Friday, June 27, 2014

Daily Fresh Hidang Street Snack Enak & Berkhasiat!

Assalamualaikum semua



Kebiasaannya, bila kita di mall memang kita craving something yang easy-going. Mudah di makan, tak leceh, dan paling penting dapat hilangkan kelaparan atau dahaga. Kira macam makan atau minum ringan lah senang ceritanya! 

Daily Fresh Sunway Pyramid berhampiran TGI Friday 
Untuk Nanie, Daily Fresh bukanlah satu jenama asing sebab di UM sendiri, sebelah library memang ada kiosk Daily Fresh ni. Jadi memang selalu lah lepas keluar library melepak kiosk tu dulu. Lagi-lagi Daily Fresh memang terkenal dengan waffle dan Icekimo nya. Sapa lah yang tak tergugat. 


Antara menu hidangan
Berkonsepkan 'street snack', Daily Fresh kini mempunyai lebih dari 1000 franchise di seluruh Malaysia dan beberapa negara luar. Memberikan keenakan dengan mengetengahkan produk seperti Cupcorn, Waffle Wafito, Icekimo, Gelato dan yang terkini Pop Corn, Daily Fresh sentiasa mencari idea R&D yang terbaru dan menepati citarasa rakyat Malaysia. 

Cupcorn yang lazat
Minggu lepas, Nanie dan beberapa lagi rakan blogger telah dijemput untuk mencuba beberapa resipi terbaru Daily Fresh. Sebelum pergi tu memang dah target dah nak makan waffle wafito dia. Ye lah, memang gebu-gebu semuanya! Selain tu, mengidam pulak tengok cupcorn Daily Fresh. Oh, kalau korang nak tahu, jagung yang digunakan oleh Daily Fresh adalah hasil tanaman keluarga pemilik Daily Fresh sendiri iaitu Mah Yong. Malahan, ladang jagung mereka adalah di kampung Nanie sendiri iaitu Simpang Renggam, Kluang. 


Memang tak dinafikan, cupcorn Daily Fresh memang terbaik. Sedap, manis dan lemak berkrim gitu. Favourite Nanie? Sweet Milk & Original. Rasa sebenar jagung tu memang win lah!  Harganya pulak, Original flavour RM 3.50 dan tambah RM 0.50 untuk flavour lain.

Selain daripada cupcorn yang lemak berkrim tu, signature untuk Daily Fresh adalah Waffle Wafito nya yang gebu gebas terbabas sedapnya itu! Aduhai... Nanie dari dulu memang suka waffle wafito Daily Fresh ni. Kelembutan dan kerangupan waffle dia memang ngam-ngam lah. Meleleh dalam mulut ni filling dia tu kan. Nanie selalu request, blueberry + chocolate. Tapi yang terkini, Daily Fresh ada tambah flavour iaitu Japanese BBQ, Chicken Floss, Nyonya Kaya & Pandan Kaya. Untuk waffle wafito harganya RM 4.50 aje. 

Rangup & Gebu kan?

Pilihan filling wafitto yang ada
Tak cukup dengan tu, Nanie dan kawan-kawan terus dijamu dengan signature Daily Fresh yang seterusnya iaitu IceKimo. Aduhai... Ini lagi lah bikin cair. Tertelan air liur Nanie waktu tulis entry ni. Mana taknya, tengok gambar je dah menggoda, korang boleh bayangkan tak macam mana nikmat sedapnya bila ice cream diblend dan dengan pelbagai perisa menarik. Ada honey dew, mango, sour soup, pineapple, strawberry, moccha, chocolate, vanilla, black sesame dan banyak lagi. 

  
  
Strawberry-Mango-Honey Dew-Vanilla
Dan sekarang pula adalah Gelato Tempo. Kalau tadi, ice cream yang diblend dengan pelbagai perisa, tapi untuk Gelato Tempo, ia adalah yogurt yang diblend dengan pelbagai perisa menarik dan sedap-sedap belaka. Rasa fresh dan sangat sesuai dengan tekak dalam musim panas ni. Antara perisa kegemaran Nanie, Chocolate, Strawberry dan Melon!


  
Engku Sulwani @ Esul  pun ada sama untuk review Daily Fresh

Last but not least, yang ini produk terbaru dari Daily Fresh. Mereka menyediakan pop corn dengan pelbagai pilihan perisa. Buat masa ni ada 5 perisa iaitu Caramel, Sesame Black, Spicy Curry, Seaweed dan Honey Dew. Untuk Nanie, favourite Nanie dan memang Nanie nak rekomen korang try iaitu Seaweed & Honey Dew! Sedap woh! Lagi syok kalau makan time tengok wayang atau pun lepak tengok tv dengan family!


Memang mengancam betul lah hidangan dari Daily Fresh ni. Semuanya menepati citarasa Nanie. Selain daripada harga yang berpatutan, sedap dan enak, Daily Fresh juga mempunyai sijil Halal dari JAKIM. Kebersihan kiosk mereka juga mendapat gred A dan dari segi pemakaian dan servis pekerja juga Nanie dapati berada di tahap yang bagus.


Bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba, Daily Fresh ada promo yang terbaik untuk korang semua. Bermula 27 Jun 2014 sehingga 4 Ogos 2014, kalau korang beli 2 bucket popcorn boleh dapat free mini popcorn dan sampul raya. Manakala beli Gelato Tempo boleh free topping! 
           
Bukan itu aje, untuk pembaca Blog Coklateyes pula, ada tambahan tawaran menarik lagi. Korang siap-siap print e-voucher ni dan spend RM 8 dekat mana-mana kiosk atau outlet Daily Fresh, korang akan dapat Cupcorn (Original) secara percuma! Sedapnyaaaaaaa woi!!! Terliur ni Nanie tengok jagung manis ni.... haihhh sedap betul lah! 


Untuk segala maklumat lanjut, boleh klik link di bawah : 

Facebook :

Website :

Insatgram :
#dailyfreshMY


8 comments:

  1. nampak menarik ni ...popcorn and aiscrem tu yg tak tahan tu..heheeh

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan kat sini. Biasanya makan wafel je kat sini.

    ReplyDelete
  3. Nampak cukup menyelerakan. Terus nak cari sekarang juga.

    ReplyDelete
  4. bulan puasa tengok menu gini memang kecur air liur..memang sedap sangat tu nanie oiii

    ReplyDelete
  5. waffle choccolate! terbaikkk!!! :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nanie, kamu mendera tekak ku. ahhahaha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork