Thursday, May 1, 2014

Melvita Earth Day Eco Cycling 2014 @ Taman Wetland, Putrajaya

Assalamualaikum semua

Bersempena dengan Earth Day pada 22 April yang lepas, Melvita telah menjemput Butterflies Project Malaysia untuk sama-sama menyokong mereka dalam Eco Cycling Activity di Taman Wetland, Putrajaya. 

First time aku melawat Taman Wetland, Putrajaya ni. Memang cantik, redup, banyak pokok dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah, bersukan juga santai. Tujuan Melvita mengadakan Eco Cycling ni adalah bagi memberi kesedaran dalam mengurangkan carbon foot print dan menjaga alam sekitar. 




Produk-produk Melvita : Sunblock Cream & Rose Spray Mist. Best!
Selain blogger dan pihak media, Melvita juga turut menjemput kanak-kanak dari Persatuan Disleksia Malaysia untuk turut serta dalam aktiviti ni. Alahai, comel-comelnya mereka semua. Usia dalam lingkungan 6 - 15 tahun.  Setiap kumpulan kena ada dua orang kanak-kanak disleksia. Walaupun mereka disleksia, tapi mereka sangat bijak dan aktif. Takde perbezaan langsung dengan kanak-kanak normal. Malahan, mereka lebih bersemangat dari kakak-abang ni! Hehehe. Untuk kumpulan aku, dua kanak-kanak tersebut adalah Ryan & Mubin! 




Ada beberapa check point telah ditetapkan. Kami kena pergi ke setiap check point dan selesaikan tugasan diberi untuk dapatkan klu seterusnya. Yep, of course lah berbasikal! Semput jugak lah makcik sorang ni mengayuh basikal. Dah bertahun kot tak naik basikal. Last naik basikal masa zaman kampus dulu. Pancit kau!


Antara check pointnya adalah Rumah Tinjau, Pelantar Memerhati Burung, Taman Botani, dan Padang Semarak. Tugasannya nampak mudah tapi kena kerja berkumpulan baru boleh jadi. Contohnya mengira burung swan, memberi makan itik, membawa telur menaiki tangga, melukis poster dan mengenal pasti lokasi melalui gambar. Seronok dan memang pengalaman baru. 


Masing-masing busy kira berapa ekor swan yang ada

Kena gunakan sayur & buah-buahan untuk lukis poster. Kreatif budak dua ni. Korang tengok hasilnya nanti. 
Taraaaaaaa!!! Berseni kan lukisan Mubin & Ryan. Dapat nombor 2 lukisan ni!

Memang enjoy explore Taman Wetland dengan mereka semua. Walaupun agak penat, panas dan letih tapi semua happy. Aktiviti yang dijalankan menarik dan secara tak langsung memupuk semangat cintakan alam sekitar. Pada hari tersebut group kami dapat tempat kelima. Tapi takpe, semua enjoy kan! Hadiah pulak, kami berikan pada cikgu pengiring. Supaya cikgu kekal cantik dan sihat dengan Melvita!


Sebelum balik, kita isi perut dulu dengan hidangan sihat & vegetarian dari Melvita. Paling menarik perhatian aku, Melvita memang betul-betul tekankan bab penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Mereka tak gunakan polistrin! Yeay!!! Mereka gunakan lunch box yang boleh digunakan banyak kali. Makanan sedap pulak tu. Ke aku lapar sebab kalori dah terbakar banyak? Hehehe.


Terima kasih pada Butterfly Malaysia atas undangan event dan terima kasih jugak pada Melvita Malaysia atas usaha menyokong Earth Day 2014. Semoga usahasama ini  memberi impak positif pada masyarakat dalam memelihara bumi kita. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Melvita, boleh klik link di bawah :


Facebook Melvita Malaysia : 

Website Melvita :




10 comments:

  1. bestnya berbasikal.. dan comeynya ryan!! hehehe..

    ReplyDelete
  2. Di Wetland nie sy x berbasikal lg. Pernah berbasikal di Taman Botani. Syok gila :")

    ReplyDelete
  3. cantik2 semua pic yg awak ambil, bleh bgtau x guna kamera apa ya n mcm mn erk nk kasi pic yg diupload cantik n terang mcm kt blog awak ni tp saiz x kecik.kan slalu pic yg amik guna dslr saiz sampai 1mb, n awak edit pic guna apa ya? hope dpt share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous, saya gunakan Samsung Galaxy Camera. Takde edit apa pun. Cuma letak watermark je. Untuk size gambar pula, tak nak pecah, saya akan gunakan Large Size dan column blog tu saya besarkan.

      Delete
  4. Happy Birthday to u, moga sukses selalu :)

    ReplyDelete
  5. hai kak nanie! ingat rara x?! hehehe. wahh best lah tempat ni.pas ni leh lah bawak anak dtg sini,

    ReplyDelete
  6. rumah dekat je ngan putrajaya tapi tak pernah terfikir plak nak ke wetland ni..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork