Wednesday, August 27, 2014

ALS Ice Bucket Challenge : Trend @ Kempen Kesedaran?

Assalamualaikum semua

Sana sini Nanie tengok orang buat video simbah air sebaldi pada diri sendiri. Walaupun pada awalnya Nanie taklah peduli dan ambil kisah sangat tapi makin lama bila Nanie perhati, makin annoying jadinya. Satu persoalan dalam kepala Nanie, kebodohan apakah yang dah melanda rakyat negara ini? 


Secara jujurnya, memang Nanie tak faham dan tak tahu siapa yang memulakan benda ni. Tambah celaru lagi bila trend ini dikatakan adalah sebagai salah satu bentuk sokongan dan kempen kesedaran kepada satu masalah penyakit saraf iaitu Amyotrophic Latereal Sclerosis atau ALS. Sebelum Nanie teruskan, apa kata kita ambil tahu dulu serba sedikit mengenai ALS :


Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), often referred to as "Lou Gehrig's Disease," is a progressive neurodegenerative disease that affects nerve cells in the brain and the spinal cord. Motor neurons reach from the brain to the spinal cord and from the spinal cord to the muscles throughout the body. The progressive degeneration of the motor neurons in ALS eventually leads to their death. When the motor neurons die, the ability of the brain to initiate and control muscle movement is lost. With voluntary muscle action progressively affected, patients in the later stages of the disease may become totally paralyzed.


Di US, mereka menyahut ALS Ice Bucket Challenge ini dengan tujuan untuk menyebarkan kesedaran di samping meningkatkan lagi jumlah donation mereka. Namun berbeza di Malaysia apabila rakyat kita hanya meniru semata-mata trending ini tanpa mengetahui asal usul apatah lagi mencari maklumat mengenai penyakit ALS ini. Senang cerita, mereka melakukan Ice Bucket Challenge sekadar untuk suka-suka, mendapatkan perhatian, ikut trend dan sebagainya. Tujuan yang langsung tiada kaitan dengan penyakit ALS. Nanie berani katakan, kalau ditanya mereka yang buat challenge tu... berapa kerat yang boleh jawab apa itu ALS!


Maafkan Nanie jika Nanie agak bersuara lantang dalam perkara ini, tapi Nanie sangat tak bersetuju dengan trend yang sebenarnya BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA sendiri. Malahan, pak menteri juga turut sama serta dengan challenge ni. Sepanjang yang Nanie tahu, dah ada dua laporan kemalangan mengenai ice bucket challenge ni. Satu kematian dan satu kecederaan ringan. 


Nanie rasa apa yang rakyat Malaysia cuba lakukan bukan untuk kempen kesedaran. Tapi lebih kepada kempen populariti di media social. Ada banyak lagi cara bijak yang boleh kita lakukan untuk kempen kesedaran. Dan kalau anda kata disebabkan ice bucket challenge ni lah ramai yang peduli dengan ALS, cuba fikir... mereka tahu mengenai ALS atau mereka tahu mengenai mandi air batu? 

Islam sendiri sebenarnya sangat menegah kita daripada mengikut perbuatan sesuatu kaum. Apatah lagi jika ia membabitkan keselamatan dan kemaslahatan nyawa sendiri. Korang tahu tak, dengan mandi air batu yang sejuk tu... ada banyak lagi penyakit saraf yang boleh menyerang. Buat apa kita nak ikut mereka? Apa yang kita dapat? 


Sekali lagi, Nanie harap rakyat Malaysia jangan terlalu taksub ikut trend. Kata nak boikot Amarika,  tapi apa orang Amarika buat sibuk kita nak tiru! 


Apa guna mengikut orang kalau sekadar suka-suka, 
Apa sibuk dibangga adat orang kalau jati diri kita entah ke mana! 



9 comments:

  1. INI , kita pun penat nak explain kat orang yang sibuk nak ikut trend tapi tak faham apa benda sebenarnya ALS ni haih

    ReplyDelete
  2. mandi as in bath in dalam bath tub dgn ais ada kebaikan dia jugak sis, tapi yg curah terkejut tu, mmg shocking la.

    ReplyDelete
  3. INILAH MASAALAH NYA..APA ORG PUTIH BUAT SEMUA NAK IKUT...BUANG TEBIAT

    ReplyDelete
  4. bazir je air tu! baik simpan kot kot takde air nantii. haa haruuu kooo~ hihihii

    jemput update terbaru ,
    http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

    ReplyDelete
  5. Betul3! Kite pun tak paham pasal Ice Bucket Challenge nih.. Tapi skrg dah jadi viral pulak kat lama2 sosial.. Semua pakat nak buat.. Tapi tau ke tak tujuan benda ni dibuat? Aduyaiiii..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  6. Betul tu..sebaiknya gunalah cara yang bijak untuk memberi sokongan

    ReplyDelete
  7. hahah apa motif mnde ni aku xtaw, Gangnam style gak best

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee mesti rasa kesejukan melampau.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork