Thursday, May 15, 2014

Food Review : Signature Cafearo by Yves, Shamelin Mall Cafe Pilihan Untuk Bersantai!

Assalamualaikum semua

Entry kedua berturut-turut pasal makan jugak. Bertempat di Shamelin Mall, aku dan beberapa kenalan blogger dijemput untuk satu sesi food review daripada Signature Cafearo by Yves. Terima kasih banyak-banyak Wiida Ribbon sebab berjaya membawa aku kesana walaupun pada asalnya tersesat dekat 20 minit.

Sumber Gambar : Sabby Prue

Signature Cafearo By Yves
Address: C-G-03A, Ground Floor,
1 Shamelin Shopping Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Contact: 03-9286 6811

Terletak di bahagian depan mall dan boleh dilihat daripada jalan utama, Signature Cafearo boleh memukau pandangan. Bangunan bercat hijau daun dan putih membuatkan pandangan sangat tenang dan amat sesuai dengan tema mereka untuk menjadikan cafe ini pilihan ramai untuk bersantai. 





Dengan tema santai, dan boleh dilihat lebih kepada coffee and table talk, Signature Cafearo memberikan banyak hidangan lazat ciptaan chef hebat mereka sendiri. Gabungan rasa makanan tempatan, western dan seafood membuatkan Signature Cafearo ada kekuatan tersendiri. 

Bercerita pasal makanan mereka, sesuatu yang aku dapati dari Signature Cafearo adalah "cubaan berani" mereka mengetengahkan pelbagai hidangan fusion dan gabungan hebat resipi tersendiri chef. Dari aspek kelazatan, memang tak dinafikan lah. 

Summer Angel - RM 14.90
Oceanic Secret Night - RM 18.90
Smoked Duck Pesto Fettucini - RM 17.90
Soft Shell Crab Mustard Mayo Wrap - RM 13.90
Vast Ocean Salmon Salad - RM 15.90
Untuk main course mereka, ada pelbagai jenis pilihan hidangan yang disediakan. Salad, salmon, soft shell crab semuanya ada. Spaghetti dan fettucini mereka pun tak kurang hebatnya. Rasa yang sangat sedap, secukup rasa dan sesuai dengan kehendak tempatan. Ada pedas sikit, manis dan masin yang bersesuaian. 

Homemade Roasted Mushroom Soup - RM 8.90
Soft Shell Crab Cheese Bake with Eggs Rice - RM 19.90
*Signature & Recommended*
Smoked Salmon & Spinach Quiche  - RM 15.90
Sebagaimana yang aku bagitau tadi, selain daripada resipi idea chef mereka sendiri, ada juga hidangan yang "home made" dan sangat-sangatlah sedap. Ianya memang merasa dan dibuat dengan penuh kasih sayang. Dari segi potion pula, pada aku hidangan di Signature Cafearo ni memberikan hidangan yang ideal untuk santapan seorang bagi setiap hidangan. Tak terlalu banyak dan tak terlalu sedikit. 

Coffee Cheese Cake - RM 8.90
Carrot Cake - RM 7.90
Bread N Butter - RM 7.90
Pavlova 


Dengan mengekalkan tema mereka sebagai pilihan untuk bersantai dan cafe, di Signature Cafearo ada banyak juga hidangan dan pilihan untuk dessert dan cake. Semuanya lazat-lazat belaka. Sedap? Jangan cerita lah. Walaupun nampak simple, tapi kelazatan dessert mereka tak dinafikan! 


Signature Cafearo by Yves ni boleh aku suggestkan sebagai tempat chit chatting yang bagus. Suasana yang bersih, selesa dan makanan yang lazat-lazat membuatkan pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk merasa dan mencuba hidangan mereka. Lebih-lebih lagi resipi chef mereka yang tiada di mana-mana. Jadi, apa kata jemput datang dan cuba lah hidangan di Signature Cafearo by Yves ini! Kami dah... anda bila lagi? 

   


INFO RESTAURANT  - 

Nama : Signature Cafearo by Yves
Lokasi : Shamelin Mall, Taman Shamelin
Tema : Cafe & Restaurant
Signature food : 
Smoked Duck Pesto Fettucini, Soft Shell Crab Cheese Bake with Egg Rice 
& Oceanic Secret Night
Harga : Berpatutan
Servis : Bagus
Kebersihan : Bagus 


Untuk maklumat lanjut : 

Signature Cafearo By Yves
Address: C-G-03A, Ground Floor,
1 Shamelin Shopping Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Contact: 03-9286 6811

Facebook 


3 comments:

  1. ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh cair cair cair

    ReplyDelete
  2. kemain lagi nama setiap menu tu.melting lah aiii masuk dalam mulut..drooling~

    ReplyDelete
  3. Pergh die punyer hiasan makanan memg cntik..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork