Wednesday, April 23, 2014

Review Marine Essence Beauty Bar : Must Try Product!

Assalamualaikum semua

Tiga empat hari ni, aku gembira je bila waktu mandi. Ecececeh! Dah kenapa nak gembira sangat kan? Mandi tu just mandi lah. Cuci badan dari kesan kotor, peluh, lekit segala satu hari terdedah kat luar. Well, itu kalau ayat biasa lah. Tak dow deep gitu. Cuba kalau ayat luar biasa. Ini jadinya... Mandi aku kini lebih seronok, segar dan meriah bila guna Sabun Marine Essence! 


Seperti kebanyakan orang, yes aku agak ortodoks sikit. Once aku dah biasa atau selalu guna satu jenama tu, aku tak akan berpaling tadah. Guna je lah sampai bila-bila. Setia jugak orangnya aku ni. Aku bukan apa, malas nak bertukar ke sesuatu brand yang baru sebab takut tak sesuai dengan kulit kita. Kang beli saiz besar, tak sesuai membazir. Beli saiz kecik, harga tak berbaloi pulak. Selalu tau dilema macam tu. Sampai lah minggu lepas, kawan aku bagi free Marine Essence ni suruh cuba. Haaa kalau free den tak tolak! :)

Alaaah, dah ramai sangat lah cerita Marine Essence ni. Kat FB Timeline aku pun selalu keluar promo sabun Marine Essence ni. Uih, boleh tahan hebat nampak gaya penangan sabun kecik hijau ala-ala bentuk water drop ni kan. Ramai yang dah guna dan berjaya dapatkan hasilnya. So, nampak gaya this is MUST TRY product lah kan!



SABUN MARINE ESSENCE


Sabun Marine Essence dalam bentuk bar ni dirumus khas untuk memberi kelembapan dan kecantikan pada kulit. Diperkaya dengan anti oksida dan minyak asli, ia akan memberikan banyak manfaat kepada kulit kita tak kira lelaki mahupun perempuan. Dengan saiz sebesar tapak tangan, pelbagai kebaikan yang dijanjikan sabun Marine Essence ni. Paling penting dah ramai yang cuba dan berpuas hati dengan hasilnya. Daripada pembacaan aku, semua peringkat usia boleh guna sabun Marine Essence ni. Lebih-lebih lagi kalau ada budak-budak yang kulit sensitif. Yeah, macam aku!


BAHAN KANDUNGAN SABUN MARINE ESSENCE 

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

KELEBIHAN SABUN MARINE ESSENCE 

- Memberikan kesegaran badan yang berpanjangan
- Mengurangkan bau badan akibat bakteria pada peluh
- Mengembalikan kelembapan kulit
- Menghilangkan kesan parut dan regangan kulit (stretch mark)
- Membantu kurangkan masalah jerawat pada belakang badan
- Menghilangkan kesan daki  pada tempat-tempat seperti ketiak, siku dan buku lali
- Memutihkan kawasan yang mudah gelap seperti ketiak dan tengkuk
- Mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat eczema
- Mengurangkan rekahan pada kaki


PENGALAMAN SENDIRI


Baiklah, selama 4 hari aku gunakan sabun ni sedikit sebanyak memang nampak ada perubahan positif. Aku ada kesan allergik di bahagian tepi muka aku. Akibat pakai cermin mata yang frame dia besi. Haish, aku ni allergik besi, allergik emas! Apa yang aku boleh pakai? Heheh. *monolog dalaman*. So, once aku cuba tu pada mulanya rasa pedih lah sebab ada merah-merah dan macam luka sikit. Tapi takpe tahan kan je lah. 

Esoknya tu, rasa bahagian tu tak kering. Rasa dia macam dah kurang gatal dan merah. Tetap teruskan dan setelah 3 hari, memang kurang gatal-gatal part tu. Biasanya kalau kena peluh je, automatik lah kan part allergik tu mengenyam. So, Alhamdulillah bahagian allergik tu nampak beransur baik. Kesan parut akibat gatal tu pun makin kurang dan tak merah-merah lagi. 


Next, aku memang suka betul lah dengan bau nya. Bau dia sangat segar. Ada bau macam bunga-bungaan, ada macam bau ocean sikit. Bila mandi tu, dah macam aroma therapy pulak. Dia bagi kesegaran bau yang enak. Bukan tu je, tahan lama pulak tu. Aku pakai waktu pagi boleh kata sampai petang bau dia ada lagi pada tubuh. Secara tak langsung, confident sikit nak bergaul dengan orang ramai. Ye lah, elakkan badan berbau. 

Dari aspek kelembapan kulit pula, aku tak dapat nak ukur secara spesifik. Cuma apa yang aku perasan bahagian kulit kering berkurang. Lepas kulit rasa lembap terus feeling kulit gebu-mulus-licin bak sutera! 

Jadi, kat bawah ni aku sertakan beberapa testimoni yang turut merasa kesannya. Bukan aku sorang ye... ramai...kan dah bagitau, sabun Marine Essence ni macam fenomena gitu.





BERITA BAIK!

Disebabkan bulan depan birthday aku, jadi ada berita baik sikit nak beritahu. Ada promosi terbaik yang diberikan. Ecewah, apa kaitan birthday aku dengan promosi ni pun aku tak tahu. Hahahah! teruskan pembacaan.... 

HARGA PROMOSI 

RM 35/PC

RM 100/3PCS  
(NP : RM 105)


Maklumat lanjut dan nak tahu lagi mengenai product Marine Essence ni, boleh hubungi kawan blogger saya ni. Jangan risau, baik orangnya... hehehe... dan akan menjawab segala persoalan korang dengan bagus. 


Haiqal Rawlins
Contact : 012. 280.1977
Email : rawlins_una@gmail.com

Facebook :

Blog URL :

Instagram :
@rawlins_glam


10 comments:

  1. sejak nampak kak sabby pakai sabun marine essence ni, teringin jugak nak try. now kak nanie pun dah pakai, macam best je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka bau dia!!! serious best gila. aroma therapy tau! :) cuba lah

      Delete
  2. Farah pun dah lama jgk nak cuba Marine Essence ni. Insya Allah, ada rezeki hujung buln Farah contact Haiqal Rawlins tu. Thanks kak nanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah, silakan. contact Rawlins. He such a good man. boleh contact dia kalau nak bli. memang berbaloi cuba!

      Delete
  3. hehehe.. wani pun tgh pakai sekarang... tapi lama-lama buih nye berkurang la..

    ReplyDelete
  4. mmg best sabun nie dah lama pakai sesuai pakai time pregnant..sbb kulit kita cepat kusam..time preggy

    ReplyDelete
  5. nad dah pakai sebulan dah..hehe..dekat muka..memang awesome..baru nak review gak..hehehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Azhafizah Md Nor boleh contact saya ye

      Delete
  7. I love d bau maribe. Awesone habis.. fresh giler.. hehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork