Thursday, May 29, 2014

Blogger & Pembayaran Advertorial

Assalamualaikum semua

Nanie perlu berhati-hati bercakap mengenai perkara ini. Ya, sebagai seorang blogger ianya merupakan isu sensitif. Walaupun Nanie masih mentah dan belum cukup pengalaman dalam perihal advertorial ni, tapi tak salah untuk berkongsi maklumat, pandangan dan juga sedikit teguran. Bukan apa, supaya sama-sama kita gembira dalam dunia blogging ni.



Nanie nak ketepikan soal berapa bayaran bagi setiap advertorial sebab pada Nanie itu bergantung pada blogger tersebut, juga bergantung pada kemampuan pihak pengiklan. Mahal atau tidak bukan urusannya. As long as pengiklan suka dan yakin pada blog & blogger tersebut, Insya Allah rezekinya ada. 

Begini halnya, sebelum seorang blogger menerima tugasan advertorial, kebiasaannya kita akan tahu dengan segala macam terms and condition yang diletakkan pihak pengiklan. Segalanya perlu diteliti satu per satu supaya tidak ada masalah di kemudian hari. Termasuklah cara dan tempoh pembayaran advertorial tersebut. Nanie yakin, blogger biasanya boleh mengikut T&C yang diletakkan walapun kadang-kadang ada yang 'kurang masuk akal'. Tapi dah orang nak gitu kan, kita ikut jelah...


Malangnya, ada sesetengah pengiklan setelah semua advertorial dibuat dan diselesaikan, mereka tidak membuat pembayaran mengikut waktu yang ditentukan. Sekiranya mereka berjanji untuk selesaikan dalam masa 2-3 minggu, Insya Allah Nanie yakin para blogger akur dengan janji tersebut. Malahan kami blogger faham dengan birokrasi yang wujud. Tetapi, sekiranya menginjak ke 2-3 bulan bagaimana pula kan?

Mungkin ada sesetengah pengiklan kata "Mintak duit cepat-cepat, dah takde duit sangat ke?". Senang je Nanie jawab. Ada duit atau tidak, itu bukan persoalannya. Persoalannya, kenapa tak pegang pada janji? Pada Nanie, once kita blogger dah tunaikan part kita, pihak satu lagi (pengiklan) mesti tunaikan janji mereka juga. Ikut segala syarat yang ditetapkan. Jadi profesional dan matang. Jangan pentingkan diri sendiri. Yelah, mereka dah dapat apa yang mereka nak, mereka dah dapat promosi dari blogger dalam tempoh yang ditetapkan,  kita pun mesti dapatkan hak kita juga. Pembayaran advertorial adalah hak blogger.

Pernah dulu, ada kes blogger dibayar hanya separuh daripada ganjaran yang dijanjikan setelah semua kerja diselesaikan. Nak bayar separuh tu pun makan masa 3-4 bulan. Hmmm apa lagi, senang je Nanie cerita kat pengiklan tu. Kalau awak bayar separuh, saya pun nak delete lah separuh entry saya tu. Senang cerita. Hah, terus hari tu jugak bayar full. Eh, boleh pulak bayar full kan? Alaa bukan ribu-riban pun...kata company besar, tak kan bajet takde.

Selalu sangat Nanie dengar blogger dibayar lambat. Bukan Nanie tak faham dengan situasi birokrasi, tapi kata orang kalau kita push hari-hari mesti jadi. Dalam hal ni, terlalu ramai blogger yang haknya dicabuli. Mereka (pihak pengiklan) tu bijak. Kerja nak buat dulu, bayar nak lambat-lambat. Jangan begini. Kalau korang nak makan, kami yang blogger pun nak makan. Kalau korang ada anak bini, kami pun ada family. Ada hutang perlu diselesaikan lagi. Jadi, jangan sekali-kali bersikap pentingkan diri. Bila kita berjanji cubalah ditepati. Elakkan segala birokrasi dan amalkan sikap profesional. Barulah orang hormat dan pandang tinggi.

Bagi blogger pula, rajin-rajin follow up dengan client. Mana tahu mereka lupa... Jika mereka berjanji akan selesaikan dalam tempoh tersebut, cuba 'ingatkan' mereka dengan janji itu. Buat secara baik ye, bukan marah-marah. Jaga hubungan dan jaga hati juga. Jika pembayaran masih lagi lewat.... hmm, cubalah gunakan kuasa yang ada dengan sebaiknya. Jangan takut untuk bersuara. Itukan hak kita. Lebih elok jika client tak tetapkan tempoh pembayaran, kita sendiri yang letakkan syarat itu. Contohnya, awal-awal beritahu T&C kita "Pembayaran mestilah dibuat dalam tempoh bla-bla-bla setelah kerja diselesaikan".

Nanie berpesan ni sebab Nanie perasan, hak blogger seperti dipermainkan mereka. Sama-samalah kita jadikan dunia blog satu dunia yang profesional. Saling menjaga hak sesama kita.

P/S: Semoga pesanan ini bermanfaat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FENOMENA BAZAAR TERBESAR MAKIN HAMPIR




Tinggal tiga minggu saja lagi untuk kita semua memeriahkan sejarah bazaar terbesar di Malaysia, Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang menghimpunkan lebih 1000 vendor termasuk lebih 50 selebriti terkenal. Bayangkan betapa meriahkan bazaar  anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang ini?

Kenapa kita perlu pergi? Kerana hanya di sini saja sepanjang dua hari kesemua vendor akan memberikan diskaun istimewa selain menawarkan pelbagai pakej jualan dengan hadiah istimewa kepada semua yang datang 'bershopping'. Malah kesemua selebriti terkenal seperti Neelofa, Yana Samsudin, Adi Putra, Adira, Hanez Suraya, Eira Syazira, Ameer (Forteen), Kaka Azraff, Rosyam Nor, Sharol Shiro, Afdlin Shauki dan ramai lagi akan turut sama menemani anda semua untuk membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri di booth mereka. 
  
Pihak penganjur sendiri sudah pun mengaturkan pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir pada 21 dan 22 Jun depan.  Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, hanya tinggal 50 booth saja yang masih kosong untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
  
"Kami akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mereka yang hadir seperti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk barangan elektrik dan pakej percutian, sesi minum petang ekslusif dengan selebriti terkenal dan macam-macam lagi. 
  "Hanya tinggal 50 ruang niaga yang kosong dan ramai-ramai hadir untuk memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini nanti," katanya.  

Jangan tunggu lagi dan fikir panjang. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131 atau ikuti kami di laman instagram @ehehbazaar. Jumpa anda di sana!



13 comments:

  1. kalau onie,memang wajib mintak bayaran pada client terlebih dahulu...in case, bila blogger dah buat promosi,client tak bayar payment lagi,kita yang susah pulak. tu cara onie la,tapi ada certain blogger mintak 50% dari bayaran sepatutnya utk mengelakkan dari ditipu dari client . kita suka entri nanie yang ni :)

    ReplyDelete
  2. aah la good idea.. perlu tetapkan pulak masa ntuk dieorg buat bayaran.. huu selalu gile lari plan. sebab kita ni bukan ada byk duit, pembelanjaan semua kene rancang. bila lri plan. gerammm. ~(xox)~

    tp lagi satu hal. sab selagi x post sesuatu blog yg dah ditetapkan tarikh, selagi tu sab x tenang. rasa mcm berhutang. kalau boleh nk bagi yg terbaik and ikut dateline btul2. tp kenapa sesetengah company xde rasa "berhutang" dengan blogger dengan bayaran yg dijanji kan ea. mcm xde win win situation kat sini.

    ReplyDelete
  3. betul nanie, agree dengan statement ko ni...

    ReplyDelete
  4. Kenapa xbayar lagi blogger?
    adakah org atas guna duit tuh..

    dulu pernah kena..
    kita jadi org tengah..
    sakit hati..
    kalau kita punya takpe..
    nih orang lain punya...

    bila tanye staff dia, gaji staff dia pon tak bayar..
    boss nye pergi melancong..

    see..dah terang terang.. duitnye makan dia dulu...

    skrg dah tak amik advertorial dari dia dah..
    even mahal mcm mane skali pon..

    ReplyDelete
  5. hmmm susah nk ckp kan.mcm rara mmg jarang hadir event.dan xtau sangat pasal bayaran.tp mcm nanie kata lah.dh janji tu.tunaikan.bukan kita hadap sgt duet.tp kerja kita dh buat.hmm susah lah dorg ni kan.

    ReplyDelete
  6. masa dulu2 akak amik la iklan berbayar, banner la, review.la nie malas dah aih...fokus kerja pulak.tehehee..

    ReplyDelete
  7. setuju dgn nanie..tp biasa kalo dia direct pda akak mmg minta dulu tak pun tnya bila blh dapat pymnt..dah deal baru jln keje..kalo under org ni akak tgu jelah..pape pn suka entri nanie..blh buka mata-mata dari byk pihak..bkn kite mata duitan tp elok dgn kata..kje dah slesai dgn sempurna byran pn seeloknya bgitu..xblh la nk tgguh2 atau elak :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ilmu yang di beri.... doa kan ika dpt berjaya jadi seorang blogger yang profesional ....

    ReplyDelete
  9. harap mereka lebih bersikap professional dari segi pembayaran advert ni kan. Kita buat kerja dan perlu dibayar kan :)

    ReplyDelete
  10. Alamak cm kes akak je... sbb cafe byr awak lambat ehhh....

    ReplyDelete
  11. Betul tuh dik...bkn la kata kita nih sangap sgt nk duit tuh tp kne la berpegang pd jnji kan...

    ReplyDelete
  12. Nad tak penah terima apa2 lagi bayaran..tapi apa kata nanie tu betul..kite dh buat kerja kenela bayar

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork