Tuesday, June 24, 2014

Shokubutsu Spa Day Out Bersama Pemenang Peraduan & Bloggers

Assalamualaikum semua

Bila bercakap je dapat rawatan spa, semua dah terbayang-bayang keenakan diurut dan dibelai untuk meregangkan otot-otot kan?  Ha, tu lah yang Nanie lalui beberapa minggu lepas bila mana Shokubutsu menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Shokubutsu Spa Day Out. Bukan kami aje, bersama-sama juga adalah para pemenang mereka untuk satu peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang dikendalikan oleh beberapa majalah sepeti MIDI, Karangkraf dan Sri Dewi & Keluarga. 


Bertempat di Vila Manja Spa, kesemua pemenang termasuklah Nanie dan para blogger lain diberikan satu sesi rawatan spa eksklusif (urutan, hot stone therapy dan scrub) daripada Vila Manja Spa bernilai RM 599 setiap seorang! 

Para pemenang contest Shokubutsu. Kebanyakan mereka adalah ibu dan bekerjaya. Jadi, its time to relax!

Memang best sangat bila diurut. Nanie paling suka hot stone therapy tu. Mula-mula ingat takut sakit atau tak tahan panas kan, sekali bila tukang urut tu buatkan... Pehhh dia punya sedap dan nikmat... memang merehatkan. Pandai makcik tukang urut tu cari point-point di badan Nanie. Paling best bila dia urut hot stone tu dekat area leher dan bahu. Boleh rasa lah otot-otot tegang tadi direhatkan. 


Bersesuaian dengan tema yang diketengahkan oleh Shokubutsu pada hari tersebut, mereka ingin memberikan ketenangan dan isitirehat yang terbaik kepada setiap pemenang. Suasana yang nyaman, redup dan menyegarkan dengan bau-bauan aromaterapi di Vila Manja Spa memang membuatkan sesiapa pun rasa terbuai dan selesa. 


Selain tu, Shokubutsu turut memperkenalkan kepada kami range mandian terkini daripada mereka iaitu World Famous Bathing Series Spa Shower Cream yang masing-masing menjadikan anda seolah-olah sentiasa berada di spa setiap hari!


SHOKUBUTSU WORLD FAMOUS 
BATHING SERIES SPA SHOWER

Shokubutsu yang membawa maksud tumbuh-tumbuhan dalam Bahasa Jepun, merupakan satu jenama yang tidak asing lagi dalam penggunaan sabun mandian di Malaysia. Dengan sumber Halal yang digunakan dalam sabun mereka, tak syak lagi kenapa jenama ini bertahan lama dan diyakini oleh rakyat Malaysia.

Kini, dengan World Famous Bathing Series Spa Shower, Shokubutsu mengetengahkan 3 haruman mandian yang sangat digemari seluruh dunia iaitu Oriental, Onsen dan Balinese. Dijual dipasaran dalam 3 saiz pilihan, semuanya dengan harga yang berpatutan, botol 220ml (RM 6.50), pek isian semula 500ml (RM 7.95) dan botol besar 650ml (RM 14.90). 

Oriental (Merah) - mengandungi orange peel dan goji yang mampu memberikan kebaikan anti-penuaan. 

Onsen Therapy (Purple) - dengan mineral onsen dan hinoki cypress mengembalikan tenaga melalui kekayaan mineral kolam air panas. 

Balinese (Hijau) - Ramuan istimewa frangipani dan basli memberikan ketenangan dan aroma terapi yang merehatkan badan dan minda. 



Sepanjang hari di Vila Manja Spa, banyak juga aktiviti dan game yang disediakan. Antaranya Giant Puzzle dan juga Read The Colour Game. Nampak macam senang kan? Ha, sekali bila buat... makan masa jugak. Nanie dan team menang bahagian puzzle. Best satu team dengan dioran. Walaupun baru first time jumpa, tapi semangat kerjasam dan geng satu kepala tu ada lah! :) 

Blogger Team Mate : Sabrina Tajudin & Cik Lily Putih

Kalau dah menang tu, mestilah ada hadiah kan. Yep, semua orang dapat goodie bag worth RM 100 dan juga hadiah yang memang best. Boleh buat stok 2-3 bulan jugak lah. Senyum dan gembira lah kami kan?


Sekali lagi terima kasih banyak-banyak pada Shokubutsu terutamanya Fara sebab memberikan peluang kepada Nanie dan kawan-kawan blogger untuk sama-sama memeriahkan majlis dan menikmati rawatan spa ni. Bukan senang kan nak dapat peluang macam ni? Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bagi korang yang nak dapatkan maklumat dan info berkaitan Shokubutsu dan produk-produk mereka boleh klik link-link di bawah : 

Website: 

Facebook :

Instagram : 
@shokubutsumalaysia



4 comments:

  1. waaa.... dapat pegi spa free... bukan senang nak dapat tu...

    ReplyDelete
  2. bestnya berspa..fiza berspa kat rumah je la dengan shokutbutsu :)

    ReplyDelete
  3. Rezeki tu..

    Assalamualaikum. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplemen keluaran Shaklee.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork