Friday, June 20, 2014

Mega Bazaar 2014 : Kini Bermula Esok di MAEPS, Serdang !!!

Assalamualaikum semua


Ingat tak esok berapa hari bulan? Iyer! Esok 21 Jun 2014 yang mana berlangsungnya Mega Bazaar 2014 di Maeps, Serdang. Uiiii, bila tengok instagram @ehehbazaar tu kan, meremang jugak bulu roma Nanie. Mana taknya, memang ramai yang tak sabar dan excited menunggu Mega Bazaar 2014 ni. Baik artis, baik vendor, apatah lagi para pelanggan budiman sekalian. Siap dah plan dah, nak serbu vendor mana dulu. Bagus semuanya! 



Bermula esok hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam anda berpeluang untuk SHOPPING sakan di Eh Eh Mega Bazaar 2014. Bertempat di MAEPS Serdang, bazaar online terbesar Malaysia ini sedia menanti kunjungan anda ke lebih 1000 booth termasuk 60 selebriti menjual seribu satu barangan pada HARGA PALING RENDAH. Pastikan anda meluangkan masa untuk ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok selain mengambil peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan. 

Nanie ingat lah, kalau ada kesempatan Nanie nak ke sana jugak. Plan-plan nak cari halfmoon shawl. Dalam simpanan cuma ada 3 helai je halfmoon. Rasa macam best pulak pakai halfmoon kan. And lagi satu, Nanie nak cari plussize jubah kalau ada lah... Eiii mesti seronok nanti. :)


Jumpa anda esok!!!

Tarikh : 
21-22 Jun 2014
(Sabtu & Ahad)

Lokasi :
MAEPS, Serdang 
(kemudahan pengangkutan disediakan
 - KLIK LINK)

Waktu :
10 pagi - 10 malam 


Facebook :

Instagram :





4 comments:

  1. dekat giler dgn umah kite. hari-hari pegi kerja lalu depan ni hihi. kalau free nk dtg lah! :D

    ReplyDelete
  2. Nani, ade eh kat sana esok?harap dapat jumpa la yer. pergi gak esok sebab dekat sgt rumah dgn maeps ni. harap dpt jumpa nani. tapiiii kalau jumpa mesti segan nak tegur ;)

    ReplyDelete
  3. tomorrow i'll be there.. haha.. inshaallah ")

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork