Saturday, April 12, 2014

Great Guardian Makeover : My Date with Beauty Event

Assalamualaikum semua


Ketua Pegawai Operasi Guardian, Ms Loi Tiang Tok merasmikan majlis

Minggu lepas bertempat di Old Wing 1Utama, aku mewakili The Butterfly Project Malaysia telah dijemput untuk ke satu event "Guardian : My Date with Beauty". Untuk pengetahuan, event sebegini merupakan event tahunan Guardian sejak tahun 2008 lagi. Setiap tahun, mereka melihat peningkatan jumlah penyertaan dan sokongan yang kuat. Malahan tahun ini je, lebih 1500 orang dijangka hadir selama dua hari event berlangsung!



Seperti selalu, ada pelbagai jenama barangan kecantikan dan kesihatan yang join event ni. Jenama yang terlibat adalah Maybelline, Loreal, Enchanteur, Nivea, Safi, Biore, Palmer's, Avene, Oslee, Bio Essence, BioGrow, Oat BG22, Blackmores, Brands, Dermatix, Alcon, Hada Labo, Nano White, Neutrogena dan banyak lagi. Kira-kira lebih dari 15 brands terkemuka yang turut serta. Selain tu, ada jugak aktiviti make up make over dan hair style make over. Semua dari mereka yang pakar antaranya salon A Cut Above. 






Semua produk kecantikan & kesihatan yang join event tu dijual dengan harga promosi. Banyak jugak bezanya dari harga biasa. Banyak pilihan dan ada yang new produk lagi. Setiap dari wakil media dan bloggers yang datang diberikan goodie bag dan voucher RM 50. So apa lagi, masing-masing rambang mata lah nak beli apa kan? Target utama, make up!!!

Pada waktu event, pelanggan yang buat pembelian sebanyak RM 20 ke ata dalam satu resit layak terima satu tiket makeover dan menyertai acara Great Guardian Makeover. Part paling best, hadiah yang ditawarkan bagi mereka yang menang makeover adalah sebuah hand bag berjenama bernilai RM 1640. Fuh-fuh-fuh! 




Selain daripada makeover, ada jugak booth untuk pemeriksaan kesihatan. Antaranya dari Oat BG22 ni, buat pemeriksaan kadar kolestrol. Aku memang dah lama nak check. Maklumlah orang kata plussize mengundang bahaya kan? Tapi, Alhamdulillah, kadar kolestrol aku di tahap selamat. 



Macam biasa, setiap event kalau ada rezeki aku memang selesa dengan mereka-mereka ni. Sekepala semuanya. Mulut tak berhenti masing-masing. Lagi-lagi si Wiida comel lotey tu. Ada je topik yang nak di borakkan! Suka selfie, suka make up, suka semualah. Paling aku suka, bila nak beli something atau tanya apa je, masing-masing ada pendapat tersendiri. Dorang ni dah lah cantik, bijak-bijak semua! ;) Proud to have them.


Bagi yang gila selfie macam kami pun ada contest jugak. Peraduan Instagram yang memerlukan peserta follow Guardian di Instagram dan gunakan #guardianmalaysia. Lepas tu, dengan 20 patah perkataan, beritahu mereka apa yang membuatkan anda cantik. Tag @guardianmalaysia dan #GuardianBeauties. Hadiah pun sama, beg berjenama RM 1140. Panas aku dengar. Hot stuff! 



Bila balik, bukak goodie bag yang diberikan lagi aku menjerit. Mak oi... banyaknya barang kecantikan dan kesihatan yang dia bagi. Semua dari brand-brang yang participate. Kebanyakan barang adalah full size. Memang seronoklah! Gembiranya lah hati. Ye lah, perempuan mana tak gembira kan dapat barang banyak macam ni. 

Terima kasih banyak-banyak Guardian &  pada semua jenama yang mengambil bahagian dalam event ni. Terima kasih pada Butterfly Malaysia atas peluang yang diberikan. Memang seronok event Guardian ni. Kalau korang terlepas tahun ni, jangan risau... tahun depan mesti ada. Dan paling penting, mesti lebih seronok!

Maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Online Shop : 



2 comments:

  1. Akak nanti tolong buat review pasal product bio essence tu boleh tak ?

    ReplyDelete
  2. wow..menarik..banyak betul koleksi nanie skang ni :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork