Friday, July 25, 2014

Kenangan "Tidur Lambak" Di Kampung

Assalamualaikum semua

Hari raya ni ada yang kata seronoknya waktu kita kecik-kecik aje. Bila dah besar, keseronokannya makin berkurang. Iye ke macam tu? Entah, Nanie tak rasa macam tu sebenarnya. Nanie rasa, setiap tahun hari raya ada meriah dan seronoknya tersendiri. Cuma waktu kita kecik tu, kita lebih fikir 'keuntungan' lah, sebab dapat duit raya kan. 

  

Baru-baru ni, salah sorang senior Nanie masa di STK tweet "Memori Raya". Sehingga hari ni, dah lebih 7k retweet memori yang satu ni. Nanie sendiri pun bila baca, terus senyum simpul sorang-sorang. Mengimbau betul lah!


Ha? Memang sangat epic kan? Mana mungkin kita lupakan memori 'tidur lambak' di hari raya ni. Sapa-sapa pun bila balik ke kampung, acara tidur lambak ni paling ditunggu-tunggu. Sepupu sepapat semua sama-sama berebut bantal, berebut selimut, berebut tempat pun ada. Yang penakut memang awal-awal jauhkan diri dari tidur sebelah pintu atau tingkap. Yang konon-konon berani, ecewah buat steady menghadap pintu. Padahal dalam hati... Tuhan je yang tahu. Nanie sendiri rindu kenangan macam ni. 


Ini pulak antara reaksi kawan-kawan blogger Nanie bila Nanie post di Instagram. Allah... memang mana-mana tempat sama kan part ni? Seronoknya bila tidur ramai-ramai ada yang mula cerita hantu. Masing-masing muka cuak. Pantang ada bunyi sikit dah takut. Memori Raya macam ni sangat bermakna. Lagi-lagi bila kita dah besar ni, semua tu bermain je kat dalam kepala.

Hari Raya sememangnya hari yang menyatukan kita semua. Kecil, besar, jauh dan dekat semua sama-sama berkumpul dan beramah mesra. Kenangan yang tercipta ketika hari raya banyak memorinya. Sampai bila-bila pun tak akan kita lupa. 

Mana-mana yang terlanjur ke Kluang atau berhampiran, jemputlah singgah rumah! Contact je Nanie kat Instagram @ FB. Kalau Nanie ada kat rumah, apa salahnya korang datang. Pada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri  
 buat semua pembaca Blog Coklateyes. 
Mohon maaf zahir dan batin.

~ Innanie Ariffin~





5 comments:

  1. memang seronok rasa suasana camni..paling best bab cerita hantu tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nanie. alamakkk rindu kenangan tidur lambak dengan saudara mara semua. huwaaa selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. rindu betul nak kenangan mcam ni..teringat zaman kecik2 dulu..hee

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork