Thursday, June 19, 2014

Blogger & Pengaruhnya Terhadap Pembaca



Assalamualaikum semua


Bila Nanie buat advertorial atau campaign, kadang-kadang terdetik dalam hati macam mana agaknya influence atau pengaruh kita sebagai blogger ni pada pembaca? Adakah ianya mencapai target dan tujuan atau pun kita ni just shok sendiri aje? Ha, bila ada perasaan macam tu mula lah cuak sebab takut-takut, kehendak client tidak tercapai. Mana tau kita promote, takde sapa beli. Kita suruh orang join, orang tak nak join kan? Hmmmm.... ngeri jugak tu. Nanie buat eksperimen sendiri. Ecewah. Bukanlah kata nak tengok hebat atau tidak seseorang blogger tu, tapi Nanie nak buat kajian sejauh mana blogger mempengaruhi para pembaca mereka. Jadi, Nanie jadikan diri Nanie sebagai testimonial sendiri. 

Baru-baru ni, Sabrina Tajudin ada post kat Instagram yang dia beli clay mask dari Freeman. Beserta beberapa lagi make up stuff. Ok, macam biasa Nanie pun LIKE lah kan kat Instagram dia. 

Sabrina Tajudin sedang memujuk... hehehe
Dua hari lepas, selepas event di Shah Alam, Nanie, Wiida Ribbon, Aidazura dan Liyana Lunia hang out bersama kat Sunway Pyramid. Jumpa Watson dan mulalah semua rambang mata tengok make up and beauty stuff. Dari Maybelline, ke Collection, ke Revlon, ke Silky Girl semua lah. Macam-macam tips yang dikongsikan. Lagi-lagi dari Wiida Ribbon tu. Tiba-tiba si Wiida jumpa Freeman Clay Mask ni. Ya Allah, terus je, kami semua pilih-pilih nak yang mana satu. Nanie, Wiida & Aida masing-masing semua borong Freeman Clay Mask ni. Bila ditanya, semua terpengaruh dengan Sabrina Tajudin! See. Sesama blogger pun boleh terpengaruh ni.

Nanie beli Bourjois Foundation & Lipstick selepas terpengaruh dengan suggestion Wiida & ramai lagi blogger seperti Nabilah Ismailje, Mieza Everdeen & ramai lagi.
Dr.G BB Cream, my personal favourite. :) 

Kau tengok...masing-masing confius nak mana. Rasa nak beli semua je kan!

Kes kedua, tak lama dulu, Nanie pernah lah cerita dan share satu servis design and printing name card. Namanya Print Hello Sailor, [BACA ENTRY]. Masa tu, Nanie share sebab Nanie memang suka dan puas hati dengan servis serta design yang diberikan. Kata orang benda baik kan, share-share lah. 


Tak sangka pulak, bila selepas share tu ramai kawan-kawan blogger, wartawan dan businesswoman yang terpengaruh dengan suggestion Nanie. Bila jumpa dorang, semua cakap... "Aku baca kau punya review lah, aku berkenan terus aku order!". Kita ni bila dengar macam tu, terus gembira. Ye lah, sedikit sebanyak mungkin dengan sharing entry kita tu dapat membantu orang lain yang tengah cari penyelesaian jugak kan.





Suka sangat bila orang gembira dengan apa yang kita suggestkan. Mereka puas hati, dan paling penting dapat membantu. Sama jugak kesnya masa Nanie cerita pasal Power Bank Pineng [BACA ENTRY] . Ramai yang personally mesej Nanie dan tanya macam-macam berkaitan power bank. Ye lah, sapa yang mahu kena tipu atau sakit hati dengan servis yang tak berkualiti kan. Lebih baik tanya pada mereka yang dah ada pengalaman. Alhamdulillah, daripada suggestion Nanie tu, mereka memang puas hati dengan setiap pembeliannya. 

Dari situ Nanie sedar, sebenarnya setiap blogger ada pengaruh dan kekuatannya tersendiri. Pada Nanie sendiri, Nanie suka baca review atau suggestion dari blogger sebab ada 'personal opinion' mereka. Nanie suka blogger yang jujur dalam suggestion mereka. Sebab Nanie yakin setiap produk pasti ada part yang kita suka, dan yang kita tak suka. Jadi kita kena baca dan pilih ikut kesesuaian kita. Bukan randomly beli. Boleh jimatkan duit jugak perkara macam ni. Tak membazir beli yang bukan-bukan.

Dan... selain daripada pengaruh untuk memilih dan membeli yang terbaik, jangan pulak ada blogger yang show off. Cukuplah sekadar satu saranan. Bukannya menunjuk-nunjuk yang kita beli apa, jenama apa, harga berapa semua. Betulkan niat. Niatkan untuk berkongsi. Sebab apa? Sebab pembaca hari ni semakin bijak. Mereka dapat 'feel' tujuan dan niat kita berbloging. Adakah untuk memberi saranan ataupun menunjuk-nunjuk! Lebih baik berkongsi dengan penuh berhemah dan merendah diri! :)

Dah alang-alang ada pengaruh tu, apa kata sebagai blogger kita jadi cerminan yang baik buat pembaca kita. Encourage mereka kepada benda-benda yang baik dan berfaedah. Rasanya, dengan media social dan blog lah menjadi kegemaran anak muda hari ni kan. So, we build a good perspective pada mereka supaya mereka juga terpengaruh kepada benda-benda yang baik juga. 

Itu baru sikit tu... bayangkan bagaimana blogger dengan nama-nama besar mempengaruhi para pembaca. Lagi hebat influence-nya! Sebagaimana Nanie mention atas tu, as long as kita jujur, niat kita betul dan tak show off, Insya Allah pembaca suka. Nanie tak nafikan, ada juga nama-nama besar di kalangan blogger yang punya sifat show-off. Macam mana Nanie tau? Nanie pun pembaca blog juga, sama macam korang... hehehe... 

Happy Blogging ya! 

29 comments:

  1. ahahaha oh my xsangka sab terinvolve dalam ni. btul kaddang2 xperasan yg kita pengaruh org. niat xde pn cm tu, suka je share brg kita suka. xsangka diam2 kita pengaruh org beli brg tu padahal kita xsuruh pn.

    memang sampai ke pembaca kalau kita iklas and jujur. pembaca pn pandai sekarang, dia leh detect sama ada kita jujur ke x bila berblogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, sekarang pembaca makin hebat tau! macam-macam dorang boleh rasa... :)

      Delete
  2. betul!betul!betul! Harap semua blogger tak kira mereka pro bidang apa sekalipun dapat spread the goodness to the society. Yang gosip2 tak mo ye hehehe :D.

    Keep it up dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. once kita ada influence, kita kena guna dengan bijak... jangan salah guna buat benda tak elok.

      Delete
  3. sangat besar pengaruh penulisan di blog ni kan..sebab tu kita kena menulis sesuatu yang dapat memberikan kesan positive pada pembaca. Apapun review dan penulisan nanie memang berpengaruh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fiza :) macam fiza lagi banyak pengaruhnya... sebab fiza jenis sharing banyak benda kan! lepas tu murah hati pulak! :)

      Delete
  4. bergantung juga sejauh mana pembaca blog ni respek blogger. mcm sy kalau blogger tu mmg yg sy respek dr segi sumbangannya kepada masyarakat, mungkin sy terpengaruh. kalau tak sekadar baca jer la entri dia.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bang! Kita sebagai pembaca sendiri lah kena pandai pilih dan tapis mana nak ikut mana tak kan!

      Delete
  5. Arghhh.. Saya pun dah terpengaruh nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku terpengaruh tengok kau jalan jalan travel!

      Delete
  6. Mieza pun dah order name card from Print Hello Sailor sebab pengaruh kak Nanie, hehe! Tapi belum bayar lg so Mieza suruh fish hold dulu jgn print lagi. Nnt dah siap boleh shout out XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! seriously mieza. :) yeay tak sabar nak dapat kad mieza... nanti dah siap akak nak ok!

      Delete
  7. ada betulnya.. orang sekarang kalau nak lihat produk dan barangan akansearching di blog2.. wah cantik kad ..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kita pun selalu macam tu. just bukak blog nak tau review

      Delete
  8. LIPSTICK?K K K.....DAH MAKIN MINAT DENGAN BARANG MEKAP SEKARANG,HAHA

    ReplyDelete
  9. pengaruh yang baik memang patut diikuti, seperti tulisan di blog kalau benda tu memang baik pasti dicakap baik tak perlu nak berpura-pura kongsi sesuatu yang tidak benar.
    besar tanggungjawab yang dipikul oleh seorang blogger ni (yang menulis dengan cara betul) kerana pengaruhnya.

    ReplyDelete
  10. Haha aah! Terpengaruh sangat! Haha. Girls sangat. Hehehe

    ReplyDelete
  11. For me if the service and products is really gud and worth the money, why not to give it a try. As blogger we also consumer. We help the readers to suggest which is better based on our preference. Depends if it suitable for them. Bravo cik innanie.. ;) boleh jadi duta ni... ;)

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak.. ena pun banyak terpengaruh dengan entri2 blog yang lain macam ena terpengaruh dengan entri akk mengenai bisnes kad tu. Ekekekekeke. Blog akk memang terbaik!

    ReplyDelete
  13. bangga menjadi seorang blogger :)

    ReplyDelete
  14. sy pun tertanya2 juga whether advertorial yg dibuat tu mmberi pulangan yg baik atau tidak pd client. tp advertorial di blog sy x banyak pun... mcm nanie

    tp sy suka review produk yg mmg pernah cuba sndiri n love it. :)

    yup, bloggers mmg ada pengaruh trsendiri...

    ReplyDelete
  15. Singgah sini. :)

    Yupp, penulisan ada pengaruhnya tersendiri. Melalui penulisan, kita boleh ubah mindset orang (sekiranya kita berikan contoh kes dan hujah yang tepat).

    Review memang sangat penting sekarang sebab biasanya orang akan cari maklumat berkaitan dan testimonial berjaya atau sebarang bad effects dari produk tue. :)

    ReplyDelete
  16. Laju je nanie update...haha
    Mmg trbukti kita sbgai blogger mmg byk bg pgaruh pada pbaca biarpn pada niatnya jz nk share ape yang kita suka...tp benda tu jd ikutan plk...
    Malu tgok gambar mcangkung T_T adoyai

    ReplyDelete
  17. Ok sy pun terpengaruh dgn mieza bab borjouis and collection tu haaa 💜

    ReplyDelete
  18. hasil dari pengalaman sebenar lagi bagus..contohnya kita nak pergi ke sesuatu tempat yang kita tak pernah pegi tu..kita buat pembacaan..mestilah kita tengok dulu dari memane blog yang ada review pasal tempat tu kan? produk apa pun sudah semestinya kita tengok feedback..:D

    ReplyDelete
  19. lol ini kelakar, baru perasan i buat both card dgn beli power bank pineng sbb terpengaruh dgn u lah ni! haha

    ReplyDelete
  20. Untunglah masyarakat terpengaruh. kita buat apa pun rakyat jelata tak terpengaruh langsung hahaha ;p

    ReplyDelete
  21. Kalau mcm blog saya nie x de lah org nak cari pasal review produk. haha. Tp 2 3 menjak nie ada yg pm tanya pasal cara berfesyen memndgkan ada buat 1 entri pasal tu. rasa x layak plak nak nasihat org bab fesyen-fesyen nie ahaha. bagus entri ini Nanie.


    thanks :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork