Friday, May 23, 2014

Morning Random Thought #2

Assalamualaikum semua

Post kali ni Nanie kena schedule kan. Kalau sekarang ni korang baca lepas pukul 9 pagi, maksudnya Nanie on the way ke PD atas urusan kerja. Walaupun demam, takpe kena pergi jugak sampai Ahad petang. 


1. Sambil menaip entry ni, kat TV3 ada WWE. Eh menyampah pulak Nanie tengok mat saleh poyo semua dok bantai musuh tapi tak keluar darah. Nampak sangat penipunya. Drama lebih dorang ni. Tapi jangan tak tahu, masa kecik Nanie kaki WWF tau. *masa dulu panggil WWF*. Masa zaman The Rock, Stone Cold, Triple H, Undertaker semua tu. Hahaha. Kelakar kan budak perempuan suka wrestling. 

2. Kesian pada Izreen Asmidar sebab kena cerai di lokasi penggambaran. Nanie terus fikir yang orang sekarang ni especially artis, takde langsung perasaan hormat pada agama. Mereka sewenang-wenangnya kahwin-cerai sesuka hati. Walaupun dihalalkan, tapi itulah perkara yang dibenci Allah. 





3. Dapat hadiah lipstick MAC Plumfull dari kak Sabby Prue sempena hari lahir Nanie. Suka sangat dengan warnanya. Cantik dan sangat sesuai dengan tona kulit Nanie. This is my first MAC Lipstick. Thank you so much Kak Sabby! :)




4. Kisah Hari Guru tahun ni sangat tak dapat dilupakan. Korang bacalah caption kedua-dua gambar atas tu ye.


 

5. Alhamdulillah, Batch Maria dah sold out semuanya. So, yang atas ni wide shawl Batch Raudhah. Insya Allah semuanya cantik-cantik, bold colour & design serta esklusif. Harganya murah saje, RM 10. Sapa yang berminat atau nak tengok-tengok dulu, meh follow instagram Nanie @innanieariff.






6. Dekat Mid Valley sekarang ada dua robot ni Optimus Prime & Bumblebee. Besar gila woi. Tinggi dia sampai tingkat 3! Cantik. Pi lah cepat. Ambil gambar banyak-banyak. Nanie sarankan pergi weekdays. Kalau weekend confirm penuh.



7. Selepas habis baca buku Kamar Sutera [LINK], sekarang ni Nanie tengah baca buku The Tipping Point. Selepas diperkenalkan oleh iamkumbre di Instagram. Sapa yang tak kenal iamkumbre, cubalah korang search iamkumbre. Than tahulah anda siapa dia. :)




8. Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal diadakan pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang adalah ibarat sebuah perhimpunan ramai artis terkenal Malaysia apabila hampir 100 booth sudah pun dipenuhi mereka. Akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana! 


11 comments:

  1. Assalamualaikum Innanie, alisha dulu masa teenager pun suka tengok wwf, so xde lah pelik sangat. Time tu best sikit, skrang x best sangat. Anyway you take care ya, Klu time travel x sihat mmg rasa x best, tapi klu boleh rest as much as u can ok.

    ReplyDelete
  2. cantik colour lipstick tu nanie..cam berkenan jek.hihi

    ReplyDelete
  3. shawn micheal dan bret 'hitman' hart...kenal?

    ReplyDelete
  4. besarnya bumblebee.. tak sabar nak tunggu age of extinction nanti..:)

    ReplyDelete
  5. Kak Nanie, kita baca post ni dengan adik kita umur 10 tahun. Dia tanya "kakak, besarnya Transformer tu. Orang boleh masuk dalam tu tak?" hehehe adoiyai budak2 punya soalan XD

    ReplyDelete
  6. part hari guru tu touching baca
    tak sangka kan :)

    ReplyDelete
  7. canteeekkk sangat kaler lipstik tu...mac plak tu

    ReplyDelete
  8. paling tak suka tengok WWE tu..so dram poyo je kan pukul² tu..tak sempat nak melawat optimus prime tu..dok jauhkan.huhu..untun nanie dapat hadiah lipstik tu..warna menarik cantik tu :)

    ReplyDelete
  9. Akak dlu pun suke tgk wwf tp skang xtgk lgsg sbb xbest...ala dorg dlm gelanggang je bermusih tp dkt luar bkwn baik...tuh semua poyooo

    ReplyDelete
  10. glad you love the lipstick adik! i know it will suit you, because I did some research first. hihi enjoy sayang, love you! :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork