Wednesday, April 16, 2014

Review : Range Rover Evoque Malaysia

Assalamualaikum semua

Review : Range Rover Evoque Malaysia  | Dalam blog aku, memang tak pernah aku tulis pasal hal ehwal kereta. Aku tau pasal kereta pun sekadar basic nya. Sejak ayah sakit kenalah amek tahu, amek pusing sikit semua asas-asas penjagaan kereta secara baik. 

Salah satu ciri yang kereta idaman aku mestilah 4 X 4. Sebab dia nampak sporty, elegant, bold dan confidence. Dreaming car aku memang tak lain tak bukan, BMW. Mengancam betul godaan dia. Lagi-lagi X6 dan 5series dia. Tapi currently, obsession aku dah berubah. Mata aku terpukau bila tengok Range Rover Evoque!




Pergh, dia punya mengancam tu bukan main lagi. Memang mantap lah. Aku tengok depan-depan pun macam tak nak kelip mata. Sangat cantik dan memukau. 

The Range Rover Evoque is a compact luxury crossover SUV produced by the British manufacturer Land Rover, part of Tata's Jaguar Land Rover group. It has been produced since July 2011 in three and five-door versions, with bothtwo-wheel and four-wheel drive. The Evoque is designed to appeal to urban buyers and meet requirements for lower CO2 emissions and fuel economy


SPESIFIKASI & HARGA*




DALAMAN EVOQUE





PANDANGAN SENDIRI 


Pada pandangan aku, Range Rover Evoque ni bukan kata sesuai untuk lelaki, malahan kaum perempuan pun sesuai jugak. Dia tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Sesuai untuk kegunaan keluarga dan sangat selesa. Ye lah tengok juga pada harganya kan. Cuma melihat kepada dashboard nya mungkin agak sarat dan terlalu canggih. Jadi kalau perempuan nak bawak, make sure seorang yang cool dan tak mudah gelabah. Bukan apa, supaya tak tersalah tekan butang. 


Seperkara yang aku risau, kalau lah aku ada kereta ni kan...*amin amin amin* tang gear tomb tu agak pelik. Dah macam button volume pulak aku tengok. Mungkin agak tak praktikal. Sebab biasanya gear tomb mestilah mudah dicapai dan dipegang. Perlukan grip yang penuh dan kuat. Yes, walaupun auto gear tapi rasanya cubaan berani mereka ini mungkin memberi sedikit ketidak selesaan. 


Bonet jugak agak luas. Lebih kurang sama macam SUV yang lain. Bahagian seat belakang boleh dikedepankan dan menambah luas lagi pada bahagian bonet. Macam-macamlah boleh masuk. 

Walau apa pun, Range Rover antara jenama terbaik untuk kenderaan SUV dan 4X4. Satu jenama yang dah bertahan lama dan menghasilkan banyak kenderaan yang berkualiti serta terjamin keselamatannya. Doakanlah mana tahu ada rezeki, dengan senyum simpul aku drive Evoque Merah ni kan. Boleh aku bawak korang jalan-jalan. Heheheh. 

Tengok bayaran bulanan, Gulp! 



Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik :


Facebook Range Rover Malaysia :


Website Range Rover Malaysia :


5 comments:

  1. memang terpukau habis..kalau ada duit banyak ni dah boleh beli dah kan..huhu..sesuai dengan nanie yang sukakan adventure kena lah sporty design ni..nice sangat!

    ReplyDelete
  2. My dream car but bila tengok harga, kekal as a dream jela ye T^T

    ReplyDelete
  3. Salam admin. Nak tanya laman web harga kereta tuh apa ye. Boleh share tak?

    ReplyDelete
  4. Salam admin. Nak tanya laman web harga kereta tuh apa ye? Boleh share tak web nya?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork