Wednesday, May 21, 2014

Mega Bazaar 2014 : Bazaar Hebat Dengan 1000 Vendor Online Shop!

Assalamualaikum semua

Salah satu rutin favourite aku bila pegang handphone adalah Scroll Instagram! As korang tau lah, instagram sekarang merupakan platform paling hebat dalam perniagaan online atau 'online shop'. Kata orang semuanya dihujung jari. Nak beli apa? Semua ada! Ada beribu online shop sekarang ni. Dan, dapat tak korang bayangkan bagaimana hebatnya bila 1000 vendor online shop di kumpulkan? WOAH!!!! Memang terbaik. 

   

Kepada para online shopaholic, dengar sini semua. Sila cepat-cepat block tarikh anda pada 21 & 22 Jun 2014 ini untuk satu bazaar paling gempak iaitu Mega Bazaar!!! Mega Bazaar merupakan bazaar usahawan online Melayu terbesar di Malaysia dan ini merupakan acara yang julung kali diadakan. 

  


Inilah masanya untuk korang melihat, mencuba, memegang dan merasai sendiri barang-barang yang dijual secara online oleh 1000 vendor online shop terkemuka negara. Bukan sekadar dari segi pakaian, tudung, kasut, makanan, barangan kosmetik, produk kesihatan, beg tangan tapi ada pelbagai lagi barang yang dijual disana. Tambahan pulak sekarang ni dah dekat nak raya. Mesti banyak promotion price yang diberikan. Confirm murah-murah lah kan!

  

Selain daripada tu, penganjuran Mega Bazaar ini secara tak langsung dapat membantu pengguna menilai dan mengelakkan diri mereka daripada penipuan jual beli online. Ha, kan bagus gitu. Ye lah, kadang di online shop ni kita selalu mis-communication kan.




So, bila jumpa depan-depan senang. Suka terus beli. Tak suka, cari lain! Yang penting ada 1000 vendor yang turut serta dalam Mega Bazaar ini. Bukan tu je, para selebriti yang turut berniaga online pun ada saa. Mereka bersama memeriahkan lagi Mega Bazaar yang cofirm gempak ni! 

  

Jadi apa lagi? Cepat semua kakak-abang-adik-makcik-pakcik-cucu-cicit semua jemput ke Mega Bazaar dan rasai nikmat pembelian 'online shop' secara realiti! Sebagaimana dibawah merupakan lokasi Mega Bazaar. 


MEGA BAZAAR 

TARIKH : 
21 & 22 JUN 2014 

LOKASI :
 Hall A
Malaysia Agro Exposition Park Serdang

 (MAEPS)


Facebook : 

https://www.facebook.com/ehehbazaar


Website : 

http://www.ehehbazaar.com/



Twitter:

https://twitter.com/ehehbazaar


Instagram :

@ehehbazaar



Untuk update terkini dan info-info, boleh follow link-link atas tu.  Buat yang berminat nak turut serta sebagai vendor, boleh hubungi urus setia. Dengar cerita, harga satu booth memang murah! Cubalah dapatkan info. Mana tahu rezeki anda di Mega Bazaar bertambah. Jangan lupa ye! Beritahu rakan-rakan dan sanak saudara juga!

 


kredit : sumber gambar --- Google





4 comments:

  1. Idea bernas dan cool..saye sokong! Heee

    ReplyDelete
  2. wow.. great news & dekat je dgn tempat saya >,<

    ReplyDelete
  3. macam seronok je ni..save the date! :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork