Wednesday, May 21, 2014

LUX Exclusive Event Bersama Fazura & Bunga Cinta Lestari

Assalamualaikum semua

LUX bukanlah satu jenama syampu mandian baru di Malaysia, malahan di seluruh dunia juga. Bermula sejak 1925, LUX telah mencipta sabun kecantikan pertama di dunia. LUX juga telah bekerjasama dengan lebih 400 selebriti wanita yang cantik-cantik belaka seantero dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Erra Fazira, Sheila Majid dan paling terkini Nur Fazura. 



   

Akhir April lepas bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, satu majlis pelancaran Koleksi Klasik LUX yang baru dengan wangian eksklusif telah diadakan. Kali ni, bukan sekadar Fazura je yang ada, malahan LUX turut membawa pasangan selebriti terkenal Bunga Cinta Lestari dan suaminya, Asyraff Sinclair. 

meh sembur sikit perfume best ni...



KOLEKSI KLASIK LUX DENGAN WANGIAN EKSKLUSIF BARU

Sabun mandian mestilah berbau wangi. Untuk Nanie sendiri, Nanie suka yang lembut dan ada sense relaxing gitu. Ye lah bila balik kerja semua badan dan melekit peluh-peluh, bau sabun mandi tu mestilah semerbak. Baru semangat sikit nak mandi dan bersihkan diri kan? Jadi apa yang menarik koleksi klasik LUX ni? 

Harga : 950ml - RM 17.90, 220ml - RM 6.00 & pek refill - RM 8.90
  
Koleksi LUX ini menggabungkan haruman bunga-bungaan dan juga wangian eksklusif yang diinspirasikan daripada perfume-perfume terkenal dunia. Koleksi ini terdiri daripada 5 jenis wangian yang setiap satunya ada kelembutan dan kesegaran tersendiri. 


SOFT TOUCH 
(Pink)
Bunga ros + freesia + melur & mimosa



Velvet Touch
(Gold)
Gabungan bunga eksotik + mus




Magical Spell
(Purple)
Bunga Eksotik Orkid Hitam + Peony + Melur & Tuberose




White Impress
(Silver)
Gabungan Muberi & Madu



Aqua Sparkle
(Biru)
Garam Mineral + Rumpai Laut & Haruman bunga


Kalau tanya Nanie, mana satu Nanie suka... rasanya Nanie prefer Magical Spell. Bau dia sangat lembut, menyegarkan dan rejuvenate. Selain daripada memberi kesan relaks pada badan, setiap mandian LUX juga memelihara kelembutan dan kelembapan kulit kita. 

Majlis malam tu diacarakan oleh Cheryl Samad. Macam biasalah, Cheryl memang bijak mengacarakan majlis dan sangat spontan. Nanie kalau tengok pengacara yang bijak kawal majlis ni memang suka sangat sebabnya ye lah bukan senang kan nak handle majlis besar. 


Kemunculan dua jelitawan Fazura & Bunga Cinta Lestari pula memang ditunggu-tunggu. Tengok BCL & Asyraff, boleh buat cemburu jugak. Romantik sangat Asyraff melayan BCL. Cantik? Jangan cakap lah. Macam anak dara lagi si BCL tu. 


Fazura pula ada gaya pukau tersendiri. Mengenakan rekaan busana Rizman Ruzaini, Fazura memang anggun. Gaya dia yang bersahaja melayan peminat memang menjadikan dia seorang yang mudah didekati. Kalau ada yang menonton "Kami Histeria", watak Cik Lang tu macam Fazura in real life jugak sebenarnya. 


Sempena perasmian tersebut jugak, LUX ada melancarkan pertandingan Facebook di seluruh negara yang dinamakan "Ignite The Spark" bermula 28 April sehingga 6 Julai 2014. Caranya mudah, hanya perlu berkongsi gambar kenangan bagaimana mereka semarakkan rasa cinta bersama yang tersayang dengan kata-kata romantis. Tiga gambar yang terbaik akan menjadi pemenang dan memenangi pakej percutian ke Itali, Maldives dan Bali. Malahan setiap minggu pula ada pemenang mingguan.

Peraduan Lux 'Ignite the Spark'


Kalau nak tahu lebih lanjut dan turut serta dalam pertandingan ni, boleh klik link di bawah : 


Facebook LUX 




5 comments:

  1. kita pun suka teh magical spell, sampai dekat mydin tak ada stock sebab wangi sangat aaaaa fazura ku <3

    ReplyDelete
  2. OMG!! bestnyaaa...
    pika pun suka magical spell..bau dia best and tahan lama la jugak compare to normal soap kan..hehehe..
    btw, Fazura punya dress menampakan dia macam berisi..padahal kurus giler kot Fazura ni..hehhee..sempat lagi nak gosssipsss..kekekekee..

    ReplyDelete
  3. hai Nanie.. kita x guna sabun LUX. guna sabun dettol je hehe

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat join event ni..bergambar dengan retis..seronok seronok seronok..heee..

    ReplyDelete
  5. Cantik fazura dengn bunga cinta lestari

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork