Monday, April 14, 2014

Suami Isteri : Penangan Kamar Sutera

Assalamualaikum semua

Dah banyak hari aku rasa mood tak berapa nak ada menulis blog. Idea ada kat kepala. Tapi bila mood takde, laptop aku biarkan sepi. Malas jari menari! Eh tajuk aku macam ngeri pulak bunyiknya. Hehehe. 

Baru ni aku beli sebuah buku "Kamar Sutera" [KLIK SINI]. Ahhh, jangan pulak korang salah tafsir. Buku yang pada aku sangat santai bacaannya tapi padat isinya. Jangan pulak pandai-pandai korang labelkan 18SX hanya dengar tajuk buku. Cuba dulu baca sehelai dua. Pasti, korang gembira. Ketawa malu. Tak nak berhenti baca satu-satu. Penulisnya adalah seorang blogger juga. Blog Kereta Mayat, Hamka. Lupakan pasal buku Kamar Sutera tu. Lebih promote pulak. 

Aku sangat terkesan dengan penulisan ilmiah-santai-humor sebegitu. Alangkah indah hidup suami isteri. Setiap hari penuh gelak tawa, usikan manja dan banyak lagi perkara yang semuanya pahala. Pandang muka - dapat pahala, belai pasangan - dapat pahala, siapkan makan minum - dapat pahala, serba serbi lah dapat pahala. Indahnya hidup berumah tangga. 


Bercakap isu rumah tangga, yes of course umur macam ni dah mula serius sikit lah fikir jodoh. Walaupun serius tapi tak sure nak mula dari mana. Secara mudahnya, aku boleh bagi hint yang sampai la ni, belum jumpa lagi. Tapi takpe, kata orang kita kena yakin dan positif. Insya Allah, at any time tiba-tiba je jodoh sampai depan mata. 

Kalau dulu masa umur 16-17 tahun, confirm ciri utama nak yang handsome aje. Alaa macamlah handsome dia tu boleh bagi makan, boleh bawak masuk syurga kan? Bila di usia segini, perkara lain yang aku pandang. Aku memandang mereka yang punya naluri tinggi pada keluarga. Senang cerita, lebihkan masa dengan keluarga dan tahu hormat mak bapak juga. Kata orang lelaki yang jenis family-man ni, perangai dia lain macam luar biasanya. 

Pada aku mudah, once dia lebihkan keluarga bermaksud dia bijak bahagi masa. Once dia fikir keluarga, confirm bertanggungjawablah dia dan sayang akan anak-anaknya. Once dia ingat keluarga, fahamlah dia peranan menjadi seorang suami, seorang anak, seorang teman dan juga seorang bapa. Once dia ingat keluarga, pasti dia akan hormati kedua orang tua. Once dia sayang keluarga, confirm dia akan jaga dan pertahankan cintanya. Semuanya bermula dari keluarga. Sebab keluarga asas kepada kebahagiaan yang harmoni dan sejahtera. 

Aku yakin, masih ramai lagi lelaki yang punya sifat sayang & lebihkan keluarga ni. Masih ramai lagi lelaki yang baik dan sentiasa mencari sesuatu yang membawa kepada kebaikan. 


Dan andai ada kesempatan, doakanlah semoga semua dipermudahkan! Amin. 



12 comments:

  1. kamar sutera... uishhhhhh

    Jemput singgah dan JOIN d(^_^)b
    ANDA DI TAG!!! hehe.... SPECIAL GIVEAWAY {MOTOROLA GOLD EDITION}

    http://tinynasweet.blogspot.com/2014/03/gitarboyz-aka-ninjaboyz-special-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. setuju yg part keluarga base utk segala-galanya.

    ReplyDelete
  3. memang follow hamka. serius ilmiah + humor. senang implement nanti..hewhew~

    ReplyDelete
  4. rata-rata lelaki macam tu..sudah berpunya..tapi masih ada juga yang still mencari..

    ReplyDelete
  5. semoga jodoh nanie dipercepatkan dan dipermudahkan oleh Allah SWT..aminn..
    memang seronok hidup berdua dan berfamily ni..yang penting kena tahu tanggungjawab masing² :)

    ReplyDelete
  6. Aku igt karma sutra tadi. Kau baca karma sutra, wwwww

    ReplyDelete
  7. Keknis baca sebab google pasal jodoh!

    ReplyDelete
  8. semoga segala yang dirancang akan dipermudahkan..:)

    ReplyDelete
  9. Btol2.. carilah psgn yg utamakan kluarga.. smoga kak cepat bertemu jodoh.. Aamiin.. ;)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nanie, sheila doakan semoga nanie bertemu jodoh yang baik.. macam nak beli je buku ni. hehehe ~~~

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork