Friday, June 6, 2014

Review L'oreal White Perfect Total 10 | All-In-One Whitening Day Cream

Assalamualaikum semua

Pada kebanyakan wanita memiliki kulit putih adalah idaman mereka. Alangkah bersyukurnya jika anda dilahirkan dengan warna kulit putih gebu. Tapi untuk Nanie sendiri, Nanie tak ada lah letakkan target untuk jadi putih dalam list. Pada Nanie, cukup mendapat kulit muka yang sihat, bebas jerawat dan jeragat serta dilindungi. 

Bercakap mengenai perlindungan, tahukah korang bahawa sekarang ni kulit wajah merupakan bahagian yang sangat sensitif dan mudah terdedah pada sinaran UV? Jadi bagaimana cara Nanie melindungi kulit wajah? 



Baru-baru ni, Nanie telah terpilih sebagai antara mereka yang terawal di Malaysia untuk mencuba dan merasai kehebatan L'oreal Paris White Perfect Total 10, "All-in-one Whitening Day Cream". Didatangkan dalam bentuk pumping botol, L'oreal White Perfect Total 10 dirumus khas dengan formula terkini untuk memberikan perlindungan kepada kulit daripada tanda-tanda kusam dan gelap. Bukan itu sahaja, L'oreal White Perfect Total 10 juga memberi 10 kebaikan kepada wanita. 


Seperkara yang menarik bagi L'oreal White Perfect Total 10 ni, bukan sekadar mencerahkan kulit wajah, part paling Nanie suka adalah perlindungan dari UVA & UVBnya. Bukan mudah untuk dapat satu krim dengan dwi-perlindungan ni. Biasanya ia dijual berasingan. Jadi dengan L'oreal White Perfect Total 10 ni, gunakan satu krim untuk kebaikan menyeluruh! 

   

PENGALAMAN SENDIRI

Secara asasnya, Nanie bukanlah penggemar kepada day cream sebab Nanie jenis cepat berpeluh dan bila pakai krim, muka akan jadi comot, berminyak dan melekit. Nanie lebih suka kepada night cream. Lebih relaks, boleh menyerap dengan baik dan memperbaiki struktur kulit wajah semasa kita berehat. Tetapi untuk L'oreal White Perfect Total 10 ni, Nanie boleh kategorikannya sebagai antara day cream kegemaran. Teksturnya lembut, tidak melekit, cepat meresap dan mudah diratakan. Biasanya selepas guna, Nanie ambil masa dalam 5 minit untuk serap. 


Berbau seperti lavender, agak sejuk selepas di-apply pada kulit wajah, L'oreal White Perfect Total 10 sehingga hari ni selepas hampir 2 minggu menggunakannya menjadikan kulit wajah Nanie kurang berminyak. Selain tu, apa yang Nanie perasan bila lepas terdedah pada matahari, kulit Nanie kurang rasa perit. Mungkin effect dari perlindungan UVA&UVB mereka beserta perlindungan SPF 30 PA+++.  


Dengan harga RM 39.90 untuk 50ml/botol, L'oreal White Perfect Total 10 memberikan anda 10 kebaikan dan perlindungan yang terbaik untuk kulit wajah. Akan dijual di pasaran bermula Jun ini, korang yang mahukan perlindungan menyeluruh, apa salahnya untuk cuba day cream ni! Day cream yang dah mula menjadi kegemaran Nanie :)

Untuk maklumat lanjut :

Website:

Facebook : 

Instagram: 
@LorealParisMY

8 comments:

  1. Nannie, Asyik sgt suka produk ini. best sgt2 bila guna..kulit mmg selesa bila pakai..:)

    ReplyDelete
  2. Tengok kawan-kawan review semua best, tak sabar nak tunggu Mieza punya turn pulak :D cepatlah parcel sampai, hehe!

    ReplyDelete
  3. wahhh putihla kak nanie mcm nie....bau lavender mcm best je..nk tryla nnti...

    ReplyDelete
  4. Aaaa, rasa nak tryy nii. Hehe. Thanks naniee!

    ReplyDelete
  5. bab putih² ni memang suka..hee..tunggu june ni keluar ye..kotlah berkesempatan boleh try :) good review nanie :)

    ReplyDelete
  6. Knp sy pkai muke naik jerawat yg byk....mkin truk muke sy

    ReplyDelete
  7. Knp sy pkai muke naik jerawat yg byk....mkin truk muke sy

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork