Wednesday, July 23, 2014

Tak Berapa Nak Raya Tahun Ni...

Assalamualaikum semua



Semakin hampir raya Aidilfitri ni, semakin nervous Nanie dibuatnya. Insya Allah nanti kat akhir-akhir entry ni korang tahulah kenapa Nanie nervous. Well, semalam Nanie kena tag dengan budak comel ala-ala Nora Danish, si Wiida Ribbon untuk jawab beberapa soalan berkaitan raya! Supposedly, Nanie kena jawab in video jugak. Tapi disebabkan muka Nanie tak berapa komersial, lupakan saje hasrat untuk ada channel sendiri di You Tube! Kalau ada pun, Nanie sorang je lah subscriber-nya! Hehehe :) Jadi, mari tengok apa soalan-soalan Wiida ni...

     

1. What are your raya traditions? 

Bagi family Nanie and mostly orang Johor, amalan munjung menjadi tradisi. Nanie tak pasti negeri-negeri lain ada buat atau tak. Munjung ni amalan bersedekah dan bertukar-tukar juadah makanan di pagi Aidilfitri. Biasanya tiap-tiap tahun keluarga Nanie akan bertukar juadah dengan 10 buah keluarga. Kalau kat kampung lagi banyak, almost satu kampung lah agaknya. And tugas Nanie, selain masak rendang (sebab kena tunggu lama kan...) adalah menjadi delivery driver!

2. How many and what kind of baju raya are you getting? 

My favourite baju raya of course baju kurung. Tapi kebelakangan ni, Nanie lebih prefer pakai abaya atau maxi dress. Lebih selesa dan mudah untuk pergi beraya. Berapa pasang? So far dah beli 3. Sebab senang, boleh bawak pi event sekali dress/abaya ni. 

3. What's your favourite make up look for Hari Raya?

Nanie suka simple and fresh look. Gunakan warna-warna nude and natural. Tak maw over sangat lah. Ye lah, raya kan kita dok melinjang sana sini. Tak dan nak pakai makeup tebal sangat lah. 

4. What's your favourite dish and kuih? 

Dish kegemaran, rendang daging! Pergh... walaupun tahu macam mana payah nak buat sebab ambil masa lama kan, tapi disebabkan sedap memang Nanie akan buat. And for kuih pulak, Nanie kan suka coklat so anything based on coklat memang favourite kuih Nanie lah!

5. Balik kampung mana? 

Nanie orang Johor. My both parents pun orang Johor. Atuk di kedua-dua belah semua dah takde, so biasanya Nanie beraya di rumah family je. 

6. Fav kasut raya? 

Untuk orang macam Nanie yang kakinya gedabak ni, kami pasrah je jenis kasut macam mana pun. Janji ada saiz. Hehehe. 

7. How many houses do you visit? 

Sejak ayah sakit ni, terhad jugak lah rumah saudara mara yang dapat dikunjungi. Nanie akan dulukan saudara mara terdekat. Yang muda-muda dan sihat tu yang berkunjung ke rumah Nanie melawat ayah dan mak. 

8. How many open houses in the month? 

Depends. Selalunya tak banyak pun. 

9. Duit raya dapat berapa or dah tak dapat dah? 

Em, kalau ikut tahun lepas masih dapat. Tapi dari uncle @ auntie yang rapat lah. Kalau pi rumah orang tu memang tak dapat dah lah. Orang ingat mak orang dah kot Nanie ni. Basically, my cousin-cousin yang dah berfamily yang bagi. Seronok gak, sebab boleh paw dorang lebih-lebih sikit! Hahahaha.

10. Ultimate fav part of Hari Raya?

Of course lah jumpa sanak saudara. Bukan senang nak gather kumpul ramai-ramai kan dengan sedara mara semua. Biasanya busy. Bila jumpa time raya ni, kiteorang selalu cerita memori-memori dulu. Ketawa-ketawa-ketawa, lepas tu nangis bila mengenang zaman jatuh bangun sama-sama. Tu lah, kumpul dengan keluarga besar paling meriah dan seronok!


                       

TAK BERAPA NAK RAYA....

Ni gambar raya tahun lepas. Tahun ni actually Nanie tak berapa nak beraya sebab Nanie fokus pada benda lain. Macam yang Nanie bagitau di awal entry, ada something yang buatkan Nanie nervous. Sebenarnya, raya ni Nanie dan kakak Nanie bakal ke Beijing selama lebih seminggu. Kami satu kumpulan 20 orang terdiri daripada lecturer, staff dan student UM telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Asean Students Environmental Platform 2014 yang ditaja oleh AEON. 

Nervousnya, of course lah sebab kapal terbang kan? And kapal terbang yang Nanie bakal naik tu dahulunya turut dikenali sebagai MH370. Gulp! Tapi takpe, Nanie tawakal pada Allah. Memang family pun risau, lagi-lagi dengan kejadian MH17 ni kan. Insya Allah Nanie yakin semuanya akan selamat. Nanie mohon pembaca Blog Coklateyes juga doakan perjalanan Nanie dan kawan-kawan selamat pergi dan balik. 

Manalah tahu, if anything happen to my plane, korang jadikanlah Blog Coklateyes ni tempat melepas rindu dan kenangan ye! Mana tahu nanti ada yang rindu Nanie. Heheheh 

Kalau ada rezeki, nanti Nanie tuliskan journey Nanie ke Beijing.


Al Fatihah for MH 370 & MH 17.



11 comments:

  1. take care Nanie & Selamat hari Raya. :")

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nanie, alaaa takda kat kluang la ni? baru ingat nak datang beraya, bawa Adam Husni jumpa aunty nanie. take care my dear nanie.. hope selamat dalam perjalanan pergi ke Beijing dan balik ke Malaysia...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak nanie,hiks... tak suka gak mekap tetebal bila raya

    ReplyDelete
  4. wah beraya di Beijing la ni..salam perantauan la nanti..take care Nanie and have a safely journey

    ReplyDelete
  5. Take care nanie...and all the best!

    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  6. TAKE CARE AKAKKKKK!!!!! SELAMAT HARI RAYA...kite pon tak suka mekap teteballl...dh jadi mcm tepong nanti

    ReplyDelete
  7. inshaAllah..
    semoga dipermudahkan perjalanan sis ye
    first time datang sini
    salam perkenalan ye sis

    ReplyDelete
  8. Amalan munjung masih ada di kampung saya sampai sekarang. Semoga selamat sampai dan pulang.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh!
    1) tradisi johor tuka2 hidangan? Waah! Baru tau!
    2) nak pergi beijing? Take care, have fun! ^^
    3) selamat hari raya!!
    4) best baca tag ni. Rasa mcm kita beraya sama. Hehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork