Monday, June 9, 2014

Mega Bazaar 2014 Jamin Keselesaan & Kemudahan Pengunjung Membeli Belah

Assalamualaikum semua

Diam tak diam tinggal 12 hari je lagi untuk Mega Bazaar 2014. Nanie yakin memang ramai yang menantikan kehadiran Mega Bazaar 2014 ni. Mana taknya, macam yang Nanie pernah cerita dalam entry-entry sebelum ni lah kan, Mega Bazaar 2014 mengumpulkan lebih dari 1000 vendor online shop dan 50 artis tempatan yang menjual pelbagai barangan dan produk. Confirm lah memang ramai orang berderu-deru akan datang bershopping hari tu kan. 

Walaupun bakal dibanjiri dengan kehadiran ribuan pengunjung, pihak penganjur akan memberikan keselesaan yang bagus kepada anda semua. Ye lah, bila buat event besar-besar ni, keselamatan dan keselesaan para pengunjung menjadi satu perkara paling penting yang perlu diambil kira oleh penganjur. Kami tak nak lah, bila pergi sana ada yang pengsan ke, ada yang cedera, mahupun berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Jadi, jangan risau!!! Memang itulah yang kami fikirkan dari dulu lagi. Alhamdulillah pihak penganjur telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung dalam membeli belah. 

                             


1) Lebih 3000 tempat letak kenderaan disediakan di luar MAEPS Serdang. Jadi tak akan ada masalah pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

2) Lebih 10 tram juga disediakan untuk semua pengunjung di tempat meletak kenderaan terus akan membawa anda ke pintu masuk MAEPS untuk "shopping". Tak perlu jalan jauh dan penat sebelum sempat bershopping!

3) Sebuah bas secara percuma juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS. Bayangkan, tak perlu tunggu bas atau teksi untuk ke MAEPS pada 21 dan 22 Jun ini.

4) Ruang pejalan kaki di antara booth dalam MAEPS juga selebar 10 kaki bagi memastikan pengunjung selesa untuk bergerak dan bershopping. Sure tak kan ada yang pengsan atau sesak nafas kerana terlalu sempit!

5) Lebih 100 hadiah istimewa termasuk barangan elektrik, pakej pelancongan, gajet dan banyak lagi disediakan untuk semua pengunjung untuk CABUTAN BERTUAH!

6) Ada persembahan istimewa selebriti, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi minum petang bersama selebriti dan banyak lagi sepanjang 2 hari itu nanti!


Jadi apa lagi yang anda perlu risaukan? Parking ada, tram ada, bas ada, hadiah cabutan bertuah pun ada. Mari-mari datang bawak ramai-ramai, shopping banyak-banyak, promo hebat-hebat semua. Mark your calendar on 21 & 22 Jun 2014 ini dan jumpa korang semua di MAEPS, Serdang untuk MEGA BAZAAR 2014!!! 

  MEGA BAZAAR    

Date :
 21st - 22nd June 2014

Venue : 
Hall A, Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)

Phone :
 012-2920131

Website :

Facebook :

Instagram :

Twitter : 


2 comments:

  1. Can't wait utk bazaar ni! See you! hehehee..

    ReplyDelete
  2. Harap² berkesempatan datang sini..meriah je tengok tu..jeles lah kalau tengok orang pergi kan..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork