Thursday, April 17, 2014

XES Signature Exclusive Preview @ Malaysia International Shoe Festival 2014

Assalamualaikum semua

Tak lengkap gaya seorang perempuan kalau tak ada sepasang kasut di kakinya. Bagi kebanyakan perempuan, kasut boleh menjadi kegilaan. Untuk aku pulak, yes geram bila tengok kasut. Tapi aku kena cari yang sesuai sebab kaki besar. Heheheh :)

Baru-baru ni bersempena Malaysia International Shoe Festival 2014 (MISF) di PWTC, salah sebuah jenama kasut tempatan iaitu XES telah melancarkan  XES Signature : The Zodiac Collection. Dengan tag line "Bring Out Your Personality", XES Signature menghasilkan 12 pasang kasut dengan elemen tersendiri sepertu Fun & Glam, Hot Chick, Casual & Trendy dan banyak lagi. 





Dengan mengkaji perwatakan setiap zodiak, XES Signature berani untuk bereksperimen dengan setiap warna, bentuk, cutting dan pelbagai lagi elemen yang dapat memaparkan simbol setiap zodiak tersebut. Paparan elemen tersebut menyerlahkan lagi personaliti si pemakai dan pastinya nampak cantik disarung pada kaki. 








Memang geram kan bila tengok satu-satu! Semua ada kecantikan masing-masing. Aku boleh bayangkan bila pakai mesti confident je semua. Warna dia pun cantik-cantik. Vibrant dan boleh match banyak baju. Dari segi harga pula, XES Signature menawarkan harga sepasang kasut bermula RM 139.90 sehingga RM 149.90. 


XES Signature amat bersesuaian untuk digayakan di apa jua event. Baik yang formal mahupun tidak formal. Kehalusan buatannya juga cantik dan keselesaan menjadi tunjang utama XES Signature. Bagi mereka yang berminat untuk dapatkan koleksi dari XES Signature ini, koleksi zodiak ini ada di jual di outlet XES terpilih seperti di AEON Big Ampang, Wangsa Walk Mall, Giant Kota Damansara dan banyak lagi outlet seluruh negara. 


Sebelum balik tu, kami semua blogger dan media diberi pilihan untuk bawa balik sepasang kasut dari The Zodiac Collection ni. Wah-wah-wah, bukan mainlah semua orang memilih yang terbaik kan? Semua gembira sebab masing-masing dapat kasut FREE!!!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari : 


Website XES :


Facebook XES : 


2 comments:

  1. Semua cantik²..Untunglah korang dapat kasut free kan..boleh tambah koleksi kasut.Suka pulak tgk replika bunga dari kasut tu..so kreatif!

    ReplyDelete
  2. Wah...bestnye dapat kasut freee!!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork