Wednesday, June 18, 2014

Kes Penderaan Kanak-Kanak Di Sebelah Rumah

Assalamualaikum semua

Sebelah-sebelah jiran Nanie, ada yang suri rumah dan ada juga yang kerja. Tak jauh dari rumah Nanie ada satu keluarga yang memang tinggal beramai-ramai. Nenek-cucu-menantu, kalau kira mungkin hampir 10 orang satu rumah. Nampaknya memang padat dan tak terurus sangat lah. 

Sebenarnya, Nanie masih ragu-ragu dengan jiran Nanie ni. Selalu sangat setiap pagi, Nanie akan dengar suara bayi menangis yang tak berhenti-henti. Lepas tu mulalah dengan pekikan suara perempuan memarahi bayi yang menangis tadi. Bukan sekadar marah biasa, siap herdik dan keluar perkataan bodoh, bab*, binatang dan banyak lagi lah. Lepas tu, setiap kali suara perempuan tu jerit, bayi tu mesti menangis lagi kuat. 

Allahuakbar! Tak sanggup jugak dengar suara baby menangis. Meraung-raung kesakitan mungkin. Nanie tak dapat pastikan, sama ada dia dipukul atau tidak. Tapi memang bayi tu akan menangis lama. Lebih kurang 30-45 minit dan sangat kerap. Dalam seminggu mesti ada 2-3 hari macam tu. Nanie syak bayi tu belum pandai cakap lagi. 

Tadi, Nanie sempat intai melalui tingkap sapa yang menengking marah bayi tu. Lah... budak perempuan kecik je... umur dalam 13-15 tahun. Nanie dengar dia nak ke sekolah dan bayi tu menangis, sambil dia kunci pintu dia jerit "Kau tunggu lah situ sampai mak kau balik!" Alamak. Dia tinggal sorang ke? Cepat-cepat Nanie berlari ke rumah bayi tu!

Memang betul lah dia tinggal sorang... Nanie bagi salam takde sapa pun muncul. Nenek dia takde, mak dia takde, takde sapa pun dengan dia.... 

Ni gambar budak tu masa Nanie pujuk-pujuk dia. Dia menangis kat situ je sambil
lari ke dapur dan ruang tamu. Dia takut bila nampak orang lain. Nanie tak boleh masuk
ambil dia... grill berkunci. 

Baby tu lelaki, usia dalam setahun kot, menangis dan tak tentu hala kedepan dan ke dapur. Macam cari keluarganya.  Nanie panggil dia dari celah pintu grill, dia menangis je kat situ. Grill pulak bermangga. Tak dapat Nanie nak masuk dan ambil dia. Tak pasti sama ada dia kena pukul ke apa. Nanie call Talian Nur 15999 ni pulak engage je. Dari tadi, sejak awal Nanie dengar budak tu nangis, Nanie cuba call Talian Nur. Tak dapat-dapat. Fed up! Aku nak buat aduan ni!!! 

Nanie cuba pujuk dia jangan menangis lagi, balik rumah ambil coklat. Budak tu masih menangis kat situ dan tak nak datang ke pintu. Mungkin dia takut dengan orang yang dia tak kenal kan. Tengah Nanie pujuk-pujuk dekat 10-15 minit tu, tiba-tiba nenek dia balik. Nenek dia ni lah yang jaga dia. Terus tanya kenapa.

Apa lagi, Nanie terus lah tanya nenek dia....

Nanie : Makcik, mintak maaf... saya kat depan rumah makcik ni sebab saya dengar baby ni menangis dari tadi. Lepas tu, sebelum ni cucu makcik yang perempuan pergi sekolah tadi tengking-tengking dia. Saya risau, tu yang saya datang tengok lepas dia pergi sekolah. Baby ni duduk sorang je?

Makcik : Oh, sekejap je ni. Makcik pergi bawah, beli sayur. Takde apa lah! Nangis sekejap je dia ni.

Nanie : Sekejap apa makcik? Dah dekat 1 jam budak perempuan tu marah dia tengking-tengking. Keluar perkataan kasar semua. Saya kat sebelah dengar je ni...sapa budak perempuan tu? Kecik-kecik dah memaki budak?

Makcik : Tu cucu makcik jugak. Sepupu budak ni (sambil memuncung ke arah bayi tadi), makcik suruh dia jaga kan kejap. Makcik pergi bawah. Beli sayur semua. 

Nanie : Tapi kerap jugak saya dengar budak kecik ni menangis makcik. Budak perempuan tu marah-marah. 

Makcik : Alaaa takde pape lah dik... 

Nanie : Makcik, saya mintak maaf kalau saya tegur ni... lagi sekali saya dengar budak kecik ni menangis meraung-raung dan budak perempuan tu marah tengking-tengking, tak kiralah makcik ada ke tak ada, saya sebagai jiran tak teragak-agak nak buat laporan pada pihak berkuasa. Ni boleh jadi kes dera ye makcik. Budak ni kecik lagi, marah, herdik, tengking bukan dia tau apa. Makcik tolong bagitau cucu makcik lagi sorang tu, saya bagi amaran ni kat dia. Kalau tak, biar saya jumpa dia sendiri. Baru 14 tahun, dah pandai nak mendera....

Makcik : Maaf dik, maaf! Makcik akan bagitau cucu makcik lagi sorang tu. Tolonglah jangan buat report. 

Nanie : Lagi satu, makcik janganlah tinggalkan budak kecik ni sorang-sorang. Walaupun 10-15 minit, tapi kalau apa-apa nak berlaku, boleh berlaku makcik. Bahaya tau! Ni saya bagi nasihat dan amaran ye makcik. Jangan ambil mudah perkara macam ni. 


Terus makcik tu ambil budak kecik tadi. Kesiannya dia. Comot dengan hingus-hingus. Sempat jugak Nanie kerling pada baby tu kalau-kalau ada lebam atau luka-luka. Tapi nampaknya macam takde. Tapi tak tau lah. Sebab tak tengok dari dekat. Nanie harap takde lah sampai penderaan fizikal. 

Nanie syak, kes budak tu macam ni... Nenek dia pergi beli sayur kat bawah + borak-borak dengan ahli mesyuarat tingkap sekali agaknya, lepas tu nenek dia suruh budak 14 tahun ni tengokkan baby ni. Once dia ke sekolah, barulah neneknya naik rumah. Jadi tak tahu lah budak tu kena maki ke, kena tengking ke, kena cubit ke. Haih lah nenek... janganlah macam tu!

Ya Allah, Nanie tak tau nak cakap lah bila melibatkan budak-budak kecik ni. Kesian! Budak kecik tahu apa kau tengking dia. Menangis je lah dia. Satu hal lagi, geram jugak Nanie dengan Talian Nur. Sepanjang budak tu kena marah, Nanie banyak kali cuba hubungi Talian Nur 15999 tapi asyik engage. Sedang digunakan je tak habis-habis! Grrr... geram gak!

Pada sapa je lah yang baca blog Nanie ni, Nanie harap sangat-sangat sayangilah anak kecil. Penderaan bukan sekadar fizikal tau, dari segi verbal pun boleh dikategorikan penderaan. Kalau dah hari-hari kena tengking, ingat budak tu tak takut ke?

Pada parents pula, kalau cari pengasuh, bukan sekadar tengok pengasuhnya saje. Kena tengok sekali environment rumahnya, family nya semua lah. Orang sekarang ni kadang, menjaga baby sekadar melepaskan batuk di tangga. Janji dapat duit. Buat masa ni, Nanie cuba pantau dari jauh. Dan kalau ada kesempatan, Nanie cuba nak cakap sendiri dengan budak 14 tahun tu. Mungkin dia pun stress kena jaga baby kan? Dan mungkin dia jugak kena dera? 


Ya Allah, mohon permudahkan semua dan lindungi kanak-kanak ni... 






43 comments:

  1. kalau nak baran sekalipun janganlah lepaskan kat baby (T_T)

    ReplyDelete
  2. Kak nora hargai sangat2 apa yang nannie buat.. entah kesian budak tu lapar nak susu tp x diendahkan. Itu yg menangis..

    Lagi sekali kalau dgr mcm menangis.. u know what to do

    ReplyDelete
  3. ada lg org macam nanie.kdg kdg org x berani nk tegur.sbb takut org tu maki kita balik.mcm rara sendiri pon.kdg2 x berani nk tegur org.hmm bagus lah nanie.hope makcik tu x apa apa kan budak tu lah.rara kdg2 mrh jugak kat anak.tp xde lah tengking mcm tu.haih mcm mcm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..zaman skrg..jaga budak xsepenuh hati..Mana boleh tinggal budak besar tu sorang2..Apa lah jenis nenek...

      Delete
  4. huh... geram nya baca... nenek tu mcm dah biase dgn kejadian mcm tu... harap nanie tgk2kan lps ni... jd gak jgn teragak2 buat laporan... dan jgn lupe citer kat mak pak diorang skali...

    ReplyDelete
  5. sokong tindakan nanie tu,mana boleh biarkan budak sekecil tu tinggal sendirian kat rumah...
    betul nanie,kalau dengar sekali lagi terus report je..subhanallah...

    ReplyDelete
  6. kesiannya..budak2 kecik kalau tengking marah sekalipun dorg bukan tau pape..ni tinggal plak sorg2 kat rumah..xda hati perasan ke..

    ReplyDelete
  7. allahu , sakitnya hati baca. kalau kita jadi nanie, kita dh nangis dah :( sbb hati kita lembik T__________T

    ReplyDelete
  8. geram, marah, sedih dan rasa nak bagi extra moral tuisyen kat budak pempuan tu! Tolonglah nenek jangan buat macam tu lagi, tak larat cakap tak larat, tak sanggup cakap tak sanggup. Jangan dibagi budak lain jaga baby tu apatah lagi tinggalkan dia sengsorang.

    Paling menggeramkan hati akak bila Nanie cakap talian Nur yang engage memanjang! Serupa takda NUR langsung! Orang tengah emergency ni, buat hal pulak! Ingat awak tu bank ke!!! Sorry to say, but talian Nur tak relevan. Next time, telefon polis terus Nanie.

    ReplyDelete
  9. nasib baik ad jiran concern mcm kak nanie...aduh...apla jd kat bdk tu....lagi satu psl talian NUR tu...adui,,,mcm manela kalau emergency...mayb xcukup tenaga kerja kot...tp tulah,,,takot kalau emergency, nk mintk tlg siapa? tau2 je kalau nk berlaku suicide agaknya da terlmbt da...

    ReplyDelete
  10. bagus tindakan nanie tu...report kan kalo benda ni jadi lg...kesian kat budak kecik tu yg tak tau pape...

    ReplyDelete
  11. sian budak tu. dah la kc sayang anak kecil

    ReplyDelete
  12. Mungkin boleh buat laporan polis juga.

    ReplyDelete
  13. sian budak kecik tuh.... nenek tuh pengasuh jer ke ataupun mak pada parent dia ? kalo betol darah daging dia sendiri takkan dia biar kan macam tuh jer... haishhh geram plak saya lah....

    ReplyDelete
  14. tu pun kira dera emosi jugak la kalau hari2 dok kena tengking. Bagus ada jiran prihatin tapi bukan penyibuk.

    ReplyDelete
  15. kesian kat budak tu... x boleh tinggal sebarangan kat umah... mcm2 jenayah skrg nie... bahaya... :)

    ReplyDelete
  16. to be honest penderaan verbal kadang2 lebih bagi kesan sampai besar. penderaan fizikal mmg teruklah, tapi kalau verbal tu sesetengah orang ingat biasa je tapi sbnarnya tak.

    ReplyDelete
  17. kesiannya dak baby tu..apelah gunanya ada orang dewasa kat rumah tu tapi tak mampu nak jaga baby kat rumah tu..nampak sangat dorang tak amek kisah nanie..apepun terbaiklah tindakan nanie tu.hopefully xde lagi kedengaran die menangis atau tengking²..kalau x report je..

    ReplyDelete
  18. Syabas Nani suka tindakan Nani buat memang betul sepatutnya org kita lebih peka dan bila ada perkara tak betul kita sebagai jirang memang kena tegur. Jgn biar sampai dah teruk baru nak tegur nanti menyesal tak sudah. Nani lain kali kalau tak dpt call Talian Nur boleh Call LPPKN atau Jabatan Kebajikan Masyarakat atau terus on Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat. Sebab kadang2 talian kerajaan ni bila time pick hour atau time rehat memagn susah nak call tak tahu ramai sangat call ker atau ramai yg mengular......

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah... moga lepas ni xde dah budak kecik 2 kena tengking2... kesian... huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. sebak sy bace entry ni..budak tu baye2 anak sy...sy x dpt byg kalo anak sy dorg buat mcm ni....nak tinggi suara nak tengking2 mcm tu sebut bukan2 jauh skali..ape slh budak tu....ya Allah selamatkan budak ni jauhkan drp perkara x diingini..serius.airmata dh mengalir.ok bye :-(

    ReplyDelete
  21. Aduhhh..sakitnya hati baca budak tu diperlakukan macam tu. jenis family yg xambik kisah macm tu la. mujur nanie ni prihatin. next time report je lagi.

    ReplyDelete
  22. bagus tindakan nanie nih...ada ke budak bsar mcm.tuh biarkan sorg2..jaga lgsg xikhlas..ishh

    ReplyDelete
  23. Kesian kat baby tu..harap2 makcik tu bagi amaranlah dekat cucu dia yg garang tu. Budak2 sekarang ni umur muda sekalipun, mmg xboleh dibiarkan..kalau dibiarkan nanti jadilah tu mcm kes2 dlm surat khabar tu

    ReplyDelete
  24. bagus nanie... kesiannya budak kecik tu, tros rasa nak marah meluap²... apa lah budak kecik tu tau kan...

