Tuesday, July 1, 2014

Review Bourjois Rouge Edition Lipstick In 14 - Pretty Prune

Assalamualaikum semua


Baru-baru ni, Nanie ada beli make up stuff dari Bourjois. Untuk maklumat, Bourjois merupakan label make up terkenal dari UK hampir 150 tahun. Lebih kurang awal bulan lepas, Bourjois mula memasuki pasaran Malaysia dengan membuka kiosk di Sunway Pyramid. Beberapa minggu lepas, dengan ditemani Wiida Ribbon, Aidazura & Liyana Lunia, Nanie berkesempatan beli beberapa produk Bourjois. 


Pada asalnya memang ingatkan produk mereka mahal, tapi rupanya pada Nanie produk mereka masih lagi dalam range 'affordable'. Dengan saranan dan nasihat dari Beauty Blogger terkenal, Wiida Ribbon... Nanie beli dua produk terlaris mereka iaitu lipstick dan mineral foundation. So, first Nanie nak review lipstick Bourjois Rouge Edition dulu. Untuk tona kulit Nanie, Nanie pilih  Bourjois Rouge Edition Lipstick code 14 - Pretty Prune.



Bourjois Rouge Edition Lipstick merupakan antara hot sale product mereka dan antara TOP 3 kegemaran seluruh dunia. Dengan mengetengahkan warna-warna eksklusif, Rouge Edition sememangnya layak menjadi kegilaan ramai perempuan. Malahan ada yang melabelkan lipstick ini sebagai "Must Have" lipstick untuk mereka. 



Sepanjang Nanie gunakannya, lipstick Bourjois Rouge Edition Pretty Prune ni, ianya tahan lama dan tak mudah melekap pada gelas atau straw. Memberikan sedikit matte finishing dengan 1/4 radiant touch, lipstick ni boleh bertahan sehingga 10 jam. Warnanya kelihatan agak gelap tapi bila di apply, ia menjadikan bibir kelihatan penuh dan lembap.

Bibir nampak lembap dan berkilat
Secara keseluruhan, Nanie boleh letakkan Bourjois Rouge Edition Lipstick ni antara kegemaran Nanie. Sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Paling penting warnanya bersesuaian dengan tona kulit Nanie dan harganya juga berpatutan. Insya Allah kalau ada rezeki, Nanie akan tambah koleksi Rouge Edition lagi. Geram lah tengok warna dia semua. Cantik-cantik kan? 


Produk : Rouge Edition Lipstick
Brand : Bourjois Paris
Kod Warna : 14 - Pretty Prune
Harga : RM 33.90 (Normal Price : RM 39.90)
Rating : 4.5/5 Bintang
Store : Bourjois Kiosk, Sunway Pyramid

   

6 comments:

  1. menarik la warna dia..tak melekat kat glass pulak tu..best²

    ReplyDelete
  2. Wiida rasa nak try lipstick dia one day. Tahan sampai 10 jam? kena try ni! foundation dia best kan kak Innanie? can't wait for the review! <3

    ReplyDelete
  3. Kak Nanie cantiknya!! Mieza ada satu jugak tapi warna merah kod 15 Rogue Jet Set. Belum rasmikan lagi sebab serabut pergi kelas XD

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nanie, lawa gila lipstik dia. pengsan tengok hahahhaa

    ReplyDelete
  5. pretty shade you got! I should go check out the store in Indonesia :D

    xx
    http://felishmichelle.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Cantiklah warna dia.. Wahhhhh, nak juga! Nak buat koleksi macam kak wiida. hehehehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork