Friday, July 11, 2014

Seludup : Peluang Berlakon Bersama Pelakon Terkenal


Assalamualaikum semua

Mungkin ada di antara pembaca Blog Coklateyes yang ada bakat terpendam sebagai pelakon. Ye lah mana tau masa zaman sekolah-sekolah dulu mahupun zaman universiti korang ni pelakon teater yang hebat ke.... tak pun, korang berbakat tapi tak tahu nak cari platform berlakon. Ha, ini ada sedikit berita baik untuk korang

1

Bagi yang belum tahu, SELUDUP merupakan sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan ditayangkan menjelang hujung tahun ini di saluran Astro Prima (105) dan saluran Astro Maya HD (135). Drama penuh aksi hasil arahan Jehan Miskin ini menyingkap isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Drama ini dibarisi para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin, menghidupkan watak-watak yang mencabar tersebut. Pelakon-pelakon lain yang diumumkan pada hari Rabu termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit drama ini turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.


  

Jadi, untuk menambahkan keterujaan para penonton di luar sana, SELUDUP sedang mencari seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang perempuan untuk tampil dalam drama tersebut di samping hadiah sampingan bernilai RM 6000 setiap satu. Kalau korang nak mencuba nasib menjadi seorang pelakon, caranya cukup mudah. Hanya perlu hantar satu video uji bakat korang dengan membaca skrip yang diberikan di website @ facebook SELUDUP. Kat bawah ni Nanie sertakan contoh video uji bakat yang telah di hantar. 


Jadi, kalau korang rasa korang berbakat atau mungkin ada minat dalam bidang lakonan ni, haaa apa salahnya sertai ujibakat ni. Rezeki korang siapa yang tahu kan. Tup-tup dari sini korang dapat offer lagi banyak untuk berlakon. Eh, terus jadi artis femes pulak! Ha, kan rezeki tu. Boleh dapat income lebih sikit.

Untuk sebarang maklumat dan informasi berkaitan SELUDUP, klik link di bawah :

Facebook : 

Instagram :
#SELUDUP

Hantar Video Uji Bakat:



3 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork