Thursday, June 12, 2014

Avon Beauty Day Out Workshop Bersama Blogger

Assalamualaikum semua

Sapa yang tak kenal dengan jenama Avon? Sejak Nanie kecik lagi, Nanie dah mula beli sikit-sikit produk dari Avon. Mak lah yang selalu belikan. Lip balm, deodorant, perfume, dan banyak lagi produk mereka. Dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus, Avon telah lama memenangi hati wanita-wanita di Malaysia.




Baru-baru ni, Nanie berkesempatan menghadiri Avon Beauty Day Out bertempat di Royal Bintang, Damansara. Beauty Day Out mengumpulkan kira-kira 30 orang blogger sekitar KL. Hari tu, ada dua workshop diberikan iaitu berkaitan penjagaan kulit muka dan teknik solekan dari make up artist terkenal, Najeeb Azami. Bukan tu je, Avon telah memperkenalkan make up range terbaru mereka iaitu Over Nature Make Up Collection.

Confident aje bila pegang microphone! :)
Pada workshop pertama, kami semua diajar cara yang betul untuk mencuci dan membersihkan muka dari kotoran dan solekan. Selama ni konon ingat cara kita semua betul kan, tapi ada banyak rupanya langkah yang perlu diambil kira dan cara yang betul. Kalau salah, ia akan merosakkan struktur kulit kita dan silap hari bulan, kotoran tak tanggal dan menutup liang pori pada muka.





Lepas masing-masing dah cuci mekap semua, kami semua cuba mask Avon ANEW terbaru. Memang best, rasa sejuk dan melembutkan kulit muka. Dah setel semua, tibalah part yang menjadi kegemaran Nanie. Apa dia? Make Up Workshop dari Najeeb Azami. Najeeb Azami addalah jurumekap terkenal negara dan kerap kali menata rias wajah selebriti terkenal seperti Fasha Sandha, Fazura dan ramai lagi. Malahan baru-baru ni beliau menang Best Make Up Artist untuk anugerah Eh!.



Bertuah betul rasanya hari tu. Banyak sangat ilmu dan tips yang Nanie serta blogger lain pelajari. Bukan senang kan nak dapat workshop macam ni. Oh ye, untuk pengetahuan korang, Avon keluarkan make up range terbaru mereka iaitu Over Nature Collection.


Semuanya memang cantik-cantik. Nanie sampai sekarang suka sangat dengan lipstick juga pallete mereka yang bersesuaian untuk day make up dan night make up. Warna yang diketengahkan amat bersesuaian dengan tona kulit orang kita. Bukan tu je, paling menarik packagingnya yang sangat cantik dan lain dari yang lain.




Terima kasih banyak-banyak Avon Malaysia kerana menganjurkan workshop sebegini khas untuk Blogger. Dengan reputasi dan kualiti produk yang bagus dari Avon, tak syak lagi Avon sememangnya menjadi kegemaran wanita Malaysia dan mampu bertahan lama dalam bidang kecantikan! Balik pula, kami semua diberikan goodies bag yang penuh dengan barangan kecantikan dan make up dari Avon worth RM 800!!! Fuhyoh. Kemain gembira lah semuanya kan :)


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link dibawah -

Website : 

Instagram :
@avonmy 




7 comments:

  1. Wahwahwah..bkn main adik sorg ni. Patut makin cantik. Akak ni buta seni kecantikan skit. Main hentam je. Hihi..

    ReplyDelete
  2. avon kembali dengan barang baru..lama betul tak mengetahui pasal produk avon ni.dulu rajin tengok catalog je..beli pun satu dua je..warna barang make up dia makin menyerlah.cantik!

    ReplyDelete
  3. bestnye... caner nak join event2 mcm gini ek? hihi

    ReplyDelete
  4. best join workshop mcm ni...cantik la makeup kit avon...wahhh

    ReplyDelete
  5. best nya ade bgkel cmni..nk pergi.. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork