Friday, May 9, 2014

Borneo Soap Instagram Photo Contest : Menangi Hadiah Sesi Spa Eksklusif Bersama Ibu Tersayang!

Assalamualaikum semua 

Malaysia sangat bertuah kerana memiliki sebahagian kepulauan Borneo. Borneo merupakan kepulauan ketiga terbesar di dunia dan kepulauan terbesar di Asia. Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian dari Kepulauan Borneo. Di sinilah terdapatnya khazanah alam yang tidak ternilai hebatnya. Khazanah alam yang sangat memberi manfaat kepada manusia.

Sebelum bercerita lebih banyak, aku nak perkenalkan kepada korang satu jenama tempatan yang mewah dan mampu membawa nama Malaysia ke persada dunia ; BORNEO SOAP. 


BORNEO SOAP

Borneo Soap merupakan pengeluar kepada produk penjagaan skincare premium yang berpusat di Sarawak. Dengan mengetengahkan idea 'handcrafted soap', Borneo Soap mengorak langkah menggunakan 100% hasil kekayaan hutan Borneo di samping mengekalkan keindahan semulajadi hutan tersebut. Yakin dan percaya dengan adat, petua serta peninggalan orang lama, Borneo Soap bijak menggabungkan dua elemen antara tradisional dan moden dalam menghasilkan formula sabun yang terbaik dan memberi kesan kepada kecantikan dan kesihatan. 

Kak Cik, my forever young auntie! 
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Borneo Soap telah menjemput kira-kira 17 orang blogger dan ibu masing-masing untuk ke satu majlis penghargaan bertempat di Hotel JW Marriot, Bukit Bintang. Walaupun agak sedih sebab mak aku di Johor, tapi nasib baik ada Kak Chik yang sudi menjadi 'ibu' pinjaman pada hari tersebut. Vogue tak mama kita? Hehehe. 


Borneo Soap menampilkan banyak ciri-ciri unik dan tersendiri yang ada Borneo terutamanya di Sarawak. Selain daripada keaslian handcraft soap-nya, Borneo Soap merupakan produk 100% bebas bahan kimia dan menggunakan sepenuhnya bahan semulajadi. Antara bahan utama yang digunakan dalam pembuatan Borneo Soap adalah Buah Dabai Sarawak, Beras Bario, Barli, Madu, Sagu, Lada Hitam, Luffa dan banyak lagi hasil hutan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat. 

Sebagai contoh, Buah Dabai Sarawak yang sangat popular di kalangan orang dulu-dulu di Sarawak dalam penjagaan muka kerana sifatnya yang mengekalkan kelembapan kulit dan memelihara sel-sel baru kulit kita. Begitu juga dengan khasiat Beras Bario yang mana digunakan oleh orang Kelabit untuk menjaga kulit mereka. Beras Bario sangat terkenal di Sarawak kerana ia mampu menggantikan sel kulit kita yang rosak dengan sel kulit baru yang sihat. 



Selepas En. Amin perkenalkan kepada kami semua mengenai latar belakang dan keseluruhan Borneo Soap, kami semua ditunjukkan dengan demo pembuatan Borneo Soap. Apa yang menakjubkan, setiap ketul sabun Borneo Soap memerlukan 21 hari untuk keseluruhan proses pembuatannya. Ini adalah kerana Borneo Soap tidak dicampur dengan apa-apa bahan kimia. Ianya menggunakan 100% bahan semulajadi dan melalui proses pembuatan sabun yang natural demi menjaga keaslian dan khasiat bahan-bahan yang digunakan. Malahan lebih menakjubkan, tidak ada satu mesin pun digunakan untuk menggaul bahan-bahan tersebut. Sepenuhnya tenaga manusia. Jangan risau pasal kebersihan kerana mereka telah mendapat pengiktirafan ISO 9001 dan ASEAN Guidelines for Cosmetic Good Manufacturing Practice and The Control of Drugs and Cosmetics Regulation 1984 of Malaysia.

Mesin tradisional pemotong sabun. 

Acuan sabun



Borneo Soap mengeluarkan sabun yang dapat memberikan khasiat kecantikan yang menyeluruh. Daripada facial, body bath, feminine wash serta foot and body bath, semuanya ada sabun tersendiri. Masing-masing menjanjikan khasiat yang terbaik. Insya Allah aku akan cuba review satu per satu sabun mereka ok!


Baiklah, kan tadi aku cerita ia adalah bersempena dengan Sambutan Hari Ibu. Selepas daripada sesi pengenalan dan beberapa aktiviti, kami semua dibawa ke Ritz Carlton Hotel untuk satu sesi spa eksklusif selama satu jam. Untuk aku yang first time ni agak cuak lah jugak. Tapi seronoknya bila kena massage kan? Memang heaven on earth! Spa Ritz Carlton ni memang cantik dan menenangkan. Sesuai dengan harganya juga!





Terima kasih banyak-banyak pada Borneo Soap atas layanan dan spa treat yang sangat heaven ni. Lepas dari bermassage tu, terus mandi guna sabun Limau Masam dari Borneo Soap. Memamg menyegarkan! Best! Nak balik tu dapat one set Borneo Soap. Lagi lah tambah gembira. Nanti kita review ye!


Macam biasa, bukan aku sorang je boleh dapat Borneo Soap? Korang pun boleh jugak. Borneo Soap tengah baik hati ni tau nak bagi banyak hadiah pada pembaca Blog Coklateyes. Termasuklah spa treatment di Ritz Carlton yang berharga RM 1k++ satu sesi tu! Woohoooo!!!



Caranya :

  1. Follow Borneo Soap on Instagram (www.instagram.com/borneosoap)
  2. Take the most nicest photo with your mother
  3. Caption what your mother means to you. Hashtag #lovemummyborneosoap #fromborneowithlove
  4. Upload and share
  5. Winners selection
** Duration of Contest: 1st May to 25th May 2014
** Winners will be selected by Borneo Soap and based on creativity of the slogan and pose 

PRIZES:
 2 Grand Winners - Luxurious massage session (1/2 hours full body scrub and 1 hour full body massage) at Spa Village, Ritz Carlton for 2 person and a Borneo Soap Gift Bag.
 10 Consolation Winners - Borneo Soap Gift Bag

Senang kan? Ajak mak korang posing sakan! Posing comel-comel. Mana tau ada rezeki, korang dengan mak dapat spa treatment!

Dan sekarang ni ada promosi lagi  :



  • 10% OFF total purchase. Use coupon code "borneosoap-Innanie" during checkout. *Valid from 1st May to 31st May 2014.
  • Buy 2 Free 1 Promotion. Buy any 2 Borneo Soap products, get a Beras Bario Body Bath Soap for FREE. No coupon code needed, system will automatically allocate/add the free item to the cart. *Valid from 1st May to 31st May 2014

Untuk harga dan details semua, boleh klik link-link dibawah :

Facebook :

Website :

Instagram :

Juga dijual di :
theSkintopic, The Curve



4 comments:

  1. cantiklah packaging dia..comel² je :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum innanie...mcm senang jer nak buat sabun tu...:)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork