Saturday, April 26, 2014

REVLON ColorBurst Crayon Collection Launch @ The Canvas, Damansara

Assalamualaikum semua


Selepas entry yang aku publish dua hari lepas [KLIK SINI], ramai yang nampaknya tertarik dengan lipstick aku. Mana satu? Of course lah REVLON Colorburst Matte Balm yang terkini dan masih panas di pasaran. 



Minggu lepas dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran REVLON ColorBurst Crayon Collection di The Canvas, Damansara. Haish sapa lah tak tergoda dengan produk REVLON kan? Aku sendiri memang dah lama aim produk mereka ni. The Canvas, Damansara di hias sangat cantik. Dengan warna-warna pastel dan vibrant buatkan The Canvas, Damansara seperti parti muda-mudi!



Bagi REVLON, lipstick mampu menggambarkan peribadi, mood, dan keterampilan seorang wanita. Malahan penggunaan lipstick membuatkan wanita nampak lebih yakin, cantik dan selesa dengan dirinya sendiri.

Disebabkan itu, REVLON tampil dengan produk lipstick mereka yang dilengkapi dengan Triple Butter Complex iaitu gabungan Shea, Mango dan Coconut Butter yang bukan sahaja menjadikan REVLON Lipstick cantik dipakai malahan memberi kelembapan pada bibir. 


Kami semua diberi peluang untuk mencuba hampir kesemua shades yang ada. Didatangkan dalam 3 jenis iaitu Lacquer Balm, Matte Balm dan Balm Stain, masing-masing memberikan sentuhan yang sangat cantik pada bibir. 


REVLON COLORBURST MATTE BALM
- Memberikan matte finishing yang sangat cantik
- Boleh pudarkan kesan garis halus pad bibir
- Tahan lama & tidak berat
- Cantik dan sesuai untuk kegunaan siang/malam
- Terdapat 8 pilihan shades

REVLON COLORBURST LACQUER BALM
- Ada glimmer shine
- Berkilat dan membuatkan bibir mungil
- Ada cool sensation
- Melembapkan bibir dengan cantik
-Sesuai kegunaan malam
- Terdapat 8 pilihan shades 

REVLON COLORBURST BALM STAIN
- Tidak mempunyai glimmer
- Lebih kepada natural look
- Ringan dan tetap cantik di bibir
-Melembapkan bibir dengan baik
-Juga ada 8 pilihan warna yang cantik


Secara peribadi, aku amat suka dengan Matte Balm. Warnanya yang terang, kelembapan yang tinggi dan kemasan yang ringan bila di pakai buatkan bibir nampak sangat cantik. Lagi pulak bila pakai garis-garis halus pada bibir mula pudar. Lagi lah aku suka kan!



Didapati dengan mudah di mana-mana drugstore seperti Watson, Guardian dan sebagainya, REVLON ColorBurts Crayon Lipstick dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Retail price RM 35.90 tapi kalau ada drugstore yang tengah offer hanya RM 30.90 je! 

Macam biasa, bila pergi event dengan gadis-gadis dan tambah pulak tempatnya cute, haruslah aku dan kawan-kawan enjoy bersama. Selfie, ambil gambar sana sini dan paling penting dessert yang disediakan semua sedap belaka. Geram. Rasa nak bawak balik! 



Memang cantik lah REVLON ColorBurst ni. Korang tengok bibir kawan-kawan aku ni. Semua berbeza skin tone, tapi dengan shades dari REVLON semua nampak cantik dan sesuai. Aku sendiri pun suka!


Last but not least, terima kasih banyak-banyak pada REVLON Malaysia atas jemputan event ni. Insya Allah nanti ada masa aku review beberapa shades yang aku ada. Korang boleh tengok mana yang korang rasa sesuai dengan tona kulit korang ye!


9 comments:

  1. nak nagiss... best nya event revlonnn... (T_T) packaging dia buat kan rasa cm nk semua...

    ReplyDelete
  2. bestnya nanie boleh cuba semua lipstick ni..

    ReplyDelete
  3. huishh.. menguji je rasa taw..:p

    ReplyDelete
  4. Best2 .best gi event jumpa ramai blogger friends..But too sad. I'm too far
    http://www.unlimitedbeautysecret.com/

    ReplyDelete
  5. wow bestnya. makin comel sekarang ni

    ReplyDelete
  6. matte balm best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  7. menawan kalbu warna² yang ada..cantik!

    ReplyDelete
  8. the canvas best hokayyyyy..boleh ceconteng wall dia sesuka hati..hehe...

    da ada satu ...teringin nak collect all color !!!!!huwarrrrr...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork