Thursday, June 5, 2014

Servis Design & Printing Namecard Dari @printhellosailor

Assalamualaikum semua

Mana-mana yang follow Instagram Nanie (@innanieariff) mesti tau dah yang dalam dua minggu lepas, Nanie dah buat name card baru. Alhamdulillah, my first batch name card [NAME CARD BLOG COKLATEYES 1] dah habis. Korang tahulah, Nanie ni sebelum beli sesuatu memang cukup details. Bukan perfectionist, tapi Nanie jenis suka something worth it. Buat apa nak membazir kan. And I do love to make comparison. Nanie terikut kawan baik Nanie, Syakirin. Dia memang jenis suka compare harga dan ke-berbaloi-an pembelian dia. Sebenarnya bagus kan kalau kita buat perbandingan sebelum membeli. Boleh dapat berjimat sebenarnya. 


Selepas membelek, bandingkan harga dan bertanya di instashop yang menjalankan servis printing, akhirnya... Alhamdulillah berjumpa Nanie dengan @printhellosailor. Syarikat printing yang diusahakan 3 anak muda. Dari pengamatan Nanie, design mereka minimalis dan kena dengan jiwa Nanie. Walaupun kelihatan agak baru dalam bidang ni, tapi idea mereka nampak yakin. Nanie just bagi draft dan hanya whatsapp mereka saje untuk segala perbincangan. Memang mudah dan sabar mereka melayan kerenah pelanggan!


Untuk pilihan Nanie, Nanie gunakan pakej yang ditawarkan iaitu RM 80 untuk 500pcs dengan both side matt-laminate dan 1 side UV-Spot. Nanie suka part UV Spot tu sebenarnya. Sebab ia akan jadikan namecard kita lebih eksklusif. Tawaran harga mereka juga berbaloi. Tu yang suka tu! Nak tahu UV Spot macam mana? Contoh gambar atas ni ....

Gambar ni lah yang dah memikat hati Nanie. Dengan design minimalis, clear, straight to the point, ada touch vintage dan juga eksklusif dengan UV Spot nya. Tak tunggu lagi, terus Nanie bank-in dan proceed untuk perbincangan design semua. Malam tu jugak mereka designkan untuk Nanie dan buat sehabis baik. Semuanya berjalan lancar! 

Ha, mesti ramai tak sabar nak tengok design untuk name card Nanie kan? Hehehe.... macam Nanie cakap, Nanie suka yang minimalis dan eksklusif. Jadi ini dia mempersembahkan namecard Blog Coklateyes 2nd Batch!



Nanie gunakan button badge header blog sebagai logo name card. Mula-mula macam segan lah jugak nak letak muka kat namecard kan... yelah name card kan bagi orang, tapi secara relevannya ia membantu untuk orang ingat kita. Ecewah! 

Based colour pulak, atas cadangan dan kesesuaian nama blog, mereka letakkan dark brown yang nampak betul-betul macam coklat bar. Memang Nanie suka warna tu pun. Nanie cuba ringkaskan dan jadikan straight forward. Bahagian bulatan, banner 'Blog Coklateyes', description tu semua UV Spot. Cantik! Memang cantik. Puas hati sangat dengan servis mereka. Laju, terbaik, kemas dan memenuhi citarasa Nanie. 

Jadi, pada mana-mana blogger yang tengah mencari designer dan servis printing name card, cubalah @printhellosailor. Cari mereka di Instagram dan facebook. Dengan harga yang berpatutan, servis yang bagus dan hasil kerja yang kemas, @printhellosailor boleh Nanie bagi 5 bintang!


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : 

Instagram : 
@printhellosailor 




Penafian : ini bukan sponsored post, segalanya direview atas kepuasan hati sebagai pelanggan :) 

11 comments:

  1. Huishhh serius cantikkkk card akk. ni rasa nak buat juga kat sini. Serius tergoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ena! Akak pun suka design dari mereka, simple and clean!

      Delete
  2. terbaik! memang cantik designnya dan kemas :)

    ReplyDelete
  3. Hi Innanie, very nice name card design with perfect matching colors to Blog name. Thanks for sharing as I'm actually looking for someone reliable to get my calling cards done.

    Btw, you have got very nice blog interface too. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Buzz Bee. Try it out. they are very good and affordable.

      Delete
  4. Nanie....tq for sharing. bru trfikir nk wattsup awk nk tanya psl nme card ni :) nk cpt2 bt lah

    ReplyDelete
  5. Wow bestnya nanieee.rara ni belum masa lg nk bername card name card kot.hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nanie, lawanyaaaaa!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork