Thursday, April 24, 2014

Tag Thursday : Drugstore Diva

Assalamualaikum semua

Bila hari Khamis je, cepat-cepat bukak blog Sabrina Tajudin. Alaaa tak kan korang tak tahu projek kiteorang. Yes, Tag Thursday!!! Masuk entry ni dah 3 entry rasanya aku join Project Tag Thursday. Aim? Nothing. Just for fun. Sometimes rasa penat dengan kerenah dunia blogging kan. So, just show the true colour of yourself in Thursday! Hahaha. 

Untuk kali ni, Tag Thursday dengan tema Drugstore Diva. I don't know why Sab choose that title. But I think, it is enough said that we (the beauty bloggers) love to visit drugstore. Kadang tu tak beli apa pun, just cuci mata je. Tengok-tengok make up baru. Cuba-cuba tester. Hahaha. Kinda weird but its really fun!  Korang jangan fikir pulak kami ni drug dealer ke apa. No-no-no. Kami takde kaitan dengan najis dadah ye. Drugstore means a pharmacies that also sells toiletries and other articles. Alaa contoh mudah; Watson, Guardian, AEON Wellness & Caring. Let's start!


This is my favourite make up stuff. Walaupun temanya adalah drugstore diva, tapi tak salah kan kalau kita nak share sesuatu yang kita suka. Ini adalah make up stuff yang boleh dikatakan penting dan untuk kegunaan harian. Tak kisahlah ada event ke takde event. Kebanyakkannya boleh dibeli di mana-mana drugstore. 

MAKE UP BASED 

1. Sun Block - Yadah Oh My Sun Block SPF 35, PA++
Aku dapat ni masa event Butterfly Project X Yadah [KLIK SINI]. Walaupun size kecil, tahan lama dan paling aku suka adalah teksturnya yang tak melekit dan tak berminyak. Absorb dengan cepat dan ada fresh scent.

2. Dr.G Brightening Balm SPF 30 PA++
Sekiranya ada event seperti photoshoot, aku akan gunakan BB Cream Dr.G ni. Melembapkan kulit dan boleh nampak flawless dalam gambar. Sama jugak, tak berminyak dan teksturnya ringan. Sesuai untuk semua jenis tona warna kulit. 

 3. Loreal Lucent Magicue BB Skin Luminating Cream
Untuk daily use, aku prefer yang ini. Walaupun teksturnya agak kesat, tapi bila apply pada muka dan blend dengan baik, ia boleh menutup pores. Cuma kena rajin sental lah lepas guna. Kalau tak tersumbat lagi pores tu! Tak berminyak dan memberikan light coverage. [KLIK LINK]



BLUSHER

4. NYX Pinched PB25
Antara dua, ini top list aku. Suka sebab colour dia yang red rose tu bila di apply pada solekan sangat sesuai dengan tona kulit aku. Ringan, ada sedikit glimmer finishing dan tahan lama. Aku beli satu set dengan eye shadow pallete tu. 

5. Essence Silky Touch Blush 
Teringin nak ada coral / peach orange blusher, Essence Silky Touch Blush antara yang terbaik. Dengan harga yang berpatutan (RM 13.90), Essence Blusher sangat best digunakan. Ringan dan ada glimmer finishing jugak boleh jadikan tulang pipi korang menonjol dan nampak shape muka dengan baik. 



LIPSTICK

6. REVLON Colorburst Matte Balm 210 
Woohoo! New in my list. Terus jadi most favourite tau. Mana taknya, Revlon Colorburst ni buatkan bibir jadi sangat cantik. Beberapa kali aku gunakannya, ramai yang tegur dan nak tahu rahsia. Ecewah! Matte Balm yang diberikan jadikan ia tahan lama dan pudarkan garisan halus pada bibir. 


7. NYX Soft Matte Lip Cream San Paulo 
Sebelum aku berkenalan dengan yang nombor 6 tu, aku suka sangat NYX SMLC ni. Tapi jangan risau, dia masih lagi dalam top list! Macam yang aku cerita dalam review entry sebelum ni, NYX Soft Matte Lip Cream  akan berikan satu kemasan bibir yang sangat cantik. Dengan bau cream dia yang best, buatkan bibir korang nampak seksi dan mungil gitu. [KLIK LINK] 


EYE MAKE UP


8. Nature Republic By Flower Auto Eyeliner
Walaupun ia eyeliner, tapi kebiasaannya aku gunakan untuk eye brow. Hahaha. Suka hati je kan? Aku suka eyeliner ni sebab bahagian belakang dia ada brush yang aku boleh apply untuk sekatakan eye brow. Warna hitam pekat dan guna sikit aje boleh nampak kening tebal bak Elfira Loy! [KLIK LINK]

9. NYX Le Frou Frou Volume & Length Mascara
Mudah digunakan. Yep, sangat mudah. Tak comot dan boleh sikat bulu mata aku dengan baik. Water proof tapi mudah untuk ditanggalkan. Tahan lama jugak mascara ni dan paling penting, warna hitam dia pekat dan boleh panjangkan bulu mata. 

10. NYX The Smokey Shadow Palette 
Walaupun untuk make up smokey eyes, tapi takde maknanya aku guna semua colour. Korang  boleh teka colour mana aku suka. Yep, that brown tu. Aku suka sangat tone colour tu sebab mudah match dengan any cloths. Selain tu, trick jugak untuk mereka yang bermata panda macam aku. Once guna earth tone eyeshadow boleh cover up sedikit gelap di bahagian mata. Warna putih hujung pulak aku guna sebagai highlighter di bahgian kelopak mata. 

11. MAYBELLINE Color Tattoo Bad to The Bronze
Sama fungsi macam brown eye shadow atas tu. Cover up mata panda. Color Tattoo sapa tak suka? Glimmer set dia tu yang best. Memang feeling diva bila digunakan. Tahan lama dan teksturnya juga bagus. Mudah digunakan dan diblend dengan baik.


POWDER

12. IN2IT 2-Way Foundation Honey 
Produk ni aku dah gunakan sejak tahun 2008 lagi. Pengguna setia dan dah banyak kali aku re-purchase. Teksturnya ringan, sekata dan mudah diapply. Tona Honey sangat sesuai dengan tona kulit aku. Menyebabkan kulit tidak berminyak dan paling penting dapat menutup cela dengan baik. 



So, thats it! 12 make up stuff kegemaran aku. Aku gunakan basic je. Takde bronzer, concealer dan lain-lain. Dalam planning tengah cari bronzer. Apa pulak make up stuff kegemaran korang? Selalu tak korang masuk drugstore dan tengok-tengok make up? Feel free to join yourself with this Tag Thursday. Have fun and macam biasa reminder aku, "Be confidence and stay pretty!" 


18 comments:

  1. Assalamualaikum nanie, lawa gila lipstik awak. teruja kita tengok warna dia. awak memang sweet dan makin comel tau sekarang. kita suka tengok ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila,

      Hahaha. makin comel? Yolah. dari dulu lagi kot comel. kihkihkih *perasan! Lipstick tu memang cun ye! try lah beli satu. confirm suka!

      Delete
  2. Revlon Colorburst Matte Balm 210 tu cantik la! NYX SMLC San Paulo fav saya juga! Yay.

    http://allaboutmeputeripanda.blogspot.com/2014/04/tag-drugstore-diva.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang cun dan ramai yang suka!

      Delete
  3. banyaknya brg..yaya ni ada bedak dgn cream je..teringin jugak nak ada brg lain ni..tapi tak pandai make up..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe dulu kita pun tak pandai make up jugak dear, tapi lama-lama try try. kumpul barang sikit sikit je :)

      Delete
  4. Wow..banyaknye make up nanie..Fiza suka part lipstick tu..warna dia sangat gojes hokeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang beli sendiri , ada yang dapat masa pergi event Fizah. lipstick tu memang memukau kan? geram!!!

      Delete
  5. Woah mcam best je.. Haha, me too, kadang2 almost everyday balik kerja, dekat KL Sentral mesti gak nak masuk Guardian tu, sdgkan benda yg sama je ada, Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kadang macam tak de kerja jugak sebenarnya. hahahah asyik-asyik masuk drugstore kan :) tapi best... suka tengok make up!

      Delete
  6. dua dua lip product tu nmpak vibrant sgt color dia! hehe. tag ni originally dari Nabila ( http://beautandthebeast.blogspot.com/2014/04/tag-drugstore-diva.html ) hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tu lah lupa nak mention its from Nabilah :)

      Delete
  7. Esok confirm Mieza pergi rembat satu Revlon Matte Balm tu, tak tahan! dah lama nak beli tapi tangguh je, matte lip products mmg takde lagi, so x rasa bersalah la beli *alasan* pastu tadi dah swatch NYX SMLC cuma torn between Sao Paolo dengan Amsterdam. rasanya nak Sao Paolo lah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi beli satu. eh beli lebih pun best apa Mieza, bagi akak satu. hahaha :)

      Delete
  8. mya suka revlon punya balm! memang best hehe

    ReplyDelete
  9. suka NYX Sao Paolo! i ada same color too! :)


    http://nydiaanies.blogspot.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork