Sunday, June 22, 2014

40, 000 Pengunjung Serang Mega Bazaar 2014 di Hari Pertama!

Assalamualaikum semua



Setelah lama menanti kehadiran Mega Bazaar 2014 ni, Alhamdulillah semalam satu hari dah lepas Mega Bazaar 2014. Oops, tapi jangan risau.... kalau semalam ada yang belum berkesempatan datang, hari ni kami ada lagi. Sama juga, segala kemudahan seperti bas dan tram ada disediakan. Perkhidmatan poslaju juga ada. Meriah? Jangan cakap lah. Hari semalam je, seramai 40 000 orang datang ke tapak Mega Bazaar 2014!



Memang "havoc" rasanya sejak awal jam 10 pagi ketika majlis perasmian yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Puan Salmah Hayati dan Timbalan Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia, Datuk Ayaluddin Che Hassan hinggalah ke jam 10 malam, pengunjung masih penuh bershopping. 

Paling seronok apabila kesemua pengunjung yang datang langsung tak serabut kerana laluan shopping disusun kemas dan laluan pejalan kali di antara booth luas membuatkan kesemuanya selesa untuk memilih barangan. Malah ramai pengunjung juga turut memuji pihak penganjur yang menyediakan perkhidmatan tram secara percuma dari parking untuk terus ke pintu masuk dewan. Dua buah bas juga turut dikhaskan untuk membawa pengunjung dari stesen komuter Serdang untuk terus MAEPS. Jadi tak jadi masalah untuk sesiapa yang menggunakan kenderaan perkhidmatan awam untuk sama shopping. Selebriti yang datang seperti Neelofa, Adi Putra, Anita Baharom, Arja Lee, Rosyam Nor dan ramai lagi turut sempat beramah mesra dengan peminat selain sempat mengadakan persembahan khas untuk peminat-peminat. Memang seronok!

Hari ni adalah peluang terakhir kepada mereka yang masih belum berkesempatan mengunjungi EH EH MEGA BAZAAR 2014 hari ini. Lebih gila diskaun yang disediakan oleh lebih 1000 vendor dan paling penting, lebih banyak hadiah-hadiah istimewa untuk CABUTAN BERTUAH yang disediakan untuk semua pengunjung.Jangan tunggu lagi, pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah fenomena bazaar terbesar di Malaysia ini bermula jam 10 pagi ini! Jangan lupa ok!

Lokasi :
MAEPS, Serdang

Waktu :
10 pagi- 10 malam

Facebook : 


Instagram : 


#MegaBazaar2014 #EhEhBazaar


2 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork