Monday, May 19, 2014

Morning Random Thought #1

Assalamualaikum semua

Sibuk. Kalau itu yang aku beritahu, memang dah basi punya alasan lah kan? Sorry lah. Aku terpaksa guna alasan tu jugak. But kali ni super damn busy. Ni entry pertama aku untuk Random Thought. Takde apa fungsi, sekadar cuba allocate satu entry untuk update diri sendiri. Tengok Instagram aku @innanieariff tu macam banyak benda aku promise kat korang nak cerita kan? Again, kekangan masa menghalang. Ecewah. So this is a quick update of myself and my thought. Ok. 





1.Kalau dulu aku tak confident nak pakai flat, sekarang rasa flat is the best. Tak sakit, senang buat jalan. Cuma kaki besar, jadi susah sikit cari saiz. Mujur kat Kluang ada satu kedai plussize shoes yang murah. Bantai beli situ je!


  
2. Last week balik Johor, ayah admit ward untuk 4 hari 3 malam. Dua malam pertama aku jaga. Dan pada malam pertama tidur di hospital teman ayah, menyaksikan kematian seorang lelaki tua berbangsa cina. Takut. Tapi buat-buat berani. 


   
3. Baru ada passport. Orang lain kecik-kecik dah merantau. Aku umur dah tua baru merasa pegang buku merah. 


4. Bakal beraya di perantauan. Bye-bye Malaysia. Sedih dan sebak kejap. Raya jauh dari keluarga.


   
5. Terfikir untuk bela hedgehog (landak kecik) setelah kematian ikan puyu kesayangan bernama Tutu. Tapi, mak tak bagi bela hedgehog. Mula jatuh cinta pada hedgehog masa pergi Lost World of Tambun dulu. 

   
6. Sedang mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan. Menjual wideshawl koleksi kegemaran. Jemput datang instagram @innanieariff dan #BCEHijabCollection. Plan nak buat giveaway. Peminat wideshawl, mari serbu. 


7. Tengah aim nak beli lipstick MAC Ruby Woo yang merah menyala, delicious gila. Jeles tengok si Wiida Ribbon pakai.  But, Russian Red pun mengancam! *confused*

8. Tarikh lahir aku rupanya sama dengan Audrey Hepburn. Best quotes Audrey yang memang ngam dengan aku "Happy girls are the prettiest!". Sapa kenal aku memang tau lah aku ni jenis periang yang macam mana. :)



9. Thank you pada semua yang mendoakan aku pada hari kelahiran. The most happening birthday ever terutama dari rakan-rakan blogger dan rakan karib! Allah. Terharu sangat. Thanks again. 

10. Dan yang terakhir aku terfikir, selama aku menulis blog ni ada ke yang baca entry aku word by word, ke scroll down tengok gambar aje? 


Sekian. 


16 comments:

  1. opkos la baca sambil scroll down hehe. Happy belated birthday to you dear. Semoga Nanie dikurniakan umur yang panjang lagi diberkati dan hidup dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Hanim Hashim! :) Amin-amin moga dimakbulkan doanya.

      Delete
  2. tahniah innanie!!semoga berjaya di masa hadapan & jgn lupa anta ucapan perantauan...heheh... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak! Cececeh fefeling di perantauan gitu kan!

      Delete
  3. alamak ada muke peluh k lily plak... aduiyaii hahahahahahha

    ReplyDelete
  4. Aku baca word by word, Kau jangan tak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang rajin. sebab tau assignment semua A! Kau baca reference complete! tahniah!

      Delete
  5. Hi innanie...ingat lg tak u ada tegur Qi kt Ucafe ari tuh hehehe...suka tgk innanie ye makeup....suit sgt dgn u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Julia!!! Laaa mestilah ingat. tak kanlah tak ingat kan... hahahah. make up kita tepek-tepek je. tapi kita memang suka make up stuff! :)

      Delete
  6. Happy belated birthday nanie! Wahh nak merantau ke mana tu..Alhamdulillah kesihatan ayah nanie dah kembali sihat.Apepun All the best untuk Nanie :)

    ReplyDelete
  7. mestilah baca word by word! apalah ertinya saya menjengah ke teratak kak innanie kalau tidak kerana mahu membaca ;)

    ReplyDelete
  8. semoga ayah innanie cepat sembuh :) and congrats on your new business... n yes I always read everyone's blog word by word <3

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday nani!

    ReplyDelete
  10. cantik pic kasut merah tu...selamat berkenalan and happy belated birthday

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork