Wednesday, July 9, 2014

Dove Workshop Serlahkan Dirimu @ Hotel Shangri-la, Putrajaya

Assalamualaikum semua

@innanieariff : Mulakan 2 Hari 1 Malam bersama Dove! 


Kalau sebelum ni Nanie berkolaborasi untuk healthy lifestyle bagi mandian Dove, tapi kali ni Nanie diberi peluang untuk bersama-sama dengan rangkaian penjagaan rambut Dove pula. Bertempat di Hotel Shangri-la, Putrajaya, Dove menganjurkan Beauty Workshop selama 2 hari 1 malam.

Geng sekepala - Liyana Lunia , Nanie, Aida & Mocchi 
Dalam membantu wanita Malaysia mendapatkan rambut yang sihat dan bebas keguguran, Dove memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Hair Fall Rescue System dengan Trichazole Active. Tagline mereka adalah "Rambutmu Mahkotamu!"



Sepanjang dua hari Nanie kat sana... memang best dan belajar banyak perkara. Part paling best bila kami dapat bilik sorang satu lah. Mak oi, bestnya bukan main. Dengan queen size katil, bath tub, set shampoo Dove yang diatur cantik atas katil menyambut kedatangan kami juga bilik yang luas, selesa dan romantik gitu.


@innanieariff : Bilik yang sangat-sangat-sangat heaven! 
Malamnya, semua geng sekepala tu berendam Bath Tub! Feeling princess sangat.


Sesi pertama lepas check-in bilik adalah sesi untuk Grooming Class dan Relationship Improving Class. Kedua-dua sesi ni diberikan oleh konsultan bertauliah yang memang pandai ambil hati kami semua. Ada game yang mudah-mudah dan jugak sedikit sebanyak memberikan kami input dan motivasi untuk jadi wanita yang cantik luar dan dalam.

Konsultan Grooming Class, Pn. Hanim ajar kami warna yang sesuai dan menaikkan kecantikan kami secara semulajadi.
Pn.Aniqah, Konsultan Relationship Improvement Class mengajar kami untuk yakin dan kenal diri
Selain daripada dua kelas ni tadi, kami jugak diberikan rawatan urutan kepala daripada pakar-pakar Dove. Alahai syoknya bila kena urut tang bahu dan jugak kepala. Memang rasa berat kepala tu hilang. Tambah pulak bila diletakkan serum Dove yang sejuk dan wangi. Rasa fresh sangat-sangat!


Sepanjang sesi untuk kedua-dua hari tu, Nana yang jadi moderator. Haih, Nana ni memang peramah, humble dan sangat cantik. Tak sangka dia mesra macam tu. Yang paling penting, dia tetap maintain ye walaupun sudah beranak dua. Sampai sekarang, masih lagi layan komen-komen Nanie di Instagramnya!



Untuk sebelah malam pula, kami ada pillow talk. Kali ni lebih ramai selebriti yang dijemput untuk memeriahkan keadaan dan berkongsi pengalaman serta cerita mereka mengenai solusi rambut gugur. Antara yang hadir ialah Sharifah Shahira, Yasmin Hani juga dua orang duta Dove iaitu Su dan Nadia. Alaa dua wanita dalam iklan Dove tu lah! Rambut mereka memang cantik, lebat dan sihat!


Sebenarnya, menurut mereka masalah keguguran rambut ni adalah masalah biasa bagi wanita. Apatah lagi bila dah berusia, jumlah rambut gugur semakin bertambah. Kadang tu sampai takut nak belai rambut sendiri. Tapi, dengan adanya Dove Hair Fall Rescue ni, kesannya dapat dilihat dalam masa 14 hari apabila rambut gugur mula berkurang sedikit demi sedikit.




Memang santai sangat sesi pillow talk tu. Semua kena pakai Bath Robe khas yang diberikan oleh Dove. Kami diletakkan dalam satu hall besar dengan candle, sedikit kudapan, bantal sorang satu jugak minuman. Bercerita semua perkara pasal keguguran dan masalah rambut. Boleh baring-baring, boleh duduk dan bergurau-gurau lagi.

Sumber gambar : @haniehidayah 

Walaupun badan agak penat malam tu, tapi Nanie dan geng masih bertenaga. Apa lagi kami semua terjun kolam lah! Dah lah infinity pool kan, memang cantik sangat pemandangan Putrajaya waktu malam. Boleh nampak seluruh Putrajaya lah! Tak cukup dengan tu, kami sambung lagi pillow talk session kami dalam bilik. Hehehe. Sweet sungguh memori Nanie bersama Aidazura, Wiida Ribbon dan jugak Liyana Lunia.



Breakfast Nanie yang ala Mat Salleh! 
Lunch sedap! 
Bila hari kedua muncul, kami semua sarapan & lunch sama-sama. Biasalah makan kat hotel, kena fefeling mat salleh kan. Oh, untuk hari kedua agendanya adalah "Majlis Pelancaran Kempen Dove Serlahkan Diri Dalam 14 Hari".



Bersama dengan Duta Dove, Su & Nadiah 
Untuk Kempen Serlahkan Diri Dalam 14 Hari ni, anda semua berpeluang untuk memenangi sejumlah hadiah bernilai RM 20,000. Caranya cukup mudah, hanya dengan SELFIE & IKUT CABARAN yang diberikan. Kemudian hantarkan gambar kepada Dove. Mana tahu rezeki kan?



  

Ini beberapa contoh Selfie dari Nanie yang di hantar kepada Dove. Alaaa buat biasa-biasa je. Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Entah-entah korang pemilik hadiah RM 20,000 tu... tak ke raya sakan korang nanti? Cepatlah hantarkan gambar Selfie Dove Serlahkan Diri Dalam 14 Hari ke sini ------------- http://bit.ly/DoveSerlahkanDiri













Sepanjang Nanie kat sana, memang seronok. Banyak pengalaman dan ilmu yang Nanie dapat lebih-lebih lagi dalam hal penjagaan rambut. Sememangnya Dove memberikan kesan yang menakjubkan. Kalau korang juga ada masalah keguguran rambut, korang boleh try gunakan Dove dan lihatlah sendiri hasilnya. Seperkara yang Nanie suka pasal Dove adalah bau wanginya yang tahan lama. Lebih kurang 4-5 hari jugaklah melekat bau shampoo tu kat rambut Nanie kan. Cukup menyegarkan!

@innanieariff : Antara goodies yang diberikan kepada kami semua

Untuk maklumat lanjut mengenai produk & kempen, sila klik link dibawah :

Facebook : 

Website :

Instagram :
#DoveMahkotamu

Kempen : 


6 comments:

  1. wow seronoknya main dalam tab ye. cun entry

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah kak... wahhhhh Dove memang terbaik!

    ReplyDelete
  3. bestnya..dapat pengalaman baru..dapat sorang satu bilik pulak tu +goodies bag :)

    ReplyDelete
  4. wow.. love the pics, you get the room all for yourself? :D

    ReplyDelete
  5. Nak cuba try ni...dah beli pun. hope berkesan la.

    ReplyDelete
  6. kite baru baca entry ni...wohaaaa rugi sesangat tak bukak emel hari tu....nyesal empatpuloh kali...nice pic laaa akak

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork