Assalamualaikum semua
Mana-mana yang dah baca entry sebelum ni ataupun follow Nanie di Instagram (@innanieariff) mesti tahu betapa sedih dan penatnya Nanie melayan mereka-mereka dalam industri blog ni. Tapi, malas Nanie fikir lagi. Insya Allah sekarang ni masa untuk Nanie kuatkan semangat.
Kalau diikutkan hati, Nanie betul-betul rasa give up dengan apa yang berlaku selama ni. Bila perasaan kita ikutkan mula lah rasa nak quit dari bidang blogging. Bukan sebab Nanie malas nak update blog, tapi Nanie terlalu penat dengan sandiwara, permainan dan drama orang-orang blog ni. Mujur ada teman-teman yang baik hati, yang selalu beri semangat pada Nanie. Beri moral support dan kekuatan untuk Nanie fikir banyak kali sebelum quit.
Bila mana Nanie fikir untuk quit, dua hari lepas blog Nanie berikan kegembiraan untuk Nanie. Allahuakbar kegembiraan yang menyembuhkan luka Nanie.

Setelah lebih 4 tahun Nanie dalam dunia blogging, akhirnya Blog Coklateyes mencapai 1 juta page views daripada pembaca!!! Ya Allah, terharu sekejap... terus Nanie ukir senyuman pelan-pelan dekat bibir ni.
Nanie rasa, mana-mana blogger pun bila dapat cecah 1 juta page views ni mesti akan gembira. Walaupun mengambil masa yang lama, tapi disebabkan hasil titik usaha sendiri tanpa bantuan mana-mana aplikasi, Nanie cukup bangga dengan Blog Coklateyes ni. Banyak perkara yang Nanie lalui untuk menjadi blog pilihan pembaca. Dan Alhamdulillah juga, sepanjang Nanie berblog, pembaca menerima entry-entry Nanie dan sangat memberikan inspirasi.
Sebagai penulis Blog Coklateyes, Nanie cuba untuk berikan yang terbaik kepada pembaca blog Nanie. Nanie akan pastikan, setiap kali mereka baca entry Nanie, mereka akan dapat 'sesuatu' yang baik dan berkualiti. Malahan, kalau boleh Nanie mahukan mereka responsive dan beritahu Nanie pandangan mereka mengenai entry-entry Nanie. Moga-moga dengan komunikasi dua hala sebegini, Nanie dapat improve lagi skill menulis Nanie.
Last but not least, terima kasih banyak-banyak buat semua pembaca Blog Coklateyes. Buat semua yang pernah jengah Nanie di blog ni, anda semua inspirasi Nanie. Inspirasi untuk Nanie berikan yang terbaik dan inspirasi untuk Nanie terus ber-blogging! Mohon doakan Blog Coklateyes dan Nanie sentiasa dimurahkan rezeki. :)
p/s: Insya Allah Nanie nak buat lucky draw untuk pembaca Blog Coklateyes! Hadiah apa yang korang nak rasanya?
16 Inspirasi Dari Pembaca
Tahniah Nanie
ReplyDeleteKeep on going sebab you know you have one reader yang akan sentiasa membaca blog Nanie
Hadiah? nak kak nanie sentiasa ada je, boleh tak? hehe! tahniah for the sejuta pageviews, you're my role model!!!
ReplyDeleteYAY! owner blog coklateyes yang menarik balik minat liyanalunyai untuk kembali berblogging. dan saya juga berharap owner blog coklateyes abaikan bendasing yang membuatkan semangat owner blog coklateyes terguris sedikit. awak tetap ada kawan-kawan awak yang sokong awak depan belakang. eh? muahhhh ciked!
ReplyDeleteTahniah dear! Semoga blog coklateyes terus maju ke hadapan :)
ReplyDeletetahniah nanie ! PV sejuta mmg sgt susah nak dpt..
ReplyDeletetahniah.. bukan sikit tu..
ReplyDeleteNak hadiah iPhone satu please.
ReplyDeletetahniah org kampung ^^ hadiah $ raya hehhee
ReplyDeleteJangan berenti dari dunia blogging Nanie. Sayang blog tau... Dah cecah sejuta pageviews tu.
ReplyDeleteCongrats for hitting 1million views, btw manusia dlm dunia blog ni mmg mcm2 ragam just take it easy n chill k :)
ReplyDeleteJom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak
Congrats kakak! You deserve it! <3 <3
ReplyDeleteAssalamualaikum nanie, alhamdullilah. keep blogging my dear. hehehehe ~~~
ReplyDeleteTeruskan berblogging untuk manfaat bersama. Bila redha Allah yg dicari, semuanya akan baik-baik saja. Just read & smile...;)
ReplyDeletekeep on blogging okay Nanie..abaikan benda yang negative tu okay..Apapun tahniah dah cecah PV 1juta tu..ohsem!
ReplyDeletetahniah kak nanie. :)
ReplyDeletewahh! dah sejuta...tahniah...teruskan berblog :)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!