    ReplyDelete
  25. Tak patut tinggalkan macam tu walau sekejap...nasib baik ada jiran macam nanie

    ReplyDelete
  26. ya allah sampai macam tu sekali... memang terbaik laa akak!! ehhehe
    #respect! #salute

    ReplyDelete
  27. bukan salah budak 14 tahun tu jugak. salah org yg lebih dewasa. budak 14 tahun kerjanya belajar je. org dewasa kat umah tu yg patut dikenakan tindakan..

    ReplyDelete
  28. salam,
    saya rasa tak patut upload gambar budak-budak tanpa permission parents, apa lagi ada gambar dalam rumah semua. dah ada info time orang tak ada dalam rumah dan bila budak itu sorang, bahaya juga kalau orang tak bertanggungjawab terbaca blog post ini dan tahu rumah mana berdasarkan gambar. kalau concern sangat baik report polis terus, letak gambar macam nak aib walaupun memang apa yang family buat itu tak patut.

    maaf kalau terasa, tapi benda macam ini kena peka sikit apa yang letak online apatah lagi involve kanak-kanak.

    ReplyDelete
  29. Bagus tindakan kak innanie...Kesian bayi tu, kecik2 dah kena tengking..Budak perempuan tu plak, sepatut tampar juga..bengang plak..

    ReplyDelete
  30. Baby lapar tu. Pastu budak 14tahun, memang tak boleh diharap untuk menjaga baby sebab still bawah umur. Kalau jadi apa-apa kat baby, budak tu tak bersalah sebab bukan fokus dia. Hurm, sedih baca, tapi itulah hakikat. Mungkin keluarga kurang berkemampuan nak cari pengasuh. Letak beban kat mak sendiri, sedangkan bila dah jadi nenek, tak payah berpenat menukar lampin segala.

    ReplyDelete
  31. Beraninya kwn aida ni...bila nanie cerita ni takot plk nk hantar ank kt pgasuh klo ada ank nt...hurmm susahnyer nak hidup :(

    ReplyDelete
  32. Kesiannya. kena ambil tindakan susulan. bukan bz body tetapi prihatin. jangan biar mereka didera. mereka tiada dosa

    ReplyDelete
  33. Baguslah nanie dah tegur..harap de perubahan lps ni..kalau blaku nanie jgn teragak2 utk amik tindakan k..

    ReplyDelete
  34. kesiannye.. How come budak kecik sanggup dibuat mcm tu? sbb tu la skrang byk ibu bapa yg di hantar ke rumah org tua, dibiar di tepi jalan . WHat u give u get back. ni la salah satu faktor yee
    Miss Ika's Blog

    ReplyDelete
  35. terus teringat anak di rumah pengasuh..
    kenapalah nenek tu tinggalkan begitu jer cucu dia, faham dia ada urusan tapi jangan sampai abaikan keselamatan budak sekecil itu.
    semoga anak tu tak fobia dengan rasa ditinggalkan.

    ReplyDelete
  36. kesiannya baby tu..untung anak2 yang maknya jaga sendiri kat rumah

    ReplyDelete
  37. eeee geramnya kat budak pompuan tu...nenek dia tu macam acuh tak acuh je....nasib baik ada kak nani....

    ReplyDelete
  38. Salam nanie. Kalau tak dapat talian nur report ajee kat polis sebab tinggalkan budak tu sorang dan kunci grill bagai. Kalau kata terbakar ke petir ke camna nak tolong.
    At least kalau polis dtg apa apa mereka kena jawap

    ReplyDelete
  39. Talian nur kasih tu sama mcm no talian yg tertampal blkg lori/bas. Memanjang engaged bila org call. Talian lakonan je tu. Bila ada kes, keluar 1 no talian baru. Tp x ada pemantauan line tu berfungsi ke atau wujud lg. Lain kali terus call polis saja. No 999 tu je yg dari dulu, kini dan selamanya boleh diharap.

    ReplyDelete
  40. Sila laporkan pada Jabatan Kebajika ie Child protector dalam komuniti. Kalau kita tinggalkan anak ini berisiko tinggi di dera samada secara fizikal, emosi atau pengabaian. Adalah menjadi hak kita utk melaporkan supaya kejadian ini tidak berulang dibawah akta kanak kanak 2001

    ReplyDelete
  41. Sila laporkan pada Jabatan Kebajika ie Child protector dalam komuniti. Kalau kita tinggalkan anak ini berisiko tinggi di dera samada secara fizikal, emosi atau pengabaian. Adalah menjadi hak kita utk melaporkan supaya kejadian ini tidak berulang dibawah akta kanak kanak 2001

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork