuna Guacomole Salad

Ini macam ada gabungan shushi sikit. Sedap dan fresh. Salad yang dituang kuah lime tu buatkan rasanya lebih sedap dan menarik. Rasa tuna dan telur tu cukup sepadan!



4. Almond Zucchini Muffin & Bread

Walaupun nampak macam biasa, tapi disebabkan bahan yang digunakan adalah berserat dan karbohidrat yang tinggi, cukup rasanya. Lembut dan moist dengan baik. Kalau minum petang dapat muffin dan bread sesedap ni, memang best!




5. Salmon with Warm Tomato Relish

Ini antara yang menyentap rasa aku. Sedap dia lain macam tau. Salmon tu dimasak dengan sangat baik. Lembut dan memang cantik teksturnya. Kuahnya pulak walaupun nampak berminyak, tapi chef menggunakan olive oil. Rasa tomato balance kan keenakan salmon tadi.  




6. Seared Beef Strip Loin

Ini aku bagi 5 bintang. Nampak macam biasa kan? Tapi dia punya sedap tu... mak oi! Boleh mintak dua pinggan lah. Daging diperap dengan sangat cantik dan lazat. Boleh rasa herbs yang digunakan. Walaupun potion nampak sikit, tapi dengan adanya mashed sweet potato dan steamed broccoli and cauliflower tu jadikan dia sangat sedap!






7. The Green Curry, Chicken & Rice

Menepati citarasa tempatan, green curry chicken antara yang menarik dan paling lazat. Dengan menggantikan nasi putih kepada brown rice, hidangan ini dilihat sangat sihat dan menarik. Santan digantikan dengan susu cair dan tetap kekalkan keenakannya! 




8. Sweet Potato Pie, Warm Berries & Coconut Ice Cream

Penutup yang sangat lazat. Gabungan kesemua rasa tu buatkan salah sorang teman blogger mintak extra. Coconut Ice Cream tu paling win. Rasa dia memang lazat tak terkata. Sedang elok je dan memang tepat sebagai pencuci mulut.


Bersama Chef Arnold Kwok

Kalau korang nak cuba rasa keenakan dan kelazatan setiap hidangan yang disajikan di Golfer's Terrace, korang boleh datang sendiri ke KLGCC ini. Menu sihat ini dihidangkan bermula 1 April 2014. Yang pasti keenakan dan kelazatannya memang terselah dan memuaskan hati. 

Secara peribadi, aku amat menyukai idea dan inspirasi sihat dari Chef Arnold. Kepakaran, pengalaman dan pengamatannya dalam bidang masakan menjadikan masakan dan air tangan beliau bukan sekadar mengenyangkan tapi cukup untuk menjaga kesihatan. Bukankah kesihatan itu lebih penting dari wang ringgit? Jadi, jagalah kesihatan terutama melalui pemakanan! 

   

Maklumat lanjut boleh hubungi :


Alamat  KLGCC :

Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)
No 10, Jalan 1/70D, Off Jalan Bukit Kiara
Kuala Lumpur
( 03.2093.1111 ext 3622/3619)

Website :

Facebook : 

2 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork