Wednesday, May 14, 2014

Food Review : U-Cafe, Wangsa Walk Hidang Makanan Lazat!

Assalamualaikum semua

Dekat KL ni susah betul nak dapat tempat makan yang best dan menghidangkan pelbagai jenis makanan. Jadi, hari ni aku nak suggest satu tempat makan yang sangat selesa, santai, bersih dan makanannya juga enak-enak belaka.  Terletak di Wangsa Walk, U-Cafe Restaurant merupakan satu tempat makan yang boleh dijamin memberi kepuasan dan keselesaan yang tiada tandingan. 



U-Cafe,

GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur


LOKASI STRATEGIK & SELESA

Lokasinya sangat strategik. Kalau korang ke Wangsa Walk tu, dari tempat parking hadapan dah boleh nampak U-Cafe Restaurant yang terletak di bahagian salah satu entrance Wangsa Walk. Restoren dua tingkat dengan kemudahan outdoor dan indoor side membolehkan pelanggan memilih untuk menikmati udara segar mahupun untuk lebih eksklusif dengan kawasan berhawa dingin. 



Bahagian outdoor 
Satu kelebihan yang aku lihat, U-Cafe yang mempunyai dua tingkat ni sangat sesuai dijadikan tempat untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi ataupun gathering. Suasana di tingkat dua yang cantik, selesa dan lebih privasi memang sesuai untuk majlis sebegini. Dalam satu-satu masa, mereka boleh memuatkan sehingga 70-80 orang. 


KELAZATAN MAKANAN

Kalau dah nama food review, tak sah lah kalau tak cerita makanan mereka. Baiklah, makanan di U-Cafe telah mendapat pengesahan Halal dari JAKIM [KLIK LINK UNTUK LIHAT SIJIL HALAL] jadi jangan risau-risau lagi ok. Di U-Cafe Restoren ada pelbagai jenis makanan dihidangkan. Dari Asian food, Japanese food, Western serta local food semuanya ada. Boleh dikatakan U-Cafe Restaurant menghidangkan makanan ala fusion. 


WESTERN, SALAD & APPETIZER

Popcorn Chicken Green Salad - RM 14.90
Combo Platter - RM 26.90
Seafood Aglio Olio Spaghetti - RM 26.90
Classic Chicken Carbonara - RM 18.90


Salmon Fillet - RM 39.90 


LOCAL FUSION FOOD 

Nasi Bonjori - RM 13.90
Fried Vermicelli in Sambal Sauce & Mussels - RM 17.90
Penang Curry Laksa - RM 13.90 
Penang Char Koey Teow - RM 13.90

ASIAN FOOD 

Fried Rice in Japanese Style - RM 17.90

Fried Rice in Japanese Style - RM 17.90

Stir Fried Glass Noodles with Soft Shell Crab - RM 17.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk - RM 38.90


Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop - RM 17.90


MINUMAN & SPECIALITIES 

dari kiri : U-Fresh Honey Lemon Drink, U-De Mint & Shirley Temple
   


RASA, HARGA & SERVIS

Sebenarnya ada banyak lagi pilihan makanan dan minuman yang lazat-lazat dan menarik di U-Cafe Restaurant ni. Setiap hidangan bersaiz sederhana dan ada juga yang bersaiz family. Untuk bersaiz family tu boleh dimakan antara 3-4 orang. Dari segi rasa memang terbaik. Memang merasa dan ada originality nya tersendiri. Walaupun ada sentuhan fusion kan, tapi rasa sebenar setiap bahan memang ada. 

Untuk harga pula, ada yang kata U-Cafe Restaurant agak mahal. Tapi dari pandangan aku, ianya standard price dan affordable. Sesuai dengan potion yang diberikan. Macam biasalah kalau western & seafood memang agak mahal sedikit. Tapi kalau Asian & Local Food, harganya berpatutan. 


Servis juga terbaik. Setiap pelayan bepakaian kemas dan bersih. Untuk mengelakkan servis yang lambat, di tingkat dua diletakkan satu bar pelayan. Jadi tak de isu pelanggan di tingkat dua tak dapat layanan atau lain-lain masalah. 

Secara keseluruhan memang cukup berpuas hati dengan U-Cafe Restaurant. Makanannya sedap, kawasan restaurant yang besar, bersih dan selesa juga servis yang bagus dari pihak mereka. Kalau ada kesempatan, memang aku nak datang lagi. 


Terima kasih sangat pada kak Eida sebab sudi jemput aku untuk food review bersama U-Cafe Restaurant ni. Juga pada semua blogger yang hadir dan sudi nyanyikan lagu Happy Birthday buat aku berkali-kali. Siap ada effect tutup-tutup lampu tu tak boleh tahan! Terima kasih ye! :)


Untuk maklumat lanjut & reservation U-Cafe Restaurant : 

Alamat :

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Facebook : 
https://www.facebook.com/pages/U-Cafe/171921782867386





15 comments:

  1. nampak sedap makanan dia semua ^_^

    ReplyDelete
  2. penuh satu pc akak ni gmbr makanan. menggoda sangat tau.

    ReplyDelete
  3. salmon fillet mcm best je.....nak kena try nih

    ReplyDelete
  4. Kalau di wangsa walk nie rasanya inilah tempat makan yang sesuai samada untuk couple , kawan dan famili....Happy Birthday 23x

    ReplyDelete
  5. ok settle! yums...... thanks nanie sudi joinn ;))

    ReplyDelete
  6. baca blog nanie.rasa mcm Ya Allah.tunggang langgangnya ayat aku.hahaha

    ReplyDelete
  7. serius menyelerakan betul semua makanan dia..:)

    ReplyDelete
  8. 1st time singgah blog coklateyes. Suka sangat dengan susun atur blog ni yg kemas. Terliur tengok makanan2 tu semua.huhu...;)

    ReplyDelete
  9. hidangan menarik tu..nampak sedap! kalau berkesempatan nak try jugak singgah U-cafe ni :)

    ReplyDelete
  10. sedapnya..eh kita pon pernah makan kt sini gk la..haehehe

    ReplyDelete
  11. Salam, wahhh bestnye...food mmg nampak sedap2 belaka, harga pun okaylah standard..nanti g sane nak carilah u cafe ni, hehe..:D

    ReplyDelete
  12. Nyum2.. Awok zoom makanan tu nampak sedp

    ReplyDelete
  13. ape contact number u cafe wangsa walk ni?

    ReplyDelete
  14. Erm sedapnya...
    Bagi peminat mee..

    http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5932

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork