Wednesday, July 16, 2014

Ketidak Adilan Dalam Dunia Blogger

Assalamualaikum semua 

Pertama kali Nanie menulis entry tanpa menggunakan sebarang gambar. Sebab Nanie nak pembaca blog Nanie merasai dengan hati bukan merasai dengan mata apa yang bakal Nanie tulis dalam entry ini. 

Menjadi seorang blogger telah mengajar Nanie banyak perkara. Mengajar Nanie menjadi seorang yang matang dalam tindakan, percakapan mahupun pemikiran. Nanie tak nafikan, dunia blog memberikan 1001 warna dalam hidup Nanie. Nanie seolah-olah masuk dunia baru yang Nanie kena explore seorang diri. Ibarat kata, kalau untung sabut ada rezeki... 

Dalam kegembiraan Nanie menulis blog, tanpa Nanie sedari ada mata-mata yang memandang Nanie sebagai satu 'lombong emas' buat mereka. Maka muncullah mereka memperkenalkan diri dengan salam persahabatan. Bukan bermaksud Nanie hebat, tapi ada udang di sebalik mee. 

Nanie jenis kawan yang setia. Bila Nanie percaya pada seseorang, Nanie akan cuba sedaya upaya untuk memberikan lebih dalam persahabatan. Tapi rupanya dalam diam Nanie yang dipergunakan. 

Rupanya, menjadi seorang blogger bukan bakat penulisan yang dinilai oleh mereka. Bukan entry-entry "heart to heart" yang mereka cari. Tapi apa yang dilihat sebenarnya bagaimana kita memberi keuntungan kepada mereka. Dan keuntungan dalam dunia perniagaan sangat mudah, hanya memerlukan kecantikan. Kerana "pengguna" perlu ditipu dengan testimonial yang telah sedia cantik. 

Bukan sekali dua Nanie dilabel "tidak cantik". Banyak kali. Secara terangan mahupun secara halus. Nanie sedar tahap mana "kecantikan" Nanie, tapi apakah perlu bertindak bias dalam persahabatan? Apakah perlu bila blogger cantik dibayar, dan blogger tak cantik diketepikan begitu aje? Oh lupa, kami tidak menguntungkan. Kalau terdesak barulah kami digunakan. 

Kepada semua PR, pihak pengiklan dan pihak perniagaan, yakinlah dengan produk anda. Jika ia bagus, siapa juga yang gunakannya pasti akan menyerlahkan lagi kecantikannya sebab manusia itu Allah cipta penuh dengan kesempurnaan dan kecantikan. Siapa kita untuk bias, prejudis dan bersikap tidak adil dalam menentukan kecantikan. Sedangkan Allah menilai manusia hanya gunakan amalan. Gunakan sesuatu yang kita tak nampak. 

Maaf, saya menegur. Buat teman-teman blogger yang dilabel cantik, berhati-hatilah kerana dalam diam anda dipergunakan. Tidak langsung wujud perasaan iri hati dalam hati saya dengan anda semua sebab saya yakin, setiap kita ada rezeki dan bahagiannya masing-masing. Cuma saya khuatir, jika kita terlalu dipergunakan, kita akan jumpa lebih ramai lawan dari kawan. 

Maaf dengan segala luahan hati Nanie. 

Salam.  

27 comments:

  1. Julia merasai something wrong dari status nanie dlm FB lagi...sehingga ke dalam entry baru dpt jawapan...nanie, julia pun tak cantik...tp bila diberi peluang utk buat review product julia akan buat bersungguh2...malah kadang2 takde hasil pun...kadang2 ada hasil....julia redha...yang penting nanie keikhlasan dalam semua perkara itu perlu kan nanie...org boleh baca dari body language malah entry kita selalu pun...sabar ye nanie...Allah knows! :)

    Smile nanie! :D

    ReplyDelete
  2. hye nanie...dah beberapa hari blogwalking blog nanie. berpinar2 jgk mata nih. baru habis jalan2 hehhee baru berani nak komen. hakikatnya, DUNIA PENUH PANCAROBA. kita yang xcantik pon xboleh nak buat apa2 kan bila jadi mcm tuh?? biar muka xcantik, tapi HATI kita cantik.
    p/s: saya pon org johor. bangga jgk bila ada org kampung yg glamer kat dunia blog hehhee

    ReplyDelete
  3. alaaa CT pun sedey cenggini. kawan-kawan CT semua cecantik CT je yang comot momot gini..
    tapi yang lebih penting kan pandangan Allah :D so dont u worry. biarlah apa manusia pikir manusia nilai tak penting. and bab kawan tuh.. tak rugi hilangnya kawan spesis cenggitu. biarlah tinggal saja diorang tuh.

    cantik ke tak cantik ke memasing ada banyak fitnah dunia dok tunggu. jadi baik kita doa dielakkan semua tuh. nanti kat akhirat tuhan tanya.. "kemana kau gunakan kecantikkan mu.." haaa kan susah nak jawab. "untuk buat review barangan.." "untuk tarik pelanggan mai beli produk.." jeng jeng nak jawab cenggini ka..

    so jangan sedey. kawan cari biar ramai :D

    ReplyDelete
  4. Erm, begitulah rencah dalam berblogging nih.. Biasanya yang ada rupa lebih memang akan cepat naik dan dipandang tinggi.. yang biasa-biasa ni dipandang sepi..

    ReplyDelete
  5. Takpelah... kalau kita percaya rezeki tu dari Allah kita hanya perlu usaha, doa & tawakal. Di samping tu perlu jugak kita protect diri.. yg mana nampak sangat nak mempergunakan kita tu di elak dari awal. Biasa la manusia yg bernama kawan ni... bukan semua ikhlas. Kadang2 bertenggek sebab kepentingan yang kita ada.. bila kita dah takde apa2.. kita jadi seolah tak wujud. Kadang2 kita tak perlu simpati orang... apa yang kita perlu simpati pada diri sendiri dulu baru orang melihat kita ada nilai. Apapun sabar.. setiap Ujian yang Allah datangkan pada kita ni penuh hikmah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nanie, sabar banyak ye sayanggg. In shaa Allah, bumi Allah ni luas. rezeki ada dimana-mana (~________~)

    ReplyDelete
  7. Now I get it! Patutlah Butterfly Mama sudah post pasal benda ni, tak wajar betul agensi yang berpemikiran dangkal macam ni. Kalau nak bezakan manusia berdasarkan fizikal, kalau nak sangat orang cantik je, mohon pergi buat iklan pakai supermodel. Barulah berbaloi-baloi kalau nak sangat untung guna muka cantik je. Harap kak Nanie boleh sabar and take this as another chapter in Life Lesson subject ya :) it hurts but we learn from all the pains. Siapa yang bully kak Nanie ni memang tak kenal dunia lagi rasanya.

    ReplyDelete
  8. Jangan jadikan "cantik" itu pandangan stereotype. xsemestinya putih, gebu, badan molek tu maksud nya cantik. cantik byk definisi nya. nanie xmo sedih2 k... sab pn ada pengalaman cm ni. sejak dr sekolah lg. smpai keharini. igt tak sab cerita pengalaman intern sab? xsemestinya diskriminasi dunia blog, kat luar pun sama. blame the society. a few thousand till your 1,000,000 views! bukan kah tu satu kejayaan? Tak perlu cantik dimata meraka kan? <3

    ReplyDelete
  9. Biar buruk luaran tapi cantik dalamannya. Beringat-ingatlah kecantikan bukan kekal lama mana.

    ReplyDelete
  10. Sabarlah Nanie..setiap manusia dilahirkan cantik dan masing masing ada rezeki masing masing.Jangan sedih okay..ada je orang yang menghargai kita.

    ReplyDelete
  11. Ish.. How dare they label you as tidak cantik. Don't listen to them. I think you are beautiful ;)

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullah al Azim, rasanya ni lah dugaan kita sebagai seorang blogger. Klu produk mereka memang bagus kenapa was2 pulak nak guna blogger cantik ke x cantik. Xpelah Nannie Allah s.w.t sayang kita yg banyak bersabar, In Shaa Allah Nannie dah pass dgn distinction test yg Allah bagi ni. :)

    ReplyDelete
  13. sabar la..asal kita ikhlas..kita akan dapat kawan yang ikhlas.. kadang Allah tu memang temukan kita dengan orang yang tak ikhlas agar kita dapat belajar erti hidup ini...erti kesabaran..itu tandanya Allah menyayangi kita.. Allah nak angkat darjat kita...dan tidak semua org itu menilai kita dengan nilai yang rendah.. ada yang nilai kita dengan nilai yang sangat tinggi... :)

    ReplyDelete
  14. setuju dgn entri nanie..sabar yer..biasalah tu org kate..yg cntik bkn dtg dr luar je dlm kena cntik juga..kan :) dan bg akak, akak percaya 100% nanie cantik luar dan dalam blh lihat dari ktrampilan diri nanie :)

    biasanya sesetengah produk yg datang dr duta yg cantik xsmtinya brg tu bgus just dipergunakan sja! serius talk ni! kalau duta dr xcntik jd cntik produk tu blh dguna pkai tp bkn 360 camera ya hehee :)

    smile nanie ^_____________^

    ReplyDelete
  15. Normal r nanie. Dunia xadil. Kdg bkn psl cntik je dlm blog ni, psl pilih bulu, pilih 'kawan' pun bersepah. Just kte ingat sndri. Kita dtg dunia blog pun sorg2. Xde kwn2. InsyaAllah, xde ralat kat mna2.

    ReplyDelete
  16. wslm akak ^_^
    selamat pagi..
    yup..
    yaya pun pernah merasakan sebegitu rupa..
    bukan syarikat pengiklanan je tapi kdg2 sesama blogger pun ada yang bias dlm persahabatan..
    cantik dengan cantik..memang cantik la kan.. :'( sob sob..
    kami yang biasa sahaja ni akan tetap la mcm ni..mencari yang sudi untuk berkwn..

    ReplyDelete
  17. memang ada orang mcm tu kakak, tak pe pada saya kakak cantik dengan cara kakak sendiri, tapi memang cantik pun..cantik tu subjektif, pada saya cantik orang tu tengok pada perangai dia, kalau cantik tapi perangai hazabedah pun saya kata burukk.. hehehe

    ReplyDelete
  18. Asam garam bila pilih niche sebegitu kan.... so jom pakat ramai-ramai jadi food blogger yang aktif.... ahhahahaha

    ReplyDelete
  19. Oh Nannie~ Cheer up.. In this world at times we wouldn't know if we are being used but what I believe is that as long as what we do is true to ourselves and not harming anyone is good enough. Don't stop believing in people but maybe we have to learn to try to protect ourselves. I love reading your blog because I feel that what you write is really true and I can trust the review from you :) It has always been a pleasure for me to know you and I hope we will be good friends :)

    http://miriammerrygoround.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. sabar ye nanie.. itulah asam garam kehidupan.. Nanie tetap cantik... :)

    ReplyDelete
  21. Alah rilek la. Beauty is in the eyes of the beholder gitew. Kau chill je

    ReplyDelete
  22. ur blog best cos u r confident n it is proven that every girl can rock in their own way.. tak perlu jadi fake.. u r what u r even thru ur writing it does shows it is u.. hehe..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork