Wednesday, April 30, 2014

Review Marine Elements Dry Skin Management System | Bantu Atasi Eczema & Kulit Kering

Assalamualaikum semua

Masalah kulit kering & eczema sebenarnya sering menyerang masyarakat Malaysia. Iklim Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan ramai diantara kita mengalami masalah ini. Kadang tu bila nak cari solusi bukannya mudah. Kena yang betul-betul sesuai barulah boleh nampak kesannya. Bagi mereka yang mungkin berdepan masalah yang sama terutama kulit kering & eczema, apa kata korang cuba produk keluaran Marine Elements. Aku sendiri menggunakannya.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, ini aku letakkan gambar pengalaman sendiri melihat kesan penggunaan Marine Elements dalam masa 7 hari. Di bahagian atas tangan kiri aku, tiba-tiba ada kesan allergik dan kemerahan yang merupakan simptom eczema. Aku pun tak tau sebab apa. Jadi aku terus cuba Marine Elements Dry Skin Management System.


MARINE ELEMENTS

Marine Elements is a range of NATURAL, DRUG-FREE skincare products suitable for all ages with sensitive skin to improve dry, irritating and inflamed conditions. It adds a protective barrier on skin's surface and seal the moisture in and keeps the allergens and irritants out thus reduces the recurrence of dry and problem skin conditions. 

Dalam masa 7 hari memang nampak kesannya. Kemerahan semakin berkurang dan gatal-gatal pun dah takde. Tinggal sedikit kesan je. Bila kena allergik / eczema macam ni, memang rasa dia sangat gatal. Apatah lagi bila berpeluh. Lepas garu, apa lagi terus pedih. Tapi dengan Marine Elements, boleh rasa kelembapan dia menyerap dan mengurangkan simptom kegatalan dan kemerahan pada kulit. Jika diperhati pada gambar juga, sewaktu hari ke-0, ada sedikit biji-biji di atas permukaan tangan aku. Selepas hari ke-3, biji-biji tu semua susut dan tinggal bekasnya aje. Malahan pada hari ke-7, warna kesan biji-biji tadi semakin pudar dan kembali kepada tona kulit aku semula. Alhamdulillah!


Dua produk ini diberikan kepada aku untuk membantu mengatasi masalah kulit sensitif dan eczema yang aku hadapi. Ianya adalah Marine Elements Body Wash dan Marine Elements Body Lotion.


Bahan utama yang digunakan dalam Marine Elements adalah Zonase X yang mana telah dipatenkan oleh Marine Elements. Apa itu Zonase X? Zonase X adalah bahan semulajadi yang aktif dan mengandungi protein dan enzim semulajadi. Ia didapati dari sumber marin yang dilindungi di Norway.

Secara lebih spesifik, ianya diambil dari telur ikan salmon yang telah dikaji dan telah dibuktikan memberi banyak kesan baik terhadap sel kulit. Hasil kajian Universiti Norwegian ini mendapati, Zonase X merupakan penemuan terkini dalam bidang skincare.



MARINE ELEMENTS BODY WASH 






PENGALAMAN SENDIRI 

Didatangkan dalam bentuk pump-bottle, ia memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Baunya seperti susu dan sangat pekat. Tidak berbuih kerana soap-free dan tidak melekit. Body Wash ni akan melembapkan kulit kita dan membuang segala sel kulit mati yang ada. Secara tak langsung, kesan-kesan garu atau kemerahan tadi dapat dilembapkan. Selepas guna memang boleh rasa kulit menjadi lembap dan lembut.


MARINE ELEMENTS BODY LOTION 





PENGALAMAN SENDIRI

Aku memang suka Marine Elements Body Lotion ni. Bau dia sama macam body wash tadi, ada seperti susu sedikit. Sangat lembut. Memberi kelembapan berpanjangan kepada kulit dan mengekalkan kelembapan tersebut sehingga 12 jam. Selepas guna body lotion, boleh rasa ia seperti memperbaiki struktur kulit kita dan mengurangkan kemerahan, keradangan dan kesan kulit kering. Sangat lembut dan tidak melekit bila digunakan pada kulit.


Secara peribadi, aku memang akan sarankan produk ni pada mana-mana pembaca atau kawan yang mengalami masalah yang sama. Hasilnya sangat memberangsangkan. Bukan sekadar mengubati masalah eczema dan kulit kering malahan memperbaiki struktur kulit kita dan mengurangkan kesan parutnya. Kesannya boleh dilihat seawal hari kedua atau ketiga selepas kita gunakan. Ia akan mengembalikan tona warna kepada asal dan tidak meninggalkan parut kesan garu.

Bukan itu aje, hasil pemakaian yang berterusan menyebabkan kulit menjadi lembap dan segar. Kesan keradangan dan kemerahan juga dapat diatasi. Paling bagus ianya adalah formulasi semulajadi dan sesuai untuk semua peringkat umur.

INFO PRODUK
Nama Produk : Marine Elements Body Wash & Body Lotion
Negara Pengeluar : Hong Kong
Berat : 500ml & 200ml
Harga : RM 65 & RM 67.50
Boleh dibeli : Alpro Pharmacy, Lazada & HiShop 


Untuk mereka yang berminat & ingin membeli boleh klik link di bawah :

Facebook :

Online Shop:



Website:



4 comments:

  1. Adik ade gatal2 ..boleh suh die cuba yang ni

    ReplyDelete
  2. sesiapa ada masalah kulit boleh try ni kan :) good review nanie

    ReplyDelete
  3. Alangkah baik jika ku ada produk ini juga.

    ReplyDelete
  4. ssuai sgt dgn cuaca yg panas bt kulit kering kan innanie..thanks & nice sharing :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